Makam Pahlawan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aiman abmajid (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17: Baris 17:


=== Luar kubah ===
=== Luar kubah ===
*Tan Sri [[Syed Jaafar Albar]] - Setiausaha Agung [[UMNO]] dan Menteri Pembangunan Luar Bandar ''(meninggal [[1977]])''
*Tan Sri [[Syed Jaafar Aylbar]] - Setiausaha Agung [[UMNO]] dan Menteri Pembangunan Luar Bandar ''(meninggal [[1977]])''
*Tan Sri [[Syed Nasir Syed Ismail]] - Speaker [[Dewan Rakyat]] ''(meninggal [[1982]])''
*Tan Sri [[Syed Nasir Syed Ismail]] - Speaker [[Dewan Rakyat]] ''(meninggal [[1982]])''
*[[Sardon Haji Jubir|Tun Sardon Jubir]] - Menteri Perhubungan dan Kerja Raya dan [[Yang di-Pertua Negeri]] [[Pulau Pinang]] ''(meninggal [[1985]])''
*[[Sardon Haji Jubir|Tun Sardon Jubir]] - Menteri Perhubungan dan Kerja Raya dan [[Yang di-Pertua Negeri]] [[Pulau Pinang]] ''(meninggal [[1985]])''

Semakan pada 01:11, 6 Mac 2011

Makam Pahlawan adalah sebuah perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Makam ini dibina bersama-sama dengan Masjid Negara, khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa dalam hidupnya. Kawasan Masjid Negara dan Makam Pahlawan direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharudddin Kassim. Kawasan ini mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965.

Kawasan makam yang unik ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam, yang dilitupi dengan kubah konkrit yang di bentuk berbintang pecah-7 menempatkan beberapa makam. Kubah berbintang ini setiap penjurunya hampir mencecah tanah, dan dikelilingi kolam yang memisahkan kawasan luar. Di bahagian tengah direka dengan hiasan lambang negara dan ukiran bunga-bunga daripada baru marmar dari Pulau Langkawi. Bahagian tengah bumbung kubah dihiasi dengan hiasan bunga mawar bewarna emas.

Pada tahun 1973, Tun Dr Ismail menjadi orang yang pertama dikembumikan di sini.

Kawasan Makam Pahlawan dan Masjid Negara telah diwartakan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Malaysia pada 6 Julai 2007 . Majlis pemasangan plak pengistiharan tersebut telah diadakan pada 30 April 2009.

Senarai pahlawan

Berikut ialah senarai pahlawan negara yang dikebumikan di Makam Pahlawan antaranya:-

Dalam kubah

Luar kubah

Pautan luar