Graviti: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mjbmrbot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: ext:Graveá
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.6.4) (bot menambah: be:Гравітацыя
Baris 90: Baris 90:
[[zh-min-nan:Tāng-le̍k]]
[[zh-min-nan:Tāng-le̍k]]
[[su:Gravitasi]]
[[su:Gravitasi]]
[[be:Гравітацыя]]
[[be-x-old:Гравітацыя]]
[[be-x-old:Гравітацыя]]
[[bs:Gravitacija]]
[[bs:Gravitacija]]

Semakan pada 16:43, 12 Januari 2011

Graviti mengakibatkan benda-benda langit berada pada orbit masing-masing dalam mengelilingi matahari

Graviti ialah daya tarikan di antara zarah-zarah yang besar. Graviti menentukan berat sesuatu objek daripada jisimnya.

Setakat ini, hukum graviti yang paling "berjaya" (tepat) ialah teori relativiti am (general relativity) oleh Albert Einstein. Walau bagaimanapun, Hukum Graviti Newton adalah lebih mudah dan cukup tepat untuk kebanyakan perkara, jadi ia lebih popular.

Hukum Graviti Newton

Pada tahun 1687, Isaac Newton menerbitkan Hukum Graviti Newton (Law of Gravitation). Menurut beliau:

Semua jisim di alam semesta ini menarik antara sama satu lain dan daya yang bertindak adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim-jisim itu dan berkadar songsang dengan kuasa dua jarak antara jisim-jisim itu.

Maka formula untuk daya graviti, ialah:

dimana

ialah jisim objek
ialah jarak antara jisim-jisim
ialah pemalar graviti bersamaan dengan

Menentukan pemalar graviti

Untuk menentukan pemalar graviti, , daya graviti diantara dua objek. Pada tahun 1798, Sir Henry Cavendish menggunakan neraca kilas untuk menentukan nilai pemalar graviti. Maka, dari eksperimen beliau, nilai pemalar graviti ialah:

Berat

Berat, ialah jumlah daya graviti yang bertindak ke atas sesuatu objek oleh objek-objek lain. Maka, berat sesuatu objek di permukaan bumi ialah

dimana

ialah jisim bumi
ialah jejari bumi
ialah jisim objek

Mengikut Hukum Newton Kedua,

maka

adalah pecutan disebabkan oleh graviti

Tenaga Keupayaan Graviti

Kerja yang dilakukan graviti ialah

dimana

maka

maka tenaga keupayaan graviti ialah

Kerja yang dilakukan oleh graviti juga boleh ditulis

maka jika sesuatu objek menghampiri permukaan bumi dan dari persamaan pecutan graviti di atas

Lihat juga