Euclid: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: fy:Euklides
Baris 46: Baris 46:
{{reflist}}
{{reflist}}
[[Kategori:Ahli matematik]]
[[Kategori:Ahli matematik]]

[[af:Euklidus]]
[[af:Euklidus]]
[[als:Euklid]]
[[als:Euklid]]
Baris 52: Baris 53:
[[ast:Euclides]]
[[ast:Euclides]]
[[az:Evklid]]
[[az:Evklid]]
[[id:Euklides]]
[[bn:ইউক্লিড]]
[[bn:ইউক্লিড]]
[[be:Эўклід]]
[[be:Эўклід]]
Baris 66: Baris 68:
[[et:Eukleides]]
[[et:Eukleides]]
[[el:Ευκλείδης]]
[[el:Ευκλείδης]]
[[es:Euclides]]
[[en:Euclid]]
[[en:Euclid]]
[[es:Euclides]]
[[eo:Eŭklido]]
[[eo:Eŭklido]]
[[ext:Uclidi]]
[[ext:Uclidi]]
Baris 74: Baris 76:
[[hif:Euclid]]
[[hif:Euclid]]
[[fr:Euclide]]
[[fr:Euclide]]
[[fy:Euklides]]
[[gl:Euclides]]
[[gl:Euclides]]
[[gan:歐几里得]]
[[gan:歐几里得]]
Baris 82: Baris 85:
[[hr:Euklid]]
[[hr:Euklid]]
[[io:Euklid]]
[[io:Euklid]]
[[id:Euklides]]
[[ia:Euclide]]
[[ia:Euclide]]
[[is:Evklíð]]
[[is:Evklíð]]
Baris 130: Baris 132:
[[te:యూక్లిడ్]]
[[te:యూక్లిడ్]]
[[th:ยุคลิด]]
[[th:ยุคลิด]]
[[vi:Euclid]]
[[tg:Эвклид]]
[[tg:Эвклид]]
[[tr:Öklid]]
[[tr:Öklid]]
Baris 135: Baris 138:
[[ur:اقلیدس]]
[[ur:اقلیدس]]
[[za:Euclid]]
[[za:Euclid]]
[[vi:Euclid]]
[[vo:Eukleides]]
[[vo:Eukleides]]
[[zh-classical:歐几里得]]
[[zh-classical:歐几里得]]

Semakan pada 18:48, 19 Januari 2011

Euclid
Patung Euclid di Universiti Oxford.
Kelahiran300 SM
Meninggal duniaTidak diketahui
Terkenal keranaGeometri Euclid
Elemen
Kerjaya saintifik
BidangMatematik

Euclid (disebut /ˈjuːklɪd/ EWK-lid; Greek: Εὐκλείδης Eukleidēs) juga dikenali sebagai Euclid dari Iskandariah dan digelar "Bapa Geometry", ialah seorang ahli matematik Yunani Purba yang dilahirkan pada 300 SM. Beliau aktif di Iskandariah ketika era pemerintahan Ptolemy I Soter (323-283 SM). Karya beliau Elemen merupakan karya yang paling berpengaruh dalam sejarah Matematik, dijadikan buku teks utama dalam pengajaran matematik (terutamanya geometri) dari masa penerbitannya sehingga lewat kurun ke-19 atau awal kurun ke-20.[1][2][3] Dalam Elements, Euclid mendeduksi prinsip yang kini dikenali sebagai geometri Euclid dari set kecil aksiom-aksiom. Beliau juga menulis karya tentang perspektif, keratan kon, geometri sfera, teori nombor dan rigor.

Nama "Euclid" ialah versi yang diinggeriskan untuk nama Greek (Εὐκλείδης — Eukleídēs) yang bermaksud "kemenangan hebat".

Kehidupan

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan Euclid kerana hanya sedikit sumber yang wujud tentang beliau. Tarikh dan tempat kelahirannya serta kematiannya tidak diketahui, dan hanya dapat dianggar berdasarkan tokoh-tokoh sezamannya yang disebut dalam sumber. Berkemungkinan besar beliau dilahirkan sekitar tahun 322 SM dan meninggal dunia sekitar tahun 275 SM. Oleh kerana tiada sebarang penerangan tentang perwatakan fizikalnya yang wujud, gambaran Euclid dalam karya seni hanyalah produk imaginasi ahli seni.

