Final Fantasy XIII: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 124: Baris 124:


== Rujukan ==
== Rujukan ==
{{reflist|10em|refs=
{{reflist2|refs=


<!-- dua jenis- Petikan-petikan/Datalogs dan rujukan luar -->
<!-- dua jenis- Petikan-petikan/Datalogs dan rujukan luar -->

Semakan pada 07:39, 24 Januari 2011

Final Fantasy XIII
Kulit hadapan versi Jepun.
PembangunSquare Enix
PenerbitSquare Enix
PengarahMotomu Toriyama
PengeluarYoshinori Kitase
ArtisTetsuya Nomura
Isamu Kamikokuryou
Toshitaka Matsuda
PenulisMotomu Toriyama
Daisuke Watanabe
Kazushige Nojima
KomposerMasashi Hamauzu
SiriFinal Fantasy
Fabula Nova Crystallis
EnjinCrystal Tools Sunting ini di Wikidata
PlatformPlayStation 3, Xbox 360
Pelepasan
December 17, 2009
    GenrePermainan video berperanan (RPG)
    ModSeorang pemain

    Final Fantasy XIII (ファイナルファンタジーXIII Fainaru Fantajī Sātīn?) merupakan sebuah judul permainan video berperanan konsol ciptaan dan terbitan Square Enix untuk pelantar permainan video PlayStation 3 dan Xbox 360. Dikeluarkan pada tahun 2009 di Jepun dan seterusnya pada tahun 2010 di Amerika Utara dan kawasan PAL, judul ini merupakan yang ke-13 dalam siri Final Fantasy. Final Fantasy XIII memperkenal beberapa buah inovasi; sebuah mekanik kombat bersifat pantas, sebuah sistem baru yang menentukan kemahiran yang dibangunkan untuk setiap watak yang digelar Crystarium, beserta sebuah sistem Paradigm atau Paradigma untuk mengawal kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan watak-wataknya. Final Fantasy XIII juga turut mempunyai elemen-elemen daripada judul-judul awal dalam sirinya, seperti makhluk seruan, chocobo, dan kapal udara atau airship.

    Judulnya mengambil tempat di sebuah dunia cereka bergelar Cocoon, di mana kerajaannya, iaitu Sanctum, sedang mengarahkan pembuangan sebahagian daripada penduduknya yang kononnya telah bersentuhan dengan Pulse, iaitu sebuah dunia yang berada di bawah, digeruni ramai. Lightning, seorang bekas tentera, memulakan tentangannya terhadap kerajaan tersebut demi menyelamatkan adiknya yang telah dipilih menjadi l'Cie Pulse—hamba-hamba paksaan kepada makhluk berupa Tuhan yang dikenali sebagai fal'Cie, yang memastikan kesejahteraan di dunia Cocoon dan Pulse—justeru menjadi musuh kepada Cocoon. Lightning kemudiannya disertai oleh beberapa watak lain, dan mereka bersama-sama dipilih menjadi l'Cie setelah pertempuran mereka dengan Pulse fal'Cie. Mereka berganding bahu menentang Sanctum sambil mengenalpasti tugasan-tugasan mereka sebagai l'Cie, akhirnya mengelakkan takdir mereka berubah menjadi raksasa ataupun kristal pada penghujung misi mereka.

    Pembangunannya bermula pada tahun 2005 dan pertama kali diumumkan di Electronic Entertainment Expo (E3) 2006, di mana Final Fantasy XIII merupakan judul utama kepada koleksi permainan video Final Fantasy di bawah kompilasi bergelar Fabula Nova Crystallis, turut merupakan judul pertama yang menggunakan enjin Square Enix iaitu Crystal Tools. Final Fantasy XIII telah menerima majoriti ulasan positif daripada industri permainan video, di mana grafik, persembahan, dan sistem pertarungannya dipuji. Ulasan-ulasan yang diterima mempunyai pandangan bercampur tentang keseluruhan penceritaan, plot dan kelinearan judulnya berbanding Final Fantasy utama yang lain. Dengan jumlah jualan sebanyak 1.7 juta di Jepun pada tahun 2009, Final Fantasy XIII merupakan judul yang paling pantas dijual dalam sejarah sirinya. Setakat Mei 2010, sejumlah 5.75 juta salinan dijual di seluruh dunia. Pada 18 Januari, 2011, Square Enix telah mengumumkan sebuah judul sambungan bergelar Final Fantasy XIII-2, dijadualkan untuk keluaran pada hujung tahun 2011.

    Gaya permainan

    Para pemain secara langsung mengawal watak-watak melalui pandangan orang ketiga untuk berinteraksi dengan manusia, objek dan musuh dalam keseluruhan permainannya. Pada pemain juga boleh menggerakkan kamera disekitar watak-watak yang sedang beraksi, membenarkan pandangan seluas 360° disekitar watak kawalan.[1] Dunia Final Fantasy XIII dicipta bersesuaian kepada skala watak-watak yang mendiaminya; berbeza daripada judul-judul Final Fantasy sebelumnya di mana watak-wataknya diwakili seorang karikatur, setiap kawasan diwakili watak-wataknya mengikut kadar sebenar. Pemain bergerak di dunianya sama ada berjalan atau menggunakan Chocobo.[2] Para pemain boleh menyimpan data permainan mereka ke cakera keras menggunakan stesen simpanan, di mana para pemain juga turut dibenarkan membeli barang-barang daripada rangkaian kedai yang disediakan ataupun menaiktaraf senjata mereka.[3] Sebuah datalog yang boleh diakses daripada menu utama membekalkan maklumat tentang raksasa yang ditentang dan dunia Final Fantasy XIII.[4]

    Pertarungan

    Sistem pertarungan Final Fantasy XIII, dengan pilihan untuk menggunakan Paradigm Shift (Paradigma Anjakan) untuk mengubah Paradigma yang dipilih; bar ATB yang sedang dipenuh di bawahnya dengan empat slot; juga watak aktif dalam pertarungan yang dapat dilihat bersama HP dan peranan Paradigma yang dipilih. Nama musuh bersama peratus kerosakan dapat dilihat pada sudut atas (kanan).

