Histeria (filem): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jufert (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Gnak (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4: Baris 4:
| saiz_imej =
| saiz_imej =
| kapsyen = Poster filem Histeria
| kapsyen = Poster filem Histeria
| pengarah = [[James Lee]]
| pengarah = [[:en:James Lee (Malaysian film director)|James Lee]]
| syarikat = [[Tayangan Unggul]] Sdn. Bhd.
| syarikat = [[Tayangan Unggul]] Sdn. Bhd.
| penerbit =
| penerbit =
| pengarang = James Lee
| pengarang = [[:en:James Lee (Malaysian film director)|James Lee]]
| pengisah =
| pengisah =
| pelakon = [[Liyana Jasmay]]
[[Scha]]
[[Noris Ali]]
[[Ayu]]
[[Ainul Aishah]]
[[Naftalya]]
[[Reanna]]
[[Ady Putra]]
| pelakon = [[Liyana Jasmay]]
[[Scha]]
[[Noris Ali]]
[[Ayu]]
[[Ainul Aishah]]
[[Naftalya]]
[[Reanna]]
[[Ady Putra]]
Baris 31: Baris 31:

'''Histeria''' merupakan sebuah filem bergenre [[filem seram|seram]] dan [[filem ngeri|ngeri]]. Filem arahan pembikin [[filem indie]], [[James Lee]] ini ditayangkan pada [[18 Disember]] [[2008]] oleh [[Tayangan Unggul]]
'''Histeria''' merupakan sebuah filem bergenre [[filem seram|seram]] dan [[filem ngeri|ngeri]]. Filem arahan pembikin [[filem indie]], [[:en:James Lee (Malaysian film director)|James Lee]] ini ditayangkan pada [[18 Disember]] [[2008]] oleh [[Tayangan Unggul]]

Filem ini diterajui oleh [[Liyana Jasmay]], [[Scha]], dan lain-lain serta turut dibantu oleh [[Vanidah Imran]], [[Adlin Aman Ramlie]], dan [[M. Rajoli]]. Filem ini mengetengahkan gejala [[histeria]] dan [[jembalang busut]].<ref name=ironi />
Filem ini diterajui oleh [[Liyana Jasmay]], [[Scha]], dan lain-lain serta turut dibantu oleh [[Vanidah Imran]], [[Adlin Aman Ramlie]], dan [[M. Rajoli]]. Filem ini mengetengahkan gejala [[histeria]] dan [[jembalang busut]].<ref name=ironi />

Semakan pada 01:31, 26 Februari 2011

Histeria
Poster filem Histeria
PengarahJames Lee
PenulisJames Lee
DibintangiLiyana Jasmay
Scha
Noris Ali
Ayu
Ainul Aishah
Naftalya
Reanna
Ady Putra
SinematografiHelmi Yusof
Muzik olehNurzaidi
Diedarkan olehTayangan Unggul Sdn. Bhd.
Negara Malaysia
BahasaMelayu

Histeria merupakan sebuah filem bergenre seram dan ngeri. Filem arahan pembikin filem indie, James Lee ini ditayangkan pada 18 Disember 2008 oleh Tayangan Unggul

Filem ini diterajui oleh Liyana Jasmay, Scha, dan lain-lain serta turut dibantu oleh Vanidah Imran, Adlin Aman Ramlie, dan M. Rajoli. Filem ini mengetengahkan gejala histeria dan jembalang busut.[1]

Plot

Histeria adalah sebuah kisah seram yang berlaku di salah sebuah sekolah terpencil. Enam orang pelajar nakal (Alissa, Tini, Marina, Murni, Junita, dan Kerek) yang menamakan kumpulan mereka sebagai ‘The Pink Ladies’, berpura-pura terkena histeria, hingga terpaksa dipanggil bomoh untuk memulihkan mereka. Namun tindakan mereka itu mengundang masalah lain apabila mereka berenam dikenakan denda, membersihkan kawasan sekolah selama seminggu ketika cuti semester. Mereka ditempatkan di satu dorm yang kelihatan menyeramkan. Terdapat seorang pelajar baru (Zeta) menyertai mereka. Kejadian demi kejadian yang misteri dan menakutkan dialami oleh mereka semua. Ia bermula selepas Junita mengambil “sesuatu” yang bukan miliknya. Junita telah mengekori tukang kebun sekolah menanam sesuatu di bawah sebatang pokok. Tanpa dapat menghidu bahaya yang bakal menimpa mereka semua, Junita kemudiannya menggali tanah tersebut lalu mengambil barang yang terdiri daripada sehelai kain kuning, tulang, rambut, dan sirih. Keadaan bertambah celaru dan mengerikan apabila seorang demi seorang daripada mereka dibunuh kejam oleh satu lembaga yang berkeliaran di kawasan sekolah tersebut. Ada yang mati dirobek, ada pula digantung, dikelar leher dan sebagainya. Yang terselamat hanyalah Murni. Murni ditahan bagi membantu siasatan. Namun tiada cukup bukti bagi mengaitkan Murni dalam pembunuhan tersebut. Pakar psikiatri pula mengandaikan Murni pengidap Paranoid Schizophrenic, sejenis penyakit mental.[2]

Watak dan Pelakon

Watak utama

Watak pembantu

Penerbitan

Penggambaran telah dilakukan pada bulan Ogos tahun 2007. Lokasi penggambaran ialah di sebuah sekolah di Kajang, Selangor.[1] Kos pembikinan menelan belanja sebanyak RM 1.4 juta.[4]

Rujukan

1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ironi tidak disediakan
2. ^ Histeria di laman web Zereas
3. ^ Histeria di laman web Sinema Malaysia
4. ^ Harian Metro: Gambaran Makhluk Halus Cara Moden