The Malay Chronicles: Bloodlines: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sangsakabangsa (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Sangsakabangsa (bincang | sumb.)
Baris 105: Baris 105:
==Pautan luar==
==Pautan luar==
*[http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Hikayat_Merong_Mahawangsa_904 ''Hikayat Merong Mahawangsa''] di Sinema Malaysia
*[http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Hikayat_Merong_Mahawangsa_904 ''Hikayat Merong Mahawangsa''] di Sinema Malaysia
* http://en.wikipedia.org/wiki/The_Malay_Chronicles:_Bloodlines

* http://www.malaychronicles.com/
[[Kategori:Filem Malaysia tahun 2011]]
[[Kategori:Filem Malaysia tahun 2011]]



Semakan pada 02:05, 15 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa
PengarahYusry Abdul Halim
Pembantu Pengarah: Mohd Elmy Khalid
Seni: Ting Lam
Fotografi: Mohd Noor bin Kassim
PenulisYusry Abdul Halim (Lakon layar)
Dihasilkan olehNorman Abdul Halim (eksekutif)
Yusry Abdul Halim (eksekutif)
Edry Abdul Halim (eksekutif)
DibintangiStephen Rahman Hughes
Datuk Haji Rahim Razali
Khir Rahman
Ummi Nazeera
Jehan Miskin
Umie Aida
Dikisahkan olehYusry Abdul Halim (Cerita Asal)
Muzik olehEdry Abdul Halim
Diedarkan olehKRU Studios
Negara Malaysia
BahasaInggeris, Melayu

Hikayat Merong Mahawangsa (atau The Malay Chronicles: Bloodlines untuk pasaran dunia) ialah sebuah filem bersejarah Melayu yang diterbitkan oleh KRU Studios untuk pasaran antarabangsa dengan tujuan memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Melayu kepada mata dunia. Filem epik ini jelas diadaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.

Filem arahan Yusry Abdul Halim (dari kumpulan KRU) ini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia bermula 10 Mac 2011 (selepas tayangan diraja sebelum ini pada 25 Februari[1] dan pratonton khas untuk pihak media pada 7 Mac 2011), dengan Stephen Rahman Hughes sebagai pemegang watak Merong Mahawangsa, diiringi oleh barisan pelakon yang ramai dari dalam dan luar negara, khususnya Dato' Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Jehan Miskin, Umie Aida dan Maya Karin.

Pada kos perbelanjaan muktamad sebanyak RM 8 juta (RM6.83 diisytiharkan kepada FINAS[2], sekitar RM 2 juta dibelanjakan untuk set, prop, busana)[3], filem epik Hikayat Merong Mahawangsa menjadi filem buatan Malaysia kedua termahal dalam sejarah perfileman sewaktu dikeluarkan, di belakang Puteri Gunung Ledang yang menelan belanja RM 16.6 juta pada tahun 2004.[4] Proses penggambaran filem ini banyak memanfaatkan teknik CGI selain prop dan set utama dengan tujuan untuk mengurangkan kos pembikinan filem sambil menghidupkan suasana abad ke-2 M.[5]

Sinopsis

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

Pelakon Sampingan

Penerbitan

Pembikinan filem epik Hikayat Merong Mahawangsa dilaporkan menelan belanja RM 8 juta[6] (termasuk sekitar RM2 juta untuk membiayai set, prop dan busana[3], walaupun perbelanjaan sebanyak RM 6.82 dilaporkan kepada FINAS[2]), menjadikannya filem Melayu kedua termahal selepas Puteri Gunung Ledang (2004) yang menelan kos RM 16.6 juta.[4] Oleh sebab filem ini ditujukan kepada pasaran antarabangsa, mula-mula dilaporkan bahawa filem ini terdiri daripada 70% bahasa Inggeris[7] dan selebihnya dalam bahasa Melayu Klasik dan lain-lain. Akan tetapi, pada Mei 2010, ketika proses pascapenerbitan dijalankan, pihak KRU mengesahkan bahawa Hikayat Merong Mahawangsa keluar dalam dua versi, iaitu versi Malaysia yang melebihkan dialog bahasa Melayu, dan versi pasaran antarabangsa yang mengutamakan bahasa Inggeris.[8]