    Seperti dalam Final Fantasy XII, musuh-musuh diintegrasi dalam sebuah dunia terbuka dan boleh dielak oleh para pemain. Apabila watak para pemain bersentuhan dengan musuh, skrin sebuah peta biasa akan berubah menjadi sebuah skrin pertarungan seperti yang dilihat dalam judul-judul Final Fantasy yang terdahulu.[5] Tiga watak kawalan merupakan had maksimum yang boleh digunakan dalam pertarungan, dimana sistem pertarungannya menggunakan sebuah versi variasi sistem ATB ciptaan Hiroyuki Ito yang pertama kalinya dicipta untuk kegunaan judul Final Fantasy IV. Di bawah sistem ini, para pemain memilih sebuah arahan daripada menu pilihan, misalnya seperti Attack, Magic dan Item; walaubagaimanapun, berbeza daripada judul-judul dalam siri sebelumnya, para pemain hanya mengawal watak kawalan utama sahaja manakala dua watak lain dikawal oleh kecerdasan buatan (AI). Setiap tindakan memerlukan bilangan slot bar ATB tertentu, yang sentiasa akan dipenuhkan secara automatik, bergantung kepada jumlah slot ATB yang maksimum. Bar ATB tersebut pula akan meningkat dari segi bilangan slot yang sedia ada apabila para pemain melangkah lebih jauh lagi dalam dunia Final Fantasy XIII, bermula daripada dua slot hingga enam slot.[6] Para pemain juga boleh memilih kurang daripada arahan maksimum yang boleh diberikan, termasuklah keupayaan untuk menghentikan bar ATB daripada dipenuhkan sambil melakukan aksi-aksi yang dinginkan supaya tidak bergantung kepada had maksimum bar ATB tersebut. Para pemain juga mampu menggunakan arahan auto battle di mana tindakan tersebut akan memberi aksi-aksi atau tindakan secara automatik. Aksi-aksi ini tidak boleh dilakukan diluar pertarungan, dan HP watak-watak akan pulih sepenuhnya setelah setiap pertarungan berakhir.[6]

    Apabila musuh-musuh diserang oleh serangan fizikal atau sihir, kaunter rangkaian mereka akan meningkat. Serangan oleh peranan-peranan berbeza memiliki kesan-kesan yang berbeza, di mana sesetengah mampu meningkatkan rangkaian dengan jumlah yang besar manakala sesetengah mampu memberi masa yang lebih lama untuk para pemain meningkatkan rangkaiannya sebelum kaunternya direset kembali. Jumlah kerosakan yang boleh dilakukan oleh sebuah serangan digandakan oleh peratus rangkaian sebelum ianya disuaikan kepada musuh. Apabila kaunter rangkaian tersebut mencapai sebuah jumlah yang tertentu (yang bergantung kepada musuh), musuh tersebut akan berada dalam keadaan Stagger State. Dalam keadaan ini, pertahanan musuh berkurang dan mereka boleh dilancarkan ke udara.[7] Sebuah lagi ciri dalam sistem Paradigma, yang membenarkan para pemain untuk mengatur cara enam buah peranan berbeza untuk setiap seorang watak demi menggunakan formasi tertentu dalam pertarungan, selaras dengan situasi-situasi tertentu. Peranan-peranan ini termasuklah Commando, sebuah peranan berupa Warrior; Ravager, sebuah peranan berupa ahli sihir gelap yang boleh menggunakan sihir serangan; Medic, sebuah peranan berupa dukun atau White Mage yang mempu menggunakan sihir penyembuhan; Saboteur, yang boleh melemahkan musuh; Synergist, yang boleh mengukuhkan keadaan ahli parti yang lain; dan Sentinel, yang memiliki kebolehan bersifat pertahan.[8] Setiap watak pada tahap awalnya hanya mampu mempelajari tiga peranan sahaja, namun pada satu tahap permainannya para pemain dapat meningkatkan kesemua peranan untuk setiap watak. Para pemain boleh memilih untuk meletakkan peranan tertentu kepada watak-watak tertentu termasuklah watak AI untuk digunakan diluar dan didalam pertarungan, yang merupakan satu-satunya cara pemain mampu mengawal watak AI sewaktu pertarungan.[8] Para pemain hanya boleh memilih set paradigma tertentu sahaja, yang harus diatur cara oleh pemain sebelum memasuki sesebuah pertarungan. [7]

    Setiap watak mampu menyeru Eidolon tertentu sewaktu pertarungan.[6] Makhluk-makhluk seruan ini termasuklah makhluk seruan yang pernag muncul dalam judul-judul Final Fantasy terdahulu Odin, Shiva, Alexander dan Bahamut, manakala dua makhluk baru juga mampu diseru bergelar Hecatoncheir dan Brynhildr.[9] Apabila diseru, Eidolon tersebut akan kekal di dalam pertarungan manakala watak-watak yang mengiringi penyeru akan dikeluarkan daripada parti.[10] Setelah diseru, Eidolon tersebut mampu berubah bentuk di dalam sebuah mod yang digelar Gestalt Mode, di mana penyeru akan menunggangnya dan Eidolon tersebut mampu melakukan serangan-serangan berbeza.[11] Eidolon yang diseru ini memainkan perana besar dalam babak penceritaan Final Fantasy XIII, serupa dengan Final Fantasy VI, Final Fantasy VIII, Final Fantasy IX dan Final Fantasy X.[12]

    Crystarium

    Crystarium merupakan sebuah sistem tingkatan yang terdiri daripada enam buah kristal dan menyerupai Sphere Grid daripada Final Fantasy X.[13][14] Setiap kristal dalam Crystarium mewakili satu daripada enam Paradigma, dan terbahagi kepada sepuluh buah tingkat. Setiap tingkat mengandungi beberapa buah nodus ataupun nodes yang membekalkan bonus kepada nyawa, kekuatan ataupun sihir, kadang-kala memberi kemahiran baru dan slot aksesori tambahan. Nodus tersebut bersambung di dalam sebuah rangkaian oleh sebuah laluan semi-linear. Para pemain boleh bergerak mengikut laluan-laluan ini dengan mengumpul Mata Crystarium, yang diberikan setelah menewaskan musuh-musuh.[15] Crystarium yang lengkap tidak boleh diakses oleh para pemain pada permulaan permainannya; pada titik-titik tertentu dalam plot Final Fantasy XIII para pemain boleh menggunakan kristal atau tingkat baru.[16]

