Tayamum: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Baris 27: Baris 27:
# Ada air (melihat air sebelum solat) kecuali kerana sakit
# Ada air (melihat air sebelum solat) kecuali kerana sakit
# [[Murtad]]
# [[Murtad]]

===Bila Tayammum Dan Wuduk Boleh Digabungkan===

Ada ketikanya bila Tayammum dan [[wuduk]] boleh digabungkan untuk menyempurnakan pembersihan seseorang daripada hadas kecil. Umpamanya, seorang [[Muslim]] itu mengalami mudarat (seperti tangan disimen kerana patah) ataupun mempunyai tempat luka yang tidak boleh terkena [[air]], dan sekiranya terkena air boleh menambahkan lagi mudarat, orang tersebut dibolehkan menyucikan bahagian dirinya yang sihat secara wuduk biasa. Bahagian wuduknya yang tidak boleh terkena air tadi boleh dibersihkan dengan cara tayammum sahaja.

===Bersolat Dengan Bertayammum Dan Kemudian Mendapati Air===

Apabila seseorang itu memulakan solatnya setelah bertayammum dan di pertengahan dia mengerjakan solatnya, tiba-tiba bekalan ataupun sumber air kembali pulih, dia boleh meneruskan dan menghabiskan solatnya tanpa memberhentikan solatnya. [[Solat]] itu sah dan dia tidak perlu mengulangi solat tersebut.
Sekiranya seseorang itu menunaikan solat dengan hanya bertayammum kerana ketiadaan air, dan selepas itu meneruskan perjalanannya dan kemudiannya berjumpa air, [[solat]] yang ditunaikannya tadi dengan bertayammum tidak perlu diulangi lagi.

Semakan pada 08:37, 10 Oktober 2006

Tayammum ialah menyapu debu kemuka dan kedua tangan sampai ke siku, menggunakan debu yang suci dengan beberapa syarat. Tayammum adalah sebagai ganti dari wuduk atau mandi.

Syarat-syarat tayammum

  1. Sudah masuk waktu.
  2. Tidak mendapat air setelah berusaha mencari.
  3. Dengan debu yang suci.
  4. Berhalangan menggunakan air disebabkan sakit.
  5. Suci dari najis.

Fardu (rukun) Tayammum

  1. Niat ("Saya berniat tayammum untuk dapat mengerjakan solat fardhu kerana Allah")

Panduan Bertayammum

  1. Meletakkan dua belah tangan di atas debu untuk disapukan ke muka.
  2. Menyapu muka dengan debu, dua kali
  3. Menyapu kedua belah tangan sampai ke sikut dengan debu
  4. Mentertibkan rukun.

Sunat Tayammum

  1. Membaca bismillah
  2. Menipiskan debu
  3. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri
  4. Tertib

Yang Membatalkan Tayammum

  1. Setiap yang membatalkan wuduk
  2. Ada air (melihat air sebelum solat) kecuali kerana sakit
  3. Murtad

Bila Tayammum Dan Wuduk Boleh Digabungkan

Ada ketikanya bila Tayammum dan wuduk boleh digabungkan untuk menyempurnakan pembersihan seseorang daripada hadas kecil. Umpamanya, seorang Muslim itu mengalami mudarat (seperti tangan disimen kerana patah) ataupun mempunyai tempat luka yang tidak boleh terkena air, dan sekiranya terkena air boleh menambahkan lagi mudarat, orang tersebut dibolehkan menyucikan bahagian dirinya yang sihat secara wuduk biasa. Bahagian wuduknya yang tidak boleh terkena air tadi boleh dibersihkan dengan cara tayammum sahaja.

Bersolat Dengan Bertayammum Dan Kemudian Mendapati Air

Apabila seseorang itu memulakan solatnya setelah bertayammum dan di pertengahan dia mengerjakan solatnya, tiba-tiba bekalan ataupun sumber air kembali pulih, dia boleh meneruskan dan menghabiskan solatnya tanpa memberhentikan solatnya. Solat itu sah dan dia tidak perlu mengulangi solat tersebut.

Sekiranya seseorang itu menunaikan solat dengan hanya bertayammum kerana ketiadaan air, dan selepas itu meneruskan perjalanannya dan kemudiannya berjumpa air, solat yang ditunaikannya tadi dengan bertayammum tidak perlu diulangi lagi.