Afrika: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Escarbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: az:Afrika
SieBot (bincang | sumb.)
Baris 314: Baris 314:
[[sq:Afrika]]
[[sq:Afrika]]
[[scn:Àfrica]]
[[scn:Àfrica]]
[[si:අප්‍රිකාව]]
[[simple:Africa]]
[[simple:Africa]]
[[ss:Í-Afríka]]
[[ss:Í-Afríka]]

Semakan pada 01:00, 22 Januari 2011

Imej satelit benua Afrika

Afrika merupakan benua yang kedua terbesar selepas Asia, sama ada dari segi keluasan atau jumlah penduduk. Luasnya adalah kira-kira 30,244,050 km2 (11,677,240 batu2) termasuk kepulauan di sekitarnya, meliputi 20.3% dari jumlah daratan di bumi dan didiami lebih daripada 900 juta orang pada 2005, atau sekitar 14% populasi manusia di bumi.

Benua Afrika disempadani:

Kata Afrika berasal dari bahasa Rom kuno, Africa terra — "tanah Afri" (perkataan jamak dari "Afer") — untuk menunjukkan bahagian utara benua tersebut, iaitu Tunisia sekarang, wilayah jajahan Rom Afrika. Asal perkataan "Afer" mungkin adalah dari bahasa Funisia (Phoenician), 'afar yang bererti debu; atau dari puak Afridi, yang mendiami bahagian utara benua dekat Carthage; atau dari bahasa Greek aphrike yang bererti tanpa dingin; atau dari bahasa Latin aprica yang bererti cerah.

Geografi

Afrika adalah daratan terbesar daripada tiga daratan jika dilihat dari arah selatan di bahagian muka bumi di angkasa. Diasingkan daripada Eropah oleh Laut Mediterranean, ia bersambung hingga ke Asia pada bahagian paling utara timurnya oleh Isthmus of Suez (disilang oleh Terusan Suez), 163 km (101 batu ) lebarnya.[4] (Secara geo-politiknya, Egypt, Semenanjung Sinai dan timur Terusan Suez selalu dianggap sebahagian daripada Afrika.[2][3]) Dari titik paling utara iaitu Ras ben Sakka di Tunisia (37°21' N) dan titik paling selatan iaitu Cape Agulhas di Afrika Selatan (34°51'15" S ), mempunyai jarak lebih kurang 8,000 km (5,000 batu).[5] Dari Cape Verde, (17°33'22" W) iaitu titik paling barat ke Ras Hafun di Somalia, (51°27'52" E) iaitu bahagian paling timur, mempunyai jarak lebih kurang 7,400 km (4,600 batu).[6] Panjang pesisir pantainya adalah 26,000 km (16,100 batu ) dan dengan dan ketiadaan titik putus atau lubang besar di sepanjang pantainya adalah satu ilustrasi yang menggambarkan fakta bahawa Eropah, yang hanya merangkumi 10,400,000 km² (4,010,000 batu persegi )– yang luasnya hanya sepertiga daripada keluasan Afrika – mempunya pesisir pantai sepanjang 32,000 km (19,800 batu).[6] Negara terbesar Sudan, dan negara yang terkecil adalah Seychelles, sebuah gugusan kepulauan di luar pantai timurnya.[7] Negara terkecil di atas daratan benua Afrika adalah Gambia. Menurut Roman purba, Afrika tersebar di barat Egypt, manakala "Asia" yang dahulunya dirujuk sebagai Anatolia tersebar ke arah timur. Garis sempadan mutlak antara dua benua ini telah digariskan oleh ahli geografi terkenal iaitu Ptolemy (85–165 selepas masehi), menunjukkan Alexandria di sepanjang Prime Meridian serta menentukan bahawa Isthmus of Suez dan Laut Merah menjadi sempadan antara Asia dan Afrika. Apabila orang Eropah mula memahami keluasan sebenar benua ini, idea tentang Afrika mula berkembang bersama dengan ilmu pengetahuan mereka.


Benua Afrika mempunyai 59 buah negara.

Afrika Timur

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Afrika Timur

Afrika Timur adalah sebuah kawasan yang mencakupi wilayah:

Tengah Afrika

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Tengah Afrika

Tengah Afrika adalah salah satu rantau yang terdapat di dalam benua Afrika. Negara-negara yang dianggap sebagai sebahagian daripada Tengah Afrika ialah:

Negara-negara yang sememangnya sebahagian daripada rantau Tengah Afrika:

Afrika Utara

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Afrika Utara

Afrika Utara merupakan kawasan yang secara umum merangkumi:

Selatan Afrika

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Selatan Afrika

Selatan Afrika adalah rantau di benua Afrika. Di dalam rantau ini terdapat beberapa negara seperti Afrika Selatan. Di dalam skema penamaan PBB, terdapat lima negara dalam Selatan Afrika:

Afrika Barat

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Afrika Barat

Negara-negara yang termasuk dalam Afrika Barat adalah:

Sejarah

Dipercayai bahawa manusia yang pertama telah tinggal di benua ini.

Politik

Demografi

Iklim, Flora dan Fauna Iklim di Afrika adalah pelbagai daripada iklim tropika kepada sub-artik (iklim yang selalunya musim salji yang teramat sejuk dan musim panas yang singkat) di bahagian puncaknya yang tertinggi. Bahagian utaranya terdiri daripada gurun dan padang pasir,manakala di bahagian tengah dan selatannya mengandungi kedua-dua lembah savana dan wilayah hutan hujan yang tebal. Di antaranya pula didominasi oleh pertemuan tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan sahel dan steppe. Africa merndakwa bahawa benuanya kemungkinan merupakan kombinasi terbesar dari segi kepadatan dan “ruang kebebasan” untuk populasi hidupan liarnya dan diversitinya. Dengan populasi haiwan liar untuk karnivor besar ( seperti singa, dubuk dan harimau bintang) dan haiwan herbivor (seperti kerbau, rusa, gajah, unta dan zirafah)bergerak bebas di dataran tanah ratanya yang luas. Ia juga merupakan tempat tinggal kepada pelbagai makhluk hutan lain (termasuk ular dan primat) serta hidupan akuatik (termasuk buaya dan amfibia).

Bahasa

Budaya

Legenda Afrika

Artikel Utama: Legenda Afrika Afrika kaya dengan sejarah yang kebanyakannya tidak direkodkan. Ia kaya dengan mitos, ceritera pendek dan lagenda.


Sukan

53 negara Afrika mempunyai pasukan bola sepaknya di bawah Konfederasi Bila Sepak Afrika, manakal Cameroon, Nigeria, Senegal dan Ghana telah mara di peringkat kalah mati untuk Piala Dunia FIFA. Afrika Selatan akan menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Piala Dunia 2010, dan akan menjadi negara Afrika pertama menjadi tuan rumah.

Kriket juga merupakan sukan popular di sesetengah negara Afrika,dengan Selatan Afrika and Zimbabwe memegang status Test dan dengan Kenya yang menjadi pasukan yang mampu memberi saingan One-Day International cricket. Ketiga-tiga negara ini menjadi tuan rumah secara bersama untuk Pertandingan Kriket Piala Dunia 2003.

Ada sesetengah negara Afrika, terutamanya Ethiopia, Kenya dan Morocco, telah melahirkan ramai pelari jarak jauh bertaraf dunia seperti Abebe Bikila dan Cosmas Ndeti. Afrika Selatan telah menjadi tuan rumah dan seterusnya memenangi Piala Dunia Ragbi 1995 dan juga telah memenagi Piala Dunia Ragbi 2007.

Agama

ak:Afrika