Kuprum(II) sulfat: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mjbmrbot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: vi:Sulfat đồng (II)
Mjbmrbot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot mengubah: vi:Đồng(II) sulfat
Baris 171: Baris 171:
[[sv:Kopparsulfat]]
[[sv:Kopparsulfat]]
[[th:จุนสี]]
[[th:จุนสี]]
[[vi:Sulfat đồng (II)]]
[[vi:Đồng(II) sulfat]]
[[tr:Bakır (II) sülfat]]
[[tr:Bakır (II) sülfat]]
[[uk:Сульфат міді]]
[[uk:Сульфат міді]]

Semakan pada 19:53, 6 Januari 2011

Kuprum(II) sulfat
Sampel makmal CuSO4 · 5H2O
Am
Nama sistematik Kuprum(II) sulfat
pentahidrat
Nama-nama lain Tembaga(II) sulfat
Kuprik sulfat
Vitriol biru
Batu biru
Kalkantit
Formula molekul CuSO4·5H2O
Jisim molar 249.68 g/mol (pentahidrat)
159.58 g/mol (kontang)
Rupa pepejal hablur biru (pentahidrat)
serbuk putih kekelabuan (kontang)
nombor CAS [7758-99-8]
Nombor EINECS 231-847-6
Sifat-sifat
Ketumpatan dan fasa 2.284 g/cm3, pepejal
Keterlarutan dalam air 31.6 g/100 ml (0 °C)
Takat lebur 110 °C (− 4H2O)
150 °C (− 5H2O)
650 °C mengurai
Struktur
Geometri koordinatan ?
Struktur hablur Triklinik
Data termodinamik
Entalpi pembentukan
piawai
ΔfH°pepejal
-769.98 kJ/mol
Entropi molar piawai
S°solid
109.05 J.K−1.mol−1
Data keselamatan
Pengelasan EU Mudarat
Berbahaya
bagi persekitaran
Frasa R R22, Templat:R36/38, Templat:R50/53
Frasa S Templat:S2, Templat:S22,
Templat:S60, S61
NFPA 704

0
3
1
 
PEL-TWA 1 mg/m³ (OSHA)
IDLH (NIOSH) 100 mg/m3
Takat kilat tidak mudah terbakar
Nombor RTECS GL8800000
Halaman data tambahan
Struktur dan
sifat-sifat
n, εr, dsb.
Data
Termodinamik
Sifat-sifat semasa
dalam fasa pepejal, cecair, gas
Data spektrum UU, IM, RMN, SJ
Sebatian-sebatian berkaitan
Kation-kation lain Kuprum(I) sulfat
Nikel(II) sulfat
Zink sulfat
Kecuali dinyatakan sebaliknya, data yang diberikan bagi
bahan-bahan adalah pada keadaan piawai (pada 25 °C, 100 kPa)
Penafian Infobox dan rujukan-rujukan

Kuprum(II) sulfat, sebatian kimia dengan formula CuSO4, ialah garam yang biasa bagi kuprum. Kuprum(II) sulfat wujud dalam satu siri sebatian-sebatian yang berbeza-beza dari segi darjah penghidratannya. Kuprum(II) sulfat kontang berbentuk serbuk, manakala kuprum(II) sulfat terhidrat berwarna biru terang. Nama kuno bagi kuprum(II) sulfat ialah vitriol biru.

Penyediaan

Oleh sebab ia terdapat secara komersil, kuprum sulfat biasanya dibeli, dan tidak disediakan di makmal. Ia dihasilkan melalui tindak balas asid sulfurik dengan bermacam-macam jenis sebatian kuprum(II), seperti kuprum(II) oksida dan kuprum(II) karbonat. Tindak balas sedemikian biasanya dianggap sebagai tindak balas asid dan bes.

Kebanyakan kuprum sulfat wujud dalam alam semulajadi dalam bentuk pentahidrat (CuSO4 · 5H2O). Mineral ini dikenali sebagai kalkantit. Kuprum(II) sulfat mengurai sebelum melebur. Bentuk pentahidrat yang lazim ternyahhidrat, iaitu kehilangan empat molekul airnya pada 110 °C dan kelima-lima molekul air pada 150 °C. Pada 650 °C, kuprum(II) sulfat mengurai menjadi kuprum(II) oksida (CuO), sulfur dioksida (SO2) dan oksigen (O2).

Penggunaan

Hablur kuprum(II) sulfat pada pembesaran 100x

Ia boleh digunakan dalam penyaduran logam bersama kuprum, sebagai racun kulat atau racun herba, atau untuk ujian kimia bagi air (bentuk kontangnya akan menyerap air dan bertukar menjadi biru). Apabila dicampurkan dengan kapur, ia dinamakan larutan Bordeaux. Ia juga digunakan dalam larutan Fehling untuk ujian gula penurun, iaitu gula penurun akan menurunkan ion Cu2+ak biru kepada kuprum(I) oksida merah. Penggunaan-penggunaan lain termasuklah pewarna rambut dan pemprosesan barangan kulit dan tekstil.

Kuprum sulfat juga digunakan untuk menguji darah bagi mengesan anemia. Setitik darah pesakit dititiskan ke dalam bekas yang mengandungi kuprum sulfat, dan jikalau ia tenggelam pada masa-masa yang tertentu, maka pesakit mempunyai tahap hemoglobin yang mencukupi dan tidak menghidapi anemia. Jika titisan darah terapung atau tenggelam dengan sangat perlahan, maka pesakit adalah kekurangan besi dan berkemungkinan menghidapi anemia.

Dalam ujian nyala, ion kuprum memancarkan cahaya hijau-kebiruan gelap, lebih kebiruan daripada ujian nyala bagi barium.

Kuprum(II) sulfat juga sejenis bahan pengering.

Apabila dihangatkan dalam nyalaan terbuka, hablur kuprum(II) sulfat akan terhidrat dan bertukar menjadi putih kekelabuan.

Kuprum sulfat biasanya antara bahan-bahan kimia yang dimasukkan dalam set kimia kanak-kanak dan selalunya digunakan dalam eksperimen-eksperimen pertumbuhan hablur dan penyaduran kuprum semasa sekolah menengah.

Hablur-hablur besar kuprum sulfat


Keselamatan

Walaupun kuprum penting bagi kebanyakan organisma hidup, akan tetapi kuprum(II) sulfat adalah beracun.

Pautan luar