    Plot

    Latar belakang

    Latar tempat dunia Final Fantasy XIII ialah Gran Pulse. Cocoon merupakan tumpuan kepada penceritaannya, iaitu sebuah sfera gergasi yang terapung di atas dunia Pulse dan dikuasai oleh Sanctum, sebuah kerajaan bersifat teokrasi. Kedua-dua buah dunia dikawal oleh fal'Cie (disebut /fælˈsiː/); makhluk mekanikal dengan kuasa ketuhanan, setiap satunya dikelilingi kristal dan dicipta oleh kewujudan bergelar the Maker.[6] Makhluk fal'Cie yang mengawal Cocoon bertanggungjawab membekalkan cahaya dan air kepada manusia yang mendiaminya. Setiap fal'Cie menguruskan tugas-tugas tertentu.[17] Makhluk fal'Cie memiliki kebolehan untuk menandakan manusia, yang turut dicipta oleh Maker supaya menjadi hamba mereka. Hamba-hamba ini, yang bergelar l'Cie, ditanda dengan sebuah simbol yang mewakili sama ada Pulse atau Cocoon, dan kemudiannya diberikan sebuah Fokus, yakni sebuah tugasan atau misi untuk dilengkapkan.[18] Jikalau golongan l'Cie ini berjaya melengkapkan misi mereka dalam masa terhad yang diberikan, mereka berubah menjadi kristal dan menurut lagendanya turut mendapat kehidupan yang abadi; namun jika gagal mereka akan berubah menjadi makhluk tanpa akal bergelar Cie'th.[19] Golongan l'Cie tidak diberitahu tentang fokus yang harus mereka lengkapkan, akan tetapi dianugerah sebuah visi tentang misi mereka yang harus mereka tafsir.[20]

    Beberapa ribu tahun sebelum bermulanya peristiwa Final Fantasy XIII, peperangan yang dikenali sebagai War of Transgression telah berlaku diantara Pulse dan Cocoon. Peperangan tersebut melibatkan l'Cie daripada Pulse yang menyerang Cocoon dan telah mendedahkan sebuah lubang besar di Cocoon.[21] Akhirnya, golongan l'Cie telah melengkapkan fokus mereka dan berubah menjadi kristal. Lubang tersebut telah dibaiki dengan bahan yang diambil daripada Pulse, dan sejak kejadian tersebut penduduk Cocoon telah hidup dalam ketakutan akan suatu lagi serangan; ketakutan ini dieksploitasikan oleh Sanctum untuk mengekalkan kuasanya.[22] Sanctum mengawal dua jenis ketenteraan, Guardian Corps dan PSICOM, yang merupakan pasukan khas berkuasa ke atas apa sahaja yang berkaitan dengan Pulse.[23] Golongan fal'Cie telah memberikan manusia teknologi yang canggih, termasuklah kapal udara dan makhluk mekanikal, meskipun sihir juga turut dianugerahkan. Sihir ini seringkali diberikan hanya kepada golongan l'Cie sahaja, disamping beberapa raksasa di Cocoon dan Pulse, meskipun kimia bersuling juga mampu digunakan oleh manusia biasa.[24]

    Watak-watak

    Enam watak-watak utama yang boleh dikawal para pemain dalam Final Fantasy XIII ialah Lightning, protagonis utama judul ini, seorang bekas askar, juga kakak kepada Serah;[25][26] Snow Villiers, tunang kepada Serah dan ketua NORA, sebuah kumpulan separa tentera;[27] Oerba Dia Vanille, pencerita judul ini dan seorang buangan yang didedahkan kemudiannya sebagai seorang l'Cie daripada Pulse;[28] Sazh Katzroy, seorang juruterbang awam dan bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki, Dajh;[29] Hope Estheim, seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai masalah bersama-sama keluarganya;[30] dan Oerba Yun Fang, seorang l'Cie daripada Pulse yang bekerja dengan cawangan Sanctum Cavalry.[31] Watak-watak lain termasuklah Galenth Dysley, ketua kepada Sanctum;[32] Cid Raines, seorang Jeneral Brigadier kepada Sanctum Cavalry yang tidak mempercayai kerajaan;[9] dan Serah Farron, adik perempuan Lightning dan tunang kepada Snow.[26]

    Cerita

    Watak-watak kawalam Final Fantasy XIII. Daripada kiri ke kanan: Sazh Katzroy, Snow Villiers, Hope Estheim, Lightning, Oerba Yun Fang, dan Oerba Dia Vanille.

    Final Fantasy XIII bermula di Cocoon apabila sekumpulan manusia sedang diusir keluar Cocoon, ataupun digelar Purged, setelah berhubung dengan apa sahaja yang berasal daripada Pulse.[33] Dalam perjalanan permainannya, para pemain ditunjukkan imej-imej imbasan kembali kejadian daripada 13 hari yang lalu, bermula apabila suatu makhluk fal'Cie daripada Pulse ditemui di Cocoon. Lightning dan Sazh mensabotaj sebuah kereta api yang sedang bergerak ke Pulse untuk menyelamatkan Serah, seorang l'Cie, daripada Anima fal'Cie. Dalam pertarungan yang berikutnya, Snow mengetuai kumpulan penentang, NORA, untuk menyelamatkan mereka yang diusir apabila sesetengah daripada mereka, termasuklah ibu Hope, iaitu Nora, terbunuh. Apabila Snow menuju ke Anima untuk turut menyelamatkan Serah, Hope dan Vanille, iaitu mereka yang berada dikalangan yang diusir, menyertainya. Kedua-dua kumpulan tersebut bertemu di lokasi fal'Cie Anima, akhirnya bertemu dengan Serah sebaik sahaja diri gadis itu berubah menjadi kristal. Anima kemudiannya memilih mereka sebagai l'Cie dan mereka dibuang keluar ke sebuah bahagian Cocoon yang berbeza. Dalam proses transformasi ini, golongan l'Cie yang baru sahaja ditanda ini memiliki sebuah visi yang serupa; suatu makhluk bergelar Ragnarok.[34] Kumpulan ini berbalah mengenai fokus yang baru mereka lihat sementara menemui Serah dalam bentuk kristalnya; Snow kekal bersama tunangnya tersebut manakala yang lain berpecah.