Menurut presiden eksekutif KRU Studios dan penerbit eksekutif filem Hikayat Merong Mahawangsa, Norman Abdul Halim, sebab utama filem ini dibikin merupakan percubaan projek berdaya tarikan antarabangsa dengan tema sejagat, berisi dialog dwibahasa yang dituturkan oleh latar masyarakat pelbagai bangsa, termasuk Rom dan Cina atas dasar kebebasan kreatif.[3] Penggambaran filem Hikayat Merong Mahawangsa diadakan selama 52 hari[9], bermula pada 9 Jun 2009 dan berakhir pada 8 Ogos[10], dengan menyempurnakan 90% penggambarannya di negeri Terengganu, dan selebihnya di negeri lain seperti Pahang dan Kuala Lumpur.

Untuk menjimatkan perbelanjaan, KRU memanfaatkan teknologi CGI yang diusahakan oleh 12 orang juruanimasi[3] untuk menghasilkan kebanyakan latar bersejarah, selain prop dan latar fizikal yang hanya terdiri daripada empat buah kapal, perkampungan Melayu pada abad ke-2, pelabuhan kapal, set gambaran istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India.[10] Walau bagaimanapun, pengurangan prop fizikal tidak bermakna penggambaran berjalan lancar. Apabila ditanya mengenai pengalamannya, pengarah Yusry Abdul Halim mengimbau, "Kami juga terpaksa mengharungi ribut taufan sehingga set dan kapal kami pecah. Nak kawal lebih 300 orang di set juga bukan mudah. Alhamdulillah, tidak ada sebarang insiden yang serius berlaku. Kesemua mereka memberi komitmen yang bagus. Bagi saya, ia sesuatu benda yang baru dan banyak ilmu serta pengalaman yang saya dapat, Kelebihan saya ialah ada ramai kru di belakang saya yang banyak membantu."[11]

Yusry memaklumkan pihak akhbar bahawa skrip filem ditulis berpandukan buku dan sumber Internet serta kajian yang dilakukan kru produksi. "Kita tidak mengambil keseluruhan cerita, sebaliknya hanya bahagian penting yang menguatkan jalan cerita. Ini kerana cerita asalnya banyak mitos dan kita menukarnya menjadi logik dan mudah difahami," katanya. "Sebagai contoh, watak burung garuda dalam cerita asal kita tukar kepada watak lanun, tetapi masih mengekalkan namanya."[12]

Norman Abdul Halim menambah, skrip filem disemak 17 kali demi cerita yang lebih logik dan berintegriti.[9] Selain gugurnya adegan burung garuda, perjumpaan Merong Mahawangsa dengan Nabi Sulaiman a.s. seperti dalam manuskrip asal juga tidak disertakan.[9] Bagaimanapun, jalan cerita ditokok dengan perihal ibunda Merong Mahawangsa berasal dari Kedah supaya kaitan Hikayat dengan negeri itu lebih jelas.[9] Perkara ini turut diakui oleh Yusry, yang mengulas, "Secara jujur, filem ini banyak mencabar keupayaan saya. Tiap-tiap hari ada saja tekanan termasuklah dari sudut penggunaan CGI."[11].

Ketika ditanya mengenai pemilihan Stephen Rahman-Hughes sebagai pemegang watak utama, Yusry menjawab, "Kami memilih Stephen kerana dalam filem ini dia mempunyai darah Iskandar Agung. Dia dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, boleh belajar bahasa Melayu dan betul mendalami karakter[12]," sebagai menyentuh penceritaan catatan asli bahawa Merong Mahawangsa mendakwa dirinya keturunan raja Macedonia handalan tersebut. Selain itu, Norman juga mengakui bahawa pihak penerbitan filem mengimport senjata dari China dan Amerika Syarikat yang terpaksa dihapuskan selepas penggambaran atas arahan Kementerian Dalam Negeri[9], di samping mengupah ramai pelagak ngeri termasuk 10 orang dari Hong Kong yang pernah bekerja bersama Jackie Chan.[9] Yusry juga dikatakan menyediakan tiga skrip khas untuk membantu pemahaman pelakon utama berbangsa Inggeris ini, iaitu skrip pertama dalam Bahasa Inggeris keseluruhannya, skrip kedua dalam terjemahan bahagian dialog berbahasa Melayu ke bahasa Inggeris, dan skrip terakhir ialah "terjemahan secara langsung untuk setiap ayat."[13] Ulas Yusru

