Wikipedia:WikiProjek Negara: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 68: Baris 68:
==Templat==
==Templat==
*{{Infobox Country}} – Templat pembentukan jadual fakta negara di bahagian kanan atas rencana
*{{Infobox Country}} – Templat pembentukan jadual fakta negara di bahagian kanan atas rencana

[[Kategori:Wikiprojek Geografi|Negara]]


[[en:Wikipedia:WikiProject Countries]]
[[en:Wikipedia:WikiProject Countries]]

Semakan pada 08:38, 27 Februari 2011

WikiProjek ini bertujuan utama maklumat yang padat dalam format yang konsisten tentang negara-negara di dunia.

Templat

Teks {{WikiProjek Negara}} wajar diletakkan di atas sekali laman perbincangan rencana negara.


Struktur dan garis panduan rencana negara

Harus difahami bahawa garis panduan berikut merupakan pedoman untuk meningkatkan mutu rencana, bukan undang-undang berkuatkuasa yang terpaksa dipatuhi oleh para penyunting.

Pendahuluan

Sesebuah rencana negara sewajarnya bermula dengan pendahuluan yang tepat dan padat, menerangkan nama negara (serta gelaran-gelaran lain bagi negara ini), lokasinya di dunia, negara dan laut yang bersempadan dengannya, dsb, di samping beberapa fakta menarik mengenai negara itu (misalnya perihal Empayar British dalam pendahuluan rencana United Kingdom).

Asal-usul nama negara itu wajar dibincangkan dalam bahagian Sejarah.

Jadual fakta

Setiap rencana negara mesti ada jadual sekilas fakta negara di bahagian kanan atas rencana. Jadual ini terbentuk dengan menggunakan templat {{Infobox country}}. Juga digalakkan supaya menyalin templat dari Wikipedia Bahasa Inggeris dan membuat terjemahan yang sewajarnya. Antara maklumat yang harus diisi dalam jadual fakta ini:

  • Nama panjang rasmi negara dalam bahasa setempat terletak di atas sekali jadual. Jika negara ini ada lebih daripada satu nama rasmi (disebabkan kemajmukan bahasa rasmi), senaraikan semuanya selagi boleh. Nama panjang biasa negara ini (dalam BM), jika berbeza dengan nama panjang setempat, wajar menyusuli nama setempat.
  • Nama pendek biasa negara itu yang difahami oleh seluruh penutur BM; ini sewajarnya menjadi tajuk rencana.
  • Gambar bendera kebangsaan. Sertakan versi kecil dalam jadual, dan pastikan ada versi lebih besar dalam rencana Bendera <country>.
  • Gambar jata/lambang negara. Sewajarnya tidak lebih 125 piksel lebarnya.
  • Di bawah bendera dan jata ialah ruang cogan kata negara, dengan terjemahan ke BM.
  • Lagu kebangsaan; nama dan pautan kepada rencana lagu itu.
  • Bahasa rasmi negara.
  • Taraf politik; nyatakan sama ada negara berdaulat atau wilayah tanggungan.
  • Ibu negara. Terangkan perbezaan jika terdapat lebih daripada satu ibu negara (cth. Afrika Selatan).
  • Jika data kependudukan terkini dan boleh dipercayai, nyatakan bandaraya terbesar negara itu.
  • Keluasan negara dalam kilometer persegi (km²) dan batu persegi (sq mi) dengan ranking dunia.
  • Kependudukan (Populasi): Jumlah penduduk dan ranking dunia; sertakan juga tahun perangkaan diperoleh. Untuk kepadatan penduduk, bahagikan jumlah penduduk dengan keluasan.
  • KDNK: Jumlah keluaran dalam negeri kasar berasaskan pariti kuasa beli dan ranking dunia, termasuk perangkaan seluruh negara dan per kapita.
  • HDI: Maklumat berkenaan Indeks Pembangunan Insan PBB – nilai, tahun, ranking dan kategori.
  • Matawang: nama matawang tempatan. Gunakan tanda paip jika nama matawang juga digunakan di negara lain: [[Dolar Australia|dolar]].
  • Zon waktu: zon waktu yang meliputi negara itu berbanding dengan UTC
  • TLD Internet: kod domain peringkat tinggi negara ini.
  • Kod Panggilan: kod panggilan antarabangsa yang digunakan untuk menelefon ke negara ini.