    Snow bertemu dengan Cid dan Fang setelah ditangkap dan ditahan di atas kapal udara bergelar Lindblum. Sementara itu, yang lain telahpun melarikan diri daripada PSICOM, namun terpisah setelah diserang di udara; Hope dan Lightning bergerak menghala ke Palumpolum manakala Sazh dan Vanille ke Nautilus. Dalam senario Lightning, dia secara tidak sengajanya tekah membantu Hope dalam misinya untuk membunuh Snow sebagai dendam ke atas kematian ibunya.[35] Dalam senario Vanille, Sazh berbincang tentang anak lelakinya, Dajh, yang telah berubah menjadi l'Cie dan telah diambil oleh PSICOM untuk membantu menjejak fokusnya.[29] Di Palumpolum, Lightning telah cuba untuk memujuk Hope supaya tidak mengikut kata hatinya untuk membalas dendam dan akhirnya bertemu dengan Snow dan Fang. Fang mendedahkan bahawa dirinya dan Vanille merupakan l'Cie daripada Pulse yang telah berubah menjadi kristal; mereka telah berubah semula menjadi manusia 13 hari sebelum bermulanya kejadian dalam garis penceritaan Final Fantasy XIII, mengakibatkan kejadian pengusiran tersebut serta Serah yang menjadi l'Cie.[36] Hope telah cuba untuk membunuh Snow, namun setelah Snow menyelamatkannya daripada sebuah serangan udara dia berputus untuk melupakan niatnya itu.[37] Parti ini kemudiannya melarikan diri ke bandar dengan bantuan Cid. Di Nautilus, Vanille turut mendedahkan kepada Sazh tentang dirinya, yakni seorang l'Cie daripada Pulse, disamping dirinya sebagai penyebab kepada nasib yang menimpa Dajh yang telah dipilih sebagai seorang l'Cie.[28] PSICOM kemudiannya menangkap Sazh dan Vanille dan mengurung mereka di dalam kapal udara Palamecia.

    Ahli parti lain telah melakukan sebuah misi menyelamat dan akhirnya bertemu dengan Vanille dan Sazh sebelum bersemuka dengan galenth Dysley, iaitu Primarch kerajaan Sanctum. Dia mendedahkan dirinya sebagai ketua kepada fal'Cie di Cocoon iaitu Barthandelus.[38] Dia memberitahu mereka bahawa fokus mereka bersama adalah untuk berubah menjadi raksasa bergelar Ragnarok dan menghancurkan fal'Cie bernama Orphan, yang mengekalkan Cocoon di atas Pulse, yang akan berakhir dengan kematian Cocoon. Parti tersebut kemudiannya melarikan diri dan mendengar berita daripada Cid bahawa kehancuran Cocoon akan menyeru the Maker, pencipta dunia-dunia mereka. Golongan fal'Cie tidak boleh memudaratkan kesejahteraan Orphan seadanya.[39] Vanille dan Fang mendedahkan kepada parti bahawa merekalah yang bertanggungjawab terhadap War of Transgression yang pernah berlaku berabad yang lalu, dan fokus mereka juga adalah untuk berubah menjadi Ragnarok dan menghancurkan Orphan juga.[40] Parti tersebut kemudiannya bergerak ke Pulse dan menuju ke Oerba, tempat lahir Vanille dan Fang, mengandung harapan untuk menemui petunjuk untuk membuang tanda l'Cie yang berada di tubuh mereka. Setelah gagal menemui sebarang mata petunjuk, parti tersebut bersemuka dengan Dysley buat kali kedua. Dysley memberitahu mereka bahawa dia sedang dalam proses untuk memaksa Cid, yang kini ketua kepada Sanctum, untuk mencipta kekacauan besar di Cocoon yang akhirnya akan memaksa Calvary untuk menentang Cid dan Orphan di dalam suatu tindakan merampas kuasa.[41]

    Parti tersebut kemudiannya menyeludup masuk ke Cocoon dengan misi untuk menghalang kehancurannya dan bersemuka dengan Orphan, namun mendapati bahawa Calvary tersebut telah berubah menjadi Cie'th. Mereka kemudiannya menentang Dysley, meskipun berjaya, Orphan bangkit dihadapan mereka dan bergabung tenaga bersama-sama Dysley, akhirnya memaksa Fang untuk melengkapkan fokusnya sebagai Ragnarok manakala yang lain berubah menjadi Cie'th. Walaubagaimanapun, kumpulan mereka berjaya berubah kembali menjadi manusia dan berjaya menumpaskan Orphan.[42] Setelah Orphan ditewaskan, parti tersebut melarikan diri daripada Cocoon, yang kini sedang jatuh menimpa dunia Pulse. Vanille dan Fang kekal di Cocoon dan berubah menjadi Ragnarok bersama-sama, menghalang pelanggaran diantara Cocoon dan Pulse dengan mengubah diri mereka sebagai tiang kristal di antara kedua-dua dunia tersebut. Ahli-ahli parti yang lain kemudiannya bangkit di Pulse sambil berkongsi kegembiraan setelah menemui tanda l'Cie yang pernah melekat di tubuh mereka akhirnya lenyap. Final Fantasy XIII berakhir dengan Lightning dan Snow bersatu kembali bersama-sama Serah manakala Sazh bertemu semula dengan anaknya, Dajh; kesejahteraan hidup penduduk Cocoon yang akan bermula kini disaksikan oleh Fang dan Vanille.

    Pembangunan

    Motomu Toriyama, pengarah judul Final Fantasy XIII.

    Pembangunan Final Fantasy XIII bermula pada tahun 2005. Ketika itu, judulnya direka untuk konsol PlayStation 2.[43] Setelah mendapat penerimaan positif akan demo teknikal Final Fantasy VII, Square Enix telah membuat keputusan untuk menggerakkan pembangunan masa hadapan untuk PlayStation 3, dan mereka judul Final Fantasy XIII itu untuk enjin Crystal Tools, sebuah enjin permainan generasi ketujuh ciptaan Square Enix untuk digunakan oleh judul-judul permainan video rekaan mereka yang akan datang.[44][45] Square Enix percaya bahawa dengan mencipta sebuah enjin permainan yang baru, meskipun akan melambatkan pembangunan pada tahap awal, akan mempercepat pembangunan dalam jangka masa yang panjang. Kelewatan pembangunan judul ini adalah lebih lama daripada yang dijangkakan, disebabkan keperluan untuk menampung pelbagai judul permainan video lain selain daripada XIII.[46] Final Fantasy XIII pada mulanya ditunjukkan di konvensyen E3 2006.[47] Pratonton berbentuk treler yang ditonjolkan merupakan konsep artistik, kerana ketika itu tiada bahagian yang mewakili segmen permainan dalam judul tersebut.[46] Diumumkan disamping judul ini adalah judul-judul seperti Final Fantasy Versus XIII dan permainan video untuk PlayStation Portable berjudul Final Fantasy Type-0, asalnya berjudul Final Fantasy Agito XIII. Ketiga-tiga judul ini membentuk kompilasi Fabula Nova Crystallis Final Fantasy.[48] Square Enix telah menjelaskan bahawa meskipun ketiga-tiga buah judul adalah berkaitan antara satu sama lain dari segi temanya, tiada sebarang hubungan akan wujud dari segi penceritaannya.[49] Kadang-kala, para pembangun dari judul Versus XIII akan membantu dalam pembangunan judul Final Fantasy XIII.[50]