Yusry juga pernah mengatakan bahawa filem Hikayat Merong Mahawangsa adalah filem besar terakhir arahannya kerana "ingin memberi peluang kepada pengarah lebih berbakat mengarahkan filem terbitan KRU Studios."[12] Dalam temubual Berita Harian bersama Edry dan Norman di majlis pratonton pada 7 Mac, mereka mengulas bahawa kerja Yusry dalam pengusahaan filem ini banyak membawa tekanan kepada hidupnya, ibarat "menatang minyak yang penuh sehingga keadaan dirinya terabai begitu saja".[13] Jelas Norman, "Pernah sewaktu saya bercakap dengan Yusry menerusi telefon, Yusry menangis kerana tidak tahan berdepan dengan cabaran yang terpaksa ditempuhinya sewaktu mengarahkan filem ini. Saya faham situasi yang terpaksa dilaluinya. Bukan mudah untuk mengendalikan sebuah produksi yang berskala mega seperti ini."[13] Tambah Edry, "Terus terang, saya melihat Yusry macam orang gila kerana terpaksa melalui pelbagai situasi yang mencabar kesabarannya. Apapun, saya kagum dengan semangat yang ditunjukkannya itu dan alhamdulillah, selepas melihat hasilnya, kami semua merasa bangga dengan hasil kerjanya."[13]

Dokumentari

Selain pembikinan filem, KRU Studios mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah dokumentari berbelanja RM80 ribu yang juga berjudul Hikayat Merong Mahawangsa untuk disiarkan di TV3 pada 25 Februari 2011 sebelum filem ditayangkan, untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai mengenai kisah legenda ini apabila filemnya disiarkan dua minggu selepas itu.[14] Untuk dokumentari yang mula dirakam pada November 2010[14] itu, mereka merakamkan temu ramah bersama para ilmuwan yang terdiri daripada Dato’ Wira Mohd Shaarif Bin Abu Samah (wakil Istana Kedah), Mohan a/l Shanmugam (Presiden Hindu Sangam Malaysia), Dato’ Prof Khoo Kay Kim (Sejarawan Malaysia), Dato’ Dr. Wan Shamsudin Bin Mohd Yusof (Sejarawan Negeri Kedah) dan Dato’ Dr Siti Hawa Salleh (Ahli Filologi dan Pengkaji Buku HMM).Dato’ Wira Mohd Shaarif Bin Abu Samah (wakil Istana Kedah), Mohan a/l Shanmugam (Presiden Hindu Sangam Malaysia), Dato’ Prof Khoo Kay Kim (Sejarawan Malaysia), Dato’ Dr. Wan Shamsudin Bin Mohd Yusof (Sejarawan Negeri Kedah) dan Dato’ Dr Siti Hawa Salleh (Ahli Filologi dan Pengkaji Buku HMM)[14].

Pencapaian

Ulasan

Pada minggu pembukaannya kepada umum, Hikayat Merong Mahawangsa mulai menerima ulasan yang positif dari pengulas filem yang disiarkan dalam media ketika ini. Setelah menontonnya dalam Malam Gala pada Isnin, 7 Mac, pengulas bagi portal hiburan Tupai/Cinema Online memberi markah empat daripada lima bintang kepada filem ini dengan ulasan bahawa "filem ini ibarat menonton filem aksi Thai dan kesan visualnya pula seperti menonton filem Hollywood".[15][16] Tambahnya, aksi yang ditunjukkan dalam filem ini memang "dahsyat" atas khidmat kumpulan seni bela diri bimbingan Chan Man Cheong yang terkenal kerana menjayakan aksi-aksi lasak dalam siri filem Rush Hour dan Police Story, tetapi mereka meluahkan rasa hairan dengan kesesuaian laras bahasa dalam babak Kamawas cuba menggoda Puteri Meng Li Hua, serta pencahayaan gambar yang "agak gelap". Yusry menjelaskan bahawa pencahayaannya memang sengaja dibuat begitu "untuk menunjukkan dua keadaan yang berbeza."[15][16]

