Juita Viden: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 22: Baris 22:
| owner =
| owner =
| num_employees =
| num_employees =
| parent = [[Silver Star Entertainment Group Berhad]]
| parent = [[Juita & Star Entertainment Group Berhad]]
| divisions =
| divisions =
| subsid =
| subsid =
Baris 31: Baris 31:
}}
}}


'''Juita Viden Sdn Bhd''' ialah sebuah syarikat penerbitan & pengedaran kandungan [[televisyen]] yang dimiliki oleh [[Silver Star Entertainment Group Berhad|Silver Star Entertainment Group]].
'''Juita Viden Sdn Bhd''' ialah sebuah syarikat penerbitan & pengedaran kandungan [[televisyen]] yang dimiliki oleh [[Juita & Star Entertainment Group Berhad|Juita & Star Entertainment Group]].


==Pengenalan Syarikat==
==Pengenalan Syarikat==

Semakan pada 18:15, 15 Januari 2011

Juita Viden Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahSendirian Berhad
IndustriPengedaran televisyen
GenreHiburan
Ditubuhkan1978
Ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor[1], Malaysia
Syarikat indukJuita & Star Entertainment Group Berhad
Tapak webhttp://www.juitaviden.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Juita Viden Sdn Bhd ialah sebuah syarikat penerbitan & pengedaran kandungan televisyen yang dimiliki oleh Juita & Star Entertainment Group.

Pengenalan Syarikat

Ia ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Datuk Foo Ah Kow yang menggunakan RM2 sebagai modal syarikat untuk mencapai kejayaan dia. Selepas 22 tahun, Datuk Foo Ah Kow berjaya menjadikan Juita Viden sebagai antara pembekal kandungan televisyen yang terbesar di negara Malaysia. Juita Viden kini beroperasi di Phileo Damansara, Petaling Jaya, Selangor, bersama beberapa buah anak syarikat yang menerbitkan kandungan televisyen edaannya.

Perkhidmatan

Juita Viden merupakan salah sebuah pengedar kandungan televisyen tempatan dan luar negara yang terbesar di Malaysia, menawarkan pelbagai genre rancangan seperti drama, komedi, filem, format permainan dan realiti, dan animasi.

Ia juga menawarkan pelbagai genre rancangan tempatan Malaysia yang berbahasa Melayu seperti drama, komedi, format permainan dan realiti kepada syarikat Televisyen Malaysia dan juga syarikat Televisyen negara Asia yang lain.

Ia juga ditugaskan untuk menguruskan artis-artis berbangsa melayu dan india yang terkenal yang dimiliki oleh Juita Viden.

Perkhidmatan edaran Juita Viden tidak terhad di Malaysia, malah meliputi kebanyakan negara di Asia. Juita Viden telah membawa siri TV Amerika Syarikat seperti The X-Files, 24 dan Prison Break ke kaca TV Malaysia, serta membantu menerbitkan rancangan televisyen realiti tempatan Akademi Fantasia dan Fear Factor Malaysia dari format-format luar negara.

Bahagian Licensing & Merchandising berfungsi melesenkan perdagangan barangan cenderamata dan promosi acara istimewa dari rancangan-rancangan televisyen edaran Juita Viden.

Ia juga membantu penyiar televisyen tempatan Malaysia, dan juga saluran serantau Nickelodeon dan MTV Asia, menjual ruang iklan bagi slot waktu penyiaran bahan-bahan edaran Juita Viden.[2]

Lain-Lain

Juita Viden bersama Berjaya Group menjalankan perniagaan jualan video (VCD/DVD) dengan label Berjaya HVN.

Rujukan

Pautan luar