    Para pembangun judul Final Fantasy XIII telah dipecahkan kepada beberapa bahagian, di mana setiap pembangun atau kumpulan bertumpu kepada satu-satu tugasan, misalnya seperti kawasan-kawasan tertentu dalam permainannya ataupun pemodelan watak-watak.[46] Sesetengah daripada pembangun XIII telah bekerja untuk judul-judul terdahulu dalam siri yang sama. Pengarahnya, Motomu Toriyama, pernah bekerja untuk judul Final Fantasy X dan X-2; pengeluar Yoshinori Kitase pernah menyumbang masanya untuk V hingga VIII serta sebagai pengeluar kepada X dan X-2; pereka watak utama merupakan Tetsuya Nomura dan telah mereka watak-watak untuk VII, VIII, X dan X-2, manakala pengarah sistem pertarungan iaitu Toshiro Tsuchida telah menggantikan peranan tersebut bermula dengan X.[51][52] Objektif dalaman para pembangun judul ini, disebabkan XIII merupakan judul Final Fantasy pertama untuk PlayStation 3, adalah untuk judulnya memiliki impak "gaya permainan dan kemahiran" yang sama kepada judul-judul yang memilikinya untuk setiap generasi konsol mereka, iaitu Final Fantasy VII dan X. Mereka juga menumpukan kepada penjualan berjumlah lima juta salinan.[46] Toriyama telah cuba untuk menjadikan judul XIII supaya ianya "akan menjadi pengalaman RPG pemain tunggal yang terulung."[53] Konsep Tsuchida untuk sistem pertarungannya adalah untuk mengekalkan keaslian strategik pertarungan-pertarungannya yang berdasarkan turutan. Sistem ini wujud daripada keinginan untuk mencipta pertarungan yang wujud dalam filem Final Fantasy VII Advent Children.[54]

    Semasa pembangunan sedang dijalankan, Toriyama inginkan Lightning untuk menjadi sejenis watak wanita yang baru, dengan tubuh badan seorang atlet dan kurang ciri-ciri keperempuanan berbanding watak-watak wanita dalam judul-judul terdahulunya.[43][55] Garis panduannya kepada Nomura adalah dengan menciptanya "penuh kekuatan dan kecantikan", "seseorang dengan versi wanita" kepada watak Final Fantasy VII iaitu Cloud Strife.[43][56] Watak Fang pula asalnya direka sebagai watak lelaki dalam ceritanya, namun jantinanya diubah untuk mengikut perubahan kepada watak-watak pada rekaan yang dilakukan pada hujung pembangunan.[57] Watak antagonis judul ini direka Kitase untuk memiliki "motivasi dan kepercayaan mereka tersendiri di atas tindakan yang mereka lakukan" disamping memiliki cara pemikiran mereka sendiri.[58]

    Pengarah seni iaitu Isamu Kamikokuryou mendedahkan bahawa banyak kawasan yang telah siap direka dalam versi awal sewaktu pembangunan, seperti rumah Lightning, terpaksa dikeluarkan dalam versi akhir kerana risau akan bercanggah dengan kepanjangan serta isipadu permainannya.[59] Kamikokuryou juga menyatakan bahawa isipadu kandungan yang dikeluarkan adalah cukup besar untuk mencipta sebuah lagi permainan video yang lain.[59] Toriyama menyatakan bahawa kandungan yang dibuang itu dilakukan dalam "beberapa bahagian ketika [permainannya] dibangunkan" serta sesetengah daripada kandungannya dikeluarkan hanya sebelum judul ini disiapkan.[53] Selain itu, kebanyakan masa judul ini di bawah proses pembangunan, setiap aset dan model dalam permainannya dicipta untuk dilihat dari setiap sudut pandangan, tidak mengambil kira bagaimana ianya digunakan dalam permainan meskipun dari segi pandangan ataupun tempoh.[46]

    Sebuah demo Final Fantasy XIII disertakan dalam versi Jepun Final Fantasy VII Advent Children Complete, yang dikeluarkan pada 16 April, 2009.[60][61] Toriyama menyatakan bahawa keluaran demo tersebut telah membantu kumpulan pembangun mereka untuk mengenalpasti sebuah visi yang mereka kongsi tentang pandangan akhir permainannya, meskipun tidak dijadualkan sebagai salah satu tahap pembangunan; ini merupakan masalah yang membelenggu mereka sejak pembangunan awal. Demo tersebut turut membantu kumpulan mereka mementingkan kerja-kerja yang masih belum disiapkan, selain membantu mempercepat pembangunan akhir projek tersebut.[46] Judulnya juga turut disasarkan untuk kedua-dua pemain permainan video di Barat dan juga Jepun, dan kumpulan tumpuan daripada kedua-dua kawasan ini telah digunakan. Penempatan bahasa judul ini bermula ketika pembangunan XIII masih dijalankan, demi mengurangkan masa di antara versi Jepun dan keluaran antarabangsanya.[46] Final Fantasy XIII pada asalnya dijadualkan hanya untuk PlayStation 3 sahaja, namun versi Xbox 360 diumumkan pada hujung kitaran pembangunan. Versi Xbox ini, disebabkan batasan teknikal, menggunakan resolusi yang lebih rendah berbanding versi PlayStation.[62]