Portal hiburan Murai.com.my turut memberikan ulasan yang agak memberangsangkan untuk Hikayat Merong Mahawangsa dan memuji Yusry kerana "berjaya mempersembahkan suatu pemahaman sejarah negeri Kedah dalam bentuk yang segar serta mudah untuk difahami", serta "kareografi untuk aksi berlawan yang ditonjolkan dalam filem ini bagi penulis memang cukup hebat."[17] Penulis ulasannya memuji pembawaan watak Stephen Rahman-Hughes sebagai Merong, yang "bukan sahaja tangkas dalam mengatur langkah dalam setiap aksi lawannya, malah mempunyai karektor sebagai seorang hero yang mana Malaysia ketandusan pelakon sepertinya", begitu juga dengan lakonan Ummi Nazeera yang "mampu memberi impak kepada keseluruhan filem ini" walaupun babak wataknya hanya beberapa, serta Khir Rahman selaku pemegang watak jahat yang membuatkan pengulas "rasa benci dengan wajahnya serta gerun dengan aksinya".[17] Akan tetapi, antara keluhan dalam ulasannya termasuk sedikit kecacatan dalam teknik CGI dan gambar sepia, serta lakonan Gavin Stenhouse yang kurang menonjol sebagai Putera Rom.[17]

Untuk laporan akhbar Berita Harian, Farihad Shalla Mahmud turut memuji filem Hikayat Merong Mahawangsa sebagai filem yang "setimpal" dengan kos pembikinnya yang mencecah RM 8 juta, apatah lagi berpendapat bahawa Stephen Rahman-Hughes menunjukkan kesungguhan untuk memastikan kemantapan watak Merong Mahawangsa.[13] Tapak web berita hiburan Oh! Artis memberikan 4.5/5 bintang kepada filem ini atas sebab-sebab jalan cerita yang amat menarik, sistem bunyi yang "teramat hebat", teknik CGI yang menakjubkan.[18]

Muzik

KRU Studios bekerjsama dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) untuk menghasilkan skor muzik filem ini, yang mana proses rakaman yang memakan masa tiga hari berturut-turut (23–25 Mac 2010) di bawah pimpinan pengarah muzik Claus Peter Flor, diiringi 105 pemuzik pakar, mendendangkan skor asli ciptaan bakat komposer muda seperti Reza Ramsey dan Yudi Ashadi, yang disusun semula oleh Ahmad Muriz Che Rose dan Vivian Chua.[19] Bukan sahaja menandakan kali pertama MPO menerbit dan merakam bersama skor muzik filem Malaysia[8]; malah jelas Penerbit Teknikal, Edry Abdul Halim, bahawa Hikayat Merong Mahawangsa merupakan filem Melayu pertama yang menampilkan muzik skor penuh untuk keseluruhan jalan cerita filem ini sewaktu tayangannya.[20] Anuar Zain tampil sebagai penyanyi lagu tema filem Hikayat Merong Mahawangsa, iaitu "Sedetik Lebih" yang digubah oleh Edry Abdul Halim dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris.[21]

Pemasaran antarabangsa

Setakat Januari 2011, filem Hikayat Merong Mahawangsa dilaporkan sudah diberikan hak tayangan kepada 72 buah negara atas kesudian syarikat pengedaran filem antarabangsa, Epic Pictures dari Amerika Syarikat untuk memasarkan filem ini.[22][9] Apabila ditanya mengapa filem ini disasarkan kepada penonton antarabangsa, Yusry menjelaskan bahawa jika industri filem Malaysia hanya bergantung pada pasaran tempatan, mereka terpaksa membikin cerita yang sama berulang kali; apabila menyasarkan pasaran global barulah mereka mendapat bajet yang lebih besar untuk melakukan kelainan.[9]