Beberapa rujukan sejarah tentang Euclid ditulis beberapa kurun selepas kematiannya, oleh Proclus dan Pappus dari Iskandariah.[4] Proclus menceritakan tentang Euclid secara ringkas dalam karya kurun ke-5 nya yang bertajuk Commentary on the Elements. Menurut Proclus, Archimedes dikatakan pernah menyebut tentang Euclid yang disoal Raja Ptolemy samada terdapat jalan mudah untuk mempelajari geometri selain daripada Elemen, Euclid menjawab, "Tuanku, tiada jalan diraja kepada Geometri." Walaupun petikan dari Archimedes yang didakwa disampaikan oleh Euclid ini telah dianggap hanyalah penambahan dari para penyunting karyanya, ia masih dipercayai ramai yang Euclid menulis karyanya sebelum Archimedes.[5][6] Dalam rujukan penting lain tentang Euclid, Pappus secara ringkas menyatakan dalam kurun ke-4 yang Apollonius "menghabiskan masa yang sangat banyak dengan para murid Euclid di Iskandariah, dan oleh kerana itu beliau telah mendapat pemikiran yang sangat saintifik."[7] Euclid juga dipercayai pernah menuntut di akademi Plato di Athens.

Elemen

Salah satu cebisan dari Elemen Euclid yang tertua masih wujud, dijumpai di Oxyrhynchus dan bertarikh 100 M. Diagram d dalam gambar adalah berasal dari Buku II, Proposisi 5.[8]

Walaupun banyak keputusan dalam Elemen berasal dari penemuan ahli matematik yang lebih awal, salah satu pencapaian penting Euclid ialah menerangkan kesemuanya di dalam rangka kerja tunggal yang koheren secara logik, menjadikannya mudah digunakan dan dirujuk, termasuk satu sistem bukti matematik yang rigor yang kekal menjadi asas matematik 2300 tahun kemudian.[9]

Tiada keterangan tentang Euclid yang ditemui dalam salinan tertua Elemen yang masih wujud, dan kebanyakannya menyatakan ia "dari edisi "Theon" atau "kuliah Theon",[10] sementara satu teks yang dianggap edisi pertama, disimpan di Vatican, tidak menyatakan siapa penulisnya. Satu satunya rujukan untuk para sejarawan tentang Euclid sebagai penulis asal Elemen ialah dari Proclus, yang secara ringkas dalam Commentary on the Elements menyatakan yang Euclid adalah penulisnya.

Walaupun terkenal dengan keputusan-keputusan geometrinya, Elemen juga mengandungi teori nombor. Ia menerangkan hubungan antara nombor sempurna dan nombor perdana Mersenne, ketakterhinggaan nombor perdana, lema Euclid ke atas pemfaktoran (yang menghasilkan teorem asas aritmetik untuk keunikan pemfaktoran perdana) dan algoritma Euclid untuk mencari pembahagi sepunya terbesar bagi dua nombor.

Sistem geometri yang diterangkan dalam Elemen telah lama dikenali hanya dengan nama geometri, dan pernah dianggap satu-satunya geometri dalam matematik. Bagaimanapun kini, sistem tersebut sering dirujuk sebagai Geometri Euclid untuk membezakannya dengan geometri bukan Euclid yang ditemui ahli matematik pada kurun ke-19.

Rujukan

  1. ^ Ball, pp. 50–62.
  2. ^ Boyer, pp. 100–19.
  3. ^ Macardle, et al. (2008). Scientists: Extraordinary People Who Altered the Course of History. New York: Metro Books. g. 12.
  4. ^ Joyce, David. Euclid. Clark University Department of Mathematics and Computer Science. [1]
  5. ^ Morrow, Glen. A Commentary on the first book of Euclid's Elements
  6. ^ Euclid of Alexandria. The MacTutor History of Mathematics archive.
  7. ^ Heath (1956), p. 2.
  8. ^ Bill Casselman. "One of the Oldest Extant Diagrams from Euclid". University of British Columbia. Dicapai pada 2008-09-26. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  9. ^ Struik p. 51 ("their logical structure has influenced scientific thinking perhaps more than any other text in the world").
  10. ^ Heath (1981), p. 360.