    Muzik

    Masashi Hamauzu merupakan penggubah runut bunyi Final Fantasy XIII. Karya-karya lalunya dalam siri ini merupakan sebagai pembantu penggubah lagu kepada Final Fantasy X dan juga sebagai penggubah lagu utama judul Dirge of Cerberus: Final Fantasy VII.[51] Judul ini merupakan yang pertama dalam siri utama Final Fantasy yang tidak melibatkan sebarang gubahan oleh penggubah lagu asal siri ini iaitu Nobuo Uematsu kecuali kedua-dua Tema Chocobo; meskipun Nobuo pada asalnya diumumkan sebagai penggubah kepada tema utama judul ini, namun tugasnya diambil alih Hamauzu setelah Nobuo bersetuju untuk menggubah lagu untuk runut bunyi Final Fantasy XIV. Skornya melibatkan beberapa buah susunan, muzik orkestra oleh Yoshihisa Hirano, Toshiyuki Oomori dan Kunihito Shiina, oleh Warsaw Philharmonic Orchestra..[63][64] Judul lagu "My Hands", nyanyian penyanyi British Leona Lewis daripada album keduanya Echo, telah dipilih untuk menggantikan lagu tema asal Final Fantasy XIII, "Kimi ga Iru Kara" oleh Sayuri Sugawara untuk keluaran antarabangsanya.[65] Presiden Square Enix, Yoichi Wada telah menyatakan bahawa keadaan akan menjadi lebih mudah sekiranya cawangan Amerika menggubah sebuah lagu tema tersendiri, namun kekurangan kakitangan berakhir dengan pelesenan sebuah lagu yang telahpun wujud.[66]

    Muzik daripada judul ini telah dikeluarkan dalam beberapa buah album. Square Enix telah mengeluarkan album runut bunyi utamanya, Final Fantasy XIII Original Soundtrack, dalam bentuk empat Cakera Padat pada tahun 2010.[67] Album tersebut bejaya menjual 16,000 buah salinan pada hari keluarannya.[68] Square Enix telah mengeluarkan beberapa lagu pilihan daripada runut bunyi tersebut dalam bentuk dua album rekod piring hitam pada tahun 2010, W/F: Music from Final Fantasy XIII dan W/F: Music from Final Fantasy XIII Gentle Reveries.[69][70] Sebuah album susunan lagu-lagu daripada runut bunyi ini, dengan tajuk Final Fantasy XIII Original Soundtrack -PLUS-, juga turut dikeluarkan oleh Square Enix pada tahun 2010, termasuklah sebuah album susunan piano.[71][72] For Life Music menerbitkan sebuah lagu tema untuk versi Jepun judul ini, iaitu "Kimi ga Iru Kara" (君がいるから?, "Kerana Engkau Disini"), pada tahun 2009.[73]

    Keluaran

    Judul ini dikeluarkan di Jepun pada 17 Disember, 2009, dan di Amerika Utara dan Eropah pada 9 Mac, 2010. Disamping keluarannya di Jepun, pengedar minuman keras Jepun Suntory mengeluarkan "Final Fantasy XIII Elixir" untuk mempromosikan keluaran judul tersebut.[74] Pada hari yang sama, sebuah ruang peribadi Final Fantasy XIII di PlayStation Home disediakan secara percuma di Jepun sehingga 13 Januari, 2010, disamping sejenis kostum dan perabot ruang persendirian;[75] mereka dikeluarkan untuk versi PlayStation Home Asia, Eropah dan Amerika Utara pada 11 Mac, 2010.[76]

    Final Fantasy XIII dikeluarkan sebahagian daripada kedua-dua jenis konsol dalam kawasan-kawasan berbeza. Di Jepun, judulnya dikeluarkan bersama-sama sebuah edisi terhad PlayStation 3 putih dengan corak lakaran Lightning berwarna merah jambu di atas konsolnya,[77] manakala untuk konsol Xbox 360 pula terdapat jalur perak di atas cakera keras dihias oleh logo Final fantasy XIII untuk keluaran barat. Faceplate Xbox dalam kuantiti yang terhad ciptaan Nomura turut terdapat pada penjual-penjual terpilih di sekitar kawasan Eropah, Amerika Utara dan Australia. Kawasan PAL turut menerima sebuah collector's edition judul ini untuk kedua-dua jenis konsol, disamping runut bunyi best of Final Fantasy XIII Original Selection dan The World of Final Fantasy XIII, iaitu sebuah buku tebal mempamerkan lakaran-lakaran watak, CG serta dunia persekitaran sepanjang penghasilan permainannya.

    Meskipun judul XIII dikeluarkan untuk PlayStation 3 dan Xbox 360 di barat, di kawasan Asia pula, judulnya kekal eksklusif untuk PlayStation 3.[78] Final Fantasy XIII merupakan judul pertama di dalam sirinya untuk menerima sebuah keluaran rasmi dalam edisi Cina.[79] Sebuah versi antarabangsa untuk Xbox 360 berjudul Final Fantasy XIII Ultimate Hits International dikeluarkan di Jepun pada 16 Disember, 2010.[80] Judulnya mempunyai pilihan untuk mod "Easy", dan mengandungi alihan suara bahasa Inggeris. Versi tersebut juga disertakan sebuah buku kecil berjudul Final Fantasy XIII Corridor of Memory dengan kandungan yang dikeluarkan daripada versi asal, termasuklah sebuah bab akhir berjudul Final Fantasy XIII Episode I.[81][82]

    Sejumlah satu juta unit salinan Final Fantasy XIII dijual pada hari pertama di Jepun,[83] dan telah menjual lebih kurang 1.7 juta salinan di Jepun pada penghujung tahun 2009.[84] Square Enix menjangkakan jualan awal yang tinggi untuk judul ini dan mencetak hampir dua juta unit untuk hari pelancarannya.[85] Judul XIII berjaya dijual lebih daripada satu juta unit di Amerika Utara pada bulan keluarannya. Pada bulan Mac 2010, Square Enix menyatakan bahawa Final Fantasy XIII merupakan judul yang terpantas dijual dalam sejarah francaisnya.[86] Setakat April tahun yang sama, penjualan untuk Amerika bagi PlayStation 3 mencapai 800,000 dan Xbox 360 sebanyak 500,000.[87] Setakat 18 Mei, 2010, sejumlah 5.75 juta unit salinan Final Fantasy XIII telah berjaya dijual di serata dunia.[88]

    Penerimaan

    Penerimaan
    Markah agregat
    PengagregatMarkah
    GameRankings85.17% (PS3)[91]
    82.18% (X360)[92]
    Metacritic83/100 (PS3)[89]
    82/100 (X360)[90]
    Markah ulasan
    PenerbitanMarkah
    1UP.comA-[102]
    Computer and Video Games9.2/10[93]
    Edge5/10[95]
    Eurogamer8/10[8]
    Famitsu39/40[94]
    GamePro4/5 bintang[96]
    GamesRadar10/10[7]
    GameSpot8.5/10[97]
    GameSpy4.5/5[98]
    IGN8.9/10[99]
    Official PlayStation Magazine (UK)9/10[100]
    Play Magazine7.9/10[101]
    Dengeki