Bahagian

Rencana negara wajar terdiri daripada bahagian-bahagian berikut, serta pautan ke sub-rencana dari setiap bahagian yang berisi maklumat lanjutan dari bahagian masing-masing:

  • Sejarah - Garis kasar peristiwa utama dalam sejarah negara (sekitar 4 hingga 6 perenggan, bergantung pada kerumitan sejarah), termasuk sedikit butiran mengenai peristiwa semasa. Butiran asal-usul nama negara wajar diisikan dalam bahagian ini; jika bahannya mencukupi, bahagian 'Asal-usul nama' wajar dicipta dalam bahagian History. Sub-rencana: "Sejarah X"
  • Geografi - Butiran ciri-ciri geografi dan iklim utama di negara. Sub-rencana: "Geografi X"
  • Politik - Gambaran keseluruhan sistem kerajaan semasa, dan beberapa sistem kerajaan sebelumnya, dan maklumat am mengenai cabang perundangan (parlimen/kongres). Sub-rencana: "Politik X"
  • Pembahagian pentadbiran - Gambaran keseluruhan pembahagian pentadbiran negara. Namakan bahagian ini sempena peringkat pertama subbahagian negara (cth. negeri, wilayah, daerah dsb.) dan nyatakan ertinya dalam BM jika ada. Sertakan juga wilayah taklukan di seberang laut. Bahagian ini wajar disertakan peta gambaran keseluruhan bahagian-bahagian pentadbiran negara, jika ada. (Disaran supaya menyalin dari Wikipedia bahasa lain)
  • Ekonomi - Butiran ekonomi negara, perindustrian utama, sedikit sejarah ekonomi, rakan dagang utama, sedikit perbandingan dsb. Sub-rencana: "Ekonomi X"
  • Demografi - Nyatakan bahasa-bahasa pertuturan utama, agama-agama utama, sifat-sifat tersendiri masyarakat negara ini. Sub-rencana: "Demografi X"
  • Kebudayaan - Ringkasan jenis-jenis kesenian (baik seni lukis mahupun filem) yang diamalkan dalam negara, serta seniman-seniman terkenal. Sub-rencana: "Kebudayaan X"
  • Lihat juga - Jika boleh, sertakan semua maklumat yang berkenaan dengan subjek rencana dan kurangkan bahagian 'Lihat juga'. Lihat WP:Lihat juga.
  • Rujukan - Merumuskan "Catatan", "Rujukan", dan "Bacaan selanjutnya" atau "Bibliografi"
  • Pautan luar - Pautan ke laman web rasmi negara. Lihat WP:Pautan luar

Jika sesebuah bahagian menjadi terlalu berisi, ia wajar dimasukkan ke dalam sub-rencana yang khas, manakala di rencana negara tinggalnya ringkasan fakta-fakta penting serta pautan ke sub-rencana baru itu. Pautannya wajar dipaparkan seperti berikut:

== Politik ==
{{main|Politik Malaysia}}

Pembawah

Bilangan templat di bawah sesebuah rencana haruslah diminimumkan. Antara templat-templat yang sesuai adalah templat benua atau rantau yang merangkumi negara ini, pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh negara ini dsb.

Perhatian

Bahagian-bahagian rencana negara yang berikut harus diberikan perhatian khusus dan sentiasa dikemaskini (disusun mengikut kemustahakan):

  • Ekonomi: Besar kemungkinan perlu dikemaskini setiap tahun untuk mengubah data KDNK dan nilai dagangan semasa.
  • Demografi: Besar kemungkinan perlu dikemaskini setiap tahun untuk mengubah perangkaan penduduk berasaskan anggaran semasa.
  • Politik: Perhatian diberikan kepada pertukaran kepimpinan, rombakan sistem kerajaan, khususnya negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
  • Sejarah: Perlu diisi peristiwa bersejarah yang meninggalkan kesan besar dalam sejarah dunia, seperti revolusi yang menggulingkan pemerintahan dsb.

Templat

  • – Templat pembentukan jadual fakta negara di bahagian kanan atas rencana