Buku elektronik: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mjbmrbot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot mengubah: id:Buku elektronik
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: ml:ഇ ബുക്ക്
Baris 68: Baris 68:
[[hu:E-könyv]]
[[hu:E-könyv]]
[[mk:Е-книга]]
[[mk:Е-книга]]
[[ml:ഇ ബുക്ക്]]
[[nl:E-boek]]
[[nl:E-boek]]
[[ja:電子書籍]]
[[ja:電子書籍]]

Semakan pada 19:14, 5 Januari 2011

Pengguna sedang membaca laman eletronik pada peranti E-Book.

e-buku atau buku elektronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai maklumat. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma. Kebanyakan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail .pdf atau seumpamanya untuk kemudahan setiap individu untuk membacanya di komputer atau peranti khas.

E-buku boleh dikategorikan seperti buku teks. Ia merangkumi bidang pendidikan, teknologi, agama, politik, alam sekitar, kehidupan, masakan dan sebagainya. Penggunaan e-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa akan datang kelak. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumber cetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus di internet.

Kelebihan

E-buku mempunyai banyak kelebihan yang memberikan kemudahan kepada pembaca-pembaca untuk membawa ke merata tempat e-buku ini tanpa beban yang berat. Disebabkan ia adalah data elektronik, saiz dan berat e-buku ini adalah jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan buku-buku cetakan yang berada di pasaran. Sekiranya satu e-buku mempunyai saiz 7 MB, kira-kira 100 e-buku boleh disimpan dalam satu CD.

Teks dalam e-buku juga boleh dicari dengan mudah, atau dirujuk silang menggunakan hyperlink. Ini menjadikan e-book format yang menarik untuk kamus, buku rujukan dan sesetengah buku teks.

Kelemahan

E-Buku memerlukan perkakasan tambahan bagi dibaca, terutamanya peranti elektronik untuk memaparkannya (dan bekalan elektrik). Peranti sedemikian mungkin mahal. Tambahan lagi kebanyakan e-Buku memerlukan aturcara khas bagi memaparkannya, yang mungkin tidak tersedia secara mudah atau serasi dengan peranti komputer kini. Disebabkan e-Buku bergantung kepada perkakasan lain untuk dibaca, ia mampu terjejas disebabkan kegagalan perkakasan perkakasan atau perisian, seperti kegagalan cakera keras atau serangan virus.

Oleh kerana e-buku memerlukan elektrik, kegunaannya bererti peningkatan penggunaan elektrik bagi membekalkan kuasa kepada komputer, skrin dan cakera keras. Selain itu, bateri yang digunakan bererti lebih banyak bahan beracun berakhir ke dalam sistem pelupusan sampah. E-buku juga yang terdapat dalam pelbagai format yang mungkin tidak lagi dapat dibaca di masa akan datang apabila berlaku pertukaran format. Sebagai contoh, berapa banyak perisian masa kini yang masih mampu membaca dokumen yang ditulis dengan menggunakan perisian WordStar.

Teknik pengurusan hak digital boleh digunakan bagi menghadkan apa yang boleh dibuat oleh pengguna dengan e-Buku. Sebagai contoh, adalah tidak mungkin mengalih hak e-buku kepada orang lain, sungguhpun transaksi sedemikian biasa dengan buku fizikal. Sesetengahnya pula menghubungi pelayan asal bagi menjejak pembaca dan tabiat membaca, atau menghadkan pecetakan.

Peranti e-buku masih menawarkan pengalaman membaca yang kurang berbanding buku fizikal. Resolusi skrin dan perbezaan masih rendah berbanding kertas, dan ia tidak mungkin melihat peranti sedemikian dalam cahaya terik matahari. Kebanyakan pembaca gemarkan kertas berbanding skrin komputer.

Dari sudut pandangan penerbit, e-buku boleh dalam sesetengah kes dihack, atau dileraikan tanpa kebenaran penerbit atau pengarang. Mudahnya dokumen elektronik disalin bererti dokumen yang tidak dilindungi boleh digunakan bagi disalin sejumlah tanpa had salinan sempurna.

Rujukan

Pautan luar