    Final Fantasy XIII diberi kadaran 39 daripada 40 oleh majalah permainan video Jepun iaitu Famitsu.[94] Dengeki memuji sistem pertarungannya, menyatakan bahawa mekanik kombat XIII adalah yang paling menarik dalam sirinya, dan turut menambah bahawa judulnya sepatutnya diberi kadaran 120, di mana 100 tidak mencukupi.[103] Judulnya diundi sebagai judul permainan video kedua terbaik tahun 2009 dalam bancian pembaca Dengeki Online,[104] dan pada bulan Januari 2010, dipilih sebagai judul terbaik sepanjang masa oleh bancian pembaca Famitsu.[105]

    Pujian menyeluruh diberikan pada pencapaian dari aspek grafik dan persembahan judul XIII. Electronic Theatre menyatakan "terdapat hanya sedikit sahaja adegan di mana aspek visualnya yang mengagumkan gagal menyerlah",[106] dan Edge berpendapat bahawa Cocoon amnya memiliki sebuah "latar yang berinspirasi [...] dirahmati dengan keceriaan dan warna hidup yang seringkali membuat anda menganga",[95] dan GameSpot menggelar rekaan seninya sebagai "menakjubkan".[97] Pujian lain ditujukan kepada aspek babak animasi pre-render,[107][108][93] termasuklah peralihan kualiti visualnya yang tiada sekatan di antara babak tersebut dan permainan real-time.[107] Terdapat juga pengulas yang menghargai runut bunyinya,[97][93] dengan penyataan di mana Masashi Hamauzu "menggubah melodi pertarungan yang menarik dan memberi semangat", menurut Wired.[108]

    Sistem pertarungan dalam Final Fantasy XIII telah menerima pujian meluas. Kadar serta tahap kepantasa pertarungannya dihargai, di mana sesetengah ulasan mengatakan bahawa kombatnya "menyeronokkan";[8][93] Edge menjelaskan kepuasan mereka dengan mekanik ini dengan menyatakan "di antara yang terbaik dalam genrenya".[95] 1UP.com menyatakan "Meskipun tidak dinafikan dua pertiga daripada parti pemain dikawal AI, kombat FFXIII mungkin sekali salah satu yang paling melibatkan input pemain dalam sejarah sirinya."[102] Plotnya pula menerima beberapa ulasan bercampur pendapat, di mana Wired menyatakan ceritanya adalah kurang bersifat kemanusiaan dan esoterik berbanding judul-judulnya yang terdahulu",[108] manakala 1UP.com merasakan plotnya "sangat tidak bertaraf dunia" akan tetapi mengetahui bahawa niatnya sebenar para penulis XIII adalah untuk mengelakkan clichés dan mengetahui selok-belok medium mereka.[102] Para pengulas merasakan bahawa watak-watak dalam Final Fantasy XIII sesuai bekerja dalam sebuah kumpulan,[97][102] di mana interaksi di antara mereka setelah berlalunya beberapa ketika dalam plotnya menggantikan kelemahan dalam plotnya.[8]

    Meskipun para pengkritik secara amnya memuji niat Square Enix untuk menggiatkan semula formula siri Final Fantasy yang kian pudar, ramai yang memberi respon negatif terhadap sifat linear permainannya, terutamanya dalam sepuluh bab pertama di Cocoon,[102][109] yakni menjadi sebuah isu yang dirasai ramai disebabkan kehilangan sebahagian besar daripada pekan-pekan dan interaksi dengan watak bukan pemain.[96] GamePro menjelaskan bahawa permainannya "suatu perjalanan menuju sebuah koridor panjang ke blip oren di peta mini anda yang berakhir dengan sebuah adegan ringkas, sebuah pertarungan dengan boss, ataupun kedua-duanya sekali",[96] dan 1UP.com mengkritik aspek linear permainannya sebagai sebuah kelemahan besar dalam sirinya.[102] Walaubagaimanapun, Edge dan serta beberapa pengkritik lain, yang telah memberi mata kurang disebabkan aspek-aspek tersebut, telah menyatakan secara positif, di mana setelah menjelajah menerusi bab-bab pembukaan yang panjang, judul XIII telah berjaya menyelamatkan dirinya sendiri, dan disamping naratif persifar tunggalnnya, juga memuji misi-misi pilihan yang sedia ada dan keseronokkan mengembara di dalam sebuah dunia penuh tarikan visual tanpa mengetahui apa yang mungkin muncul di sebalik sudut berikutnya.[95]

    Kontra kepada ini, ulasan-ulasan oleh GamesRadar dan Computer and Video Games sangat menghargai sifat linear tersebut; GamesRadar menyebut "struktur linear yang lurus tidak bercabang ini membuang sebarang potensi berasa jemu tanpa mengurangkan sebarang perkara",[7] manakala Computer and Video Games merasakan sifatnya adalah suatu "tindakan yang bijaksana",[93] dan berjaya memastikan pemain tidak "ditenggelami perkara-perkara cerewet dan meningkatkan tahap atau level secara paksaan dan berulangan".[93] Ramai juga yang mendedahkan respon negatif terhadap sistem kawalan kemahiran watak-watak pada peringkat awal, daripada kombat permainan sehinggalah kebolehan untuk memilih ketua parti.[8][102] Disebabkan aspek ini yang digabungkan dengan sifat linear, sesetengah berpendapat bahawa bab-bab ini adalah "membosankan" sehinggalah dunia Gran Pulse didedahkan.[95][108][109]

    Setelah dikeluarkan, pengarah Motomu Toriyama merasakan bahawa mata ulasan yang kurang daripada yang dijangkakan untuk sebuah judul Final Fantasy muncul daripada pengulas yang mendekati permainannya dari sudut pandangan Barat. Para pengulas ini sangat berpengalaman dengan judul-judul di mana para pemain diberi sebuah dunia terbuka untuk dikembara, katanya, memberi nota tambahan bahawa jangkaan mereka ini telah berlawanan dengan visi yang ingin diciptakan oleh kumpulannya. Dia juga mengatakan bahawa "ianya cukup sukar untuk mencipta sebuah cerita yang menambat hati apabila anda diberi kebebasan yang sedemikian".[110] Presiden Square Enix, Yoichi Wada, apabila disoal oleh Gamasutra tentang pendapatnya terhadap reaksi peminat terhadap judul ini, mengatakan bahawa syarikat mereka telah cuba untuk memberi arahan akan arah tujuan yang harus diambil Final Fantasy. "Patutkah Final Fantasy menjadi sebuah judul permainan video berjenis baru atau patutkan Final Fantasy tidak menjadi sebuah permainan video berjenis baru? Para pelanggan memiliki pendapat-pendapat berbeza. Ianya cukup sukar untuk menentukan arah tuju yang patut diambil".[111]

    Sambungan

    Semasa berlangsungnya "Square Enix First Production Department Conference" pada 18 Januari, 2011, Square Enix telah mengumumkan bahawa mereka sedang mencipta sebuah judul sambungan kepada Final Fantasy XIII, berjudul Final Fantasy XIII-2. Judul ini dijangkakan keluar pada tahun 2011 di Jepun dan next winter di Amerika Utara, untuk kedua-dua konsol iaitu PlayStation 3 dan Xbox 360. Pengarah judul ini juga merupakan pengarah judul asalnya, Motomu Toriyama. Watak utamanya juga merupakan Lightning, dan judul sambungan ini akan mempunyai sebuah sistem pertarungan yang diubahsuai daripada judul asalnya.[112]

    Rujukan

    1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan MANUAL10 tidak disediakan
    2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan MANUAL16 tidak disediakan
    3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan MANUAL19 tidak disediakan
    4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan MANUAL12 tidak disediakan
    5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SEe306 tidak disediakan
    6. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IGN update tidak disediakan
    7. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan gradar_review tidak disediakan
    8. ^ a b c d e f Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan eurog_review tidak disediakan
    9. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SEofficial tidak disediakan
    10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IGNpreview tidak disediakan
    11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 1UPpreview tidak disediakan
    12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan RPGFANpreview tidak disediakan
    13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 1UPcryst tidak disediakan
    14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan OFFGUIDE154 tidak disediakan
    15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan MANUAL36 tidak disediakan
    16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EUROGcryst tidak disediakan
    17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGfalcie tidak disediakan
    18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan xbox trailer tidak disediakan
    19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan HopeScan tidak disediakan
    20. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGlcie tidak disediakan
    21. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGwar tidak disediakan
    22. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGartifacts tidak disediakan
    23. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGpsicom tidak disediakan
    24. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGamp tidak disediakan
    25. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGlightning tidak disediakan
    26. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGserah tidak disediakan
    27. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGsnow tidak disediakan
    28. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan QUOTEvanille tidak disediakan
    29. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan QUOTEdajh tidak disediakan
    30. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGnora tidak disediakan
    31. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGfang tidak disediakan
    32. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGdysley tidak disediakan
    33. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGpurge tidak disediakan
    34. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGragnarok tidak disediakan
    35. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGassassinate tidak disediakan
    36. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan QUOTEfang tidak disediakan
    37. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGnoraover tidak disediakan
    38. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan QUOTEdysley tidak disediakan
    39. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGorphan tidak disediakan
    40. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGfangragna tidak disediakan
    41. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DATALOGcoup tidak disediakan
    42. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan QUOTEfinalbattle tidak disediakan
    43. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 1UP 2006 tidak disediakan
    44. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IGNupdate tidak disediakan
    45. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Development tidak disediakan
    46. ^ a b c d e f g Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GDpostmortem tidak disediakan
    47. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan E3 06 tidak disediakan
    48. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IGNe306 tidak disediakan
    49. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FFXIII showcased tidak disediakan
    50. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EUROGversus tidak disediakan
    51. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IGNstaff tidak disediakan
    52. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GPversus tidak disediakan
    53. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Toriyama Interview tidak disediakan
    54. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EUROGadvent tidak disediakan
    55. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 1UP E3 2008 tidak disediakan
    56. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Famitsu1001 tidak disediakan
    57. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IGNfang tidak disediakan
    58. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GC 2009 Interview tidak disediakan
    59. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan content_cut tidak disediakan
    60. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan PSXEXadvent tidak disediakan
    61. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IGNdemo tidak disediakan
    62. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EGxbox tidak disediakan
    63. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SEMOdetails tidak disediakan
    64. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SEMOinfo tidak disediakan
    65. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan WesternRelease tidak disediakan
    66. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DOlicense tidak disediakan
    67. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan RPGFOST tidak disediakan
    68. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ORICONcharts tidak disediakan
    69. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SEVINYL1 tidak disediakan
    70. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SEVINYL2 tidak disediakan
    71. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SEMOOSTP tidak disediakan
    72. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SEMOOSTPI tidak disediakan
    73. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan RPGFKIR tidak disediakan
    74. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SEelixir tidak disediakan
    75. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SONYhome tidak disediakan
    76. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SONYhome2 tidak disediakan
    77. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IGNbundle tidak disediakan
    78. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan PS3asia tidak disediakan
    79. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan chinese version tidak disediakan
    80. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IGN360 tidak disediakan
    81. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan OWepilogue tidak disediakan
    82. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan MGepilogue tidak disediakan
    83. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GSUTRA1mil tidak disediakan
    84. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 1UP17mil tidak disediakan
    85. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IGN2mil tidak disediakan
    86. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GSpyfast tidak disediakan
    87. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IGNsales tidak disediakan
    88. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 55million tidak disediakan
    89. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mc_ps3 tidak disediakan
    90. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mc_360 tidak disediakan
    91. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GAMERANKINGSps3 tidak disediakan
    92. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GAMERANKINGS360 tidak disediakan
    93. ^ a b c d e f Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan cvg_review tidak disediakan
    94. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FAMITSUreview tidak disediakan
    95. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan edge_review tidak disediakan
    96. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan gamepro_review tidak disediakan
    97. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan gspot_review tidak disediakan
    98. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan gamepsy_review tidak disediakan
    99. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ign_review tidak disediakan
    100. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan opmuk tidak disediakan
    101. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan play_tm tidak disediakan
    102. ^ a b c d e f g Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 1up_review tidak disediakan
    103. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Dengeki tidak disediakan
    104. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan DENGEKIreview tidak disediakan
    105. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FAMITSUpoll tidak disediakan
    106. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ETreview tidak disediakan
    107. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan vg_review tidak disediakan
    108. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan wired_review tidak disediakan
    109. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan joystiq_review tidak disediakan
    110. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CVGresponse tidak disediakan
    111. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GSUTRAresponse tidak disediakan
    112. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GSFF13-2 tidak disediakan

    Pautan luar