Sebelum ini, KRU Studios mengambil langkah pertama untuk memasarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ke seluruh dunia dengan menandatangani perjanjian persefahaman dengan Universal Pictures International Entertainment Ltd untuk hak pengedaran di Amerika Utara.[6] Difahamkan bahawa pihak Universal diberikan first option untuk mengedarkan filem ini ke seluruh dunia apabila siap kelak.[10]

Filem Hikayat Merong Mahawangsa dipasarkan di European Film Market (EFM) yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 11–21 Februari 2010, dan dilaporkan berjaya menjual hak pengedaran kepada para pengedar filem United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan negara Asia Barat.[23]

Rujukan

  1. ^ Sultan Kedah bangga kisah Merong difilemkan, Berita Harian, 6 Mac 2011. Dicapai pada 7 Mac 2011.
  2. ^ a b TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 13 Mac 2011.
  3. ^ a b c d [http://www.nst.com.my/nst/articles/Showbiz_ThemightyMerong/Article/art_print Showbiz: The mighty Merong], New Straits Times, 4 Mac 2011. Dicapai pada 13 Mac 2011.
  4. ^ a b TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2004, Finas.gov.my. Dicapai pada 13 Mac 2011.
  5. ^ Hikayat Merong Mahawangsa Dah Balik Modal RM8 Juta?, Murai.com.my. Dicapai pada 13 Mac 2011.
  6. ^ a b Nurulhisham Abdul Latiff (7 September 2009). "Sinepleks: Filem Melayu Kedua Termahal". Berita Harian.
  7. ^ Zul Husni Abdul Hamid (15 Jun 2009). "Merong Mahawangsa Terbang Tinggi". Berita Harian. Dicapai pada 11 Mac 2009.
  8. ^ a b "The journey continues". The Star eCentral. 27 Mei 2010. Dicapai pada 28 Mei 2010.
  9. ^ a b c d e f g h Bissme S, "A cut above the rest", TheSun, 17 Feb 2011. Diambil pada 23 Feb 2011.
  10. ^ a b c Budiey Isma (28 Ogos 2009). "Filem Hikayat Merong Mahawangsa". Sensasi Selebriti (blog). Dicapai pada 11 Mac 2010.
  11. ^ a b Yusry Tukar Skrip Merong Mahawangsa 17 Kali, Gua.com.my, 9 Mac 2011. Dicapai pada 12 Mac 2011.
  12. ^ a b c Ahmad Shazwan Md Yusof (11 Jun 2009). "Filem Terakhir Yusri: Merong Mahawangsa". Harian Metro. Dicapai pada 11 Mac 2010.
  13. ^ a b c d e Merong buka langkah, Berita Harian, 10 Mac 2011. Dicapai pada 10 Mac 2011.
  14. ^ a b c Dokumentari Merong Bagi Elak Kekeliruan, gua.com.my, 21 Februari 2011. Dicapai pada 13 Mac 2011.
  15. ^ a b Hikayat Merong Mahawangsa Epik termahal Malaysia, Tupai.com.my, 9 Mac 2011. Dicapai pada 10 Mac 2011.
  16. ^ a b Synopsis: Hikayat Merong Mahawangsa (Malay), Cinema Online, 9 Mac 2011. Dicapai pada 10 Mac 2011.
  17. ^ a b c Hikayat Merong Mahawangsa Penuhi Elemen Internasional?, Murai.com.my. Dicapai pada 12 Mac 2011.
  18. ^ (Gambar & Review) Filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios, Oh! Artis, 8 Mac 2011. Dicapai pada 12 Mac 2011.
  19. ^ Goh Wen Xuan (21 Mei 2010). "Orchestra backs Malay epic". Cinema.com.my. Dicapai pada 28 Mei 2010.
  20. ^ "Merong Mahawangsa bertaraf antarabangsa". Utusan Malaysia. 16 Mac 2010. Dicapai pada 28 Mei 2010.
  21. ^ "Anuar Zain Jadi Pilihan KRU". murai.com.my. 15 Disember 2010. Dicapai pada 17 Disember 2010.
  22. ^ Merong singgah di 72 negara, Berita Minggu, 2 Januari 2011. Dicapai pada 20 Februari 2011.
  23. ^ "Hikayat Merong Mahawangsa ke 25 buah negara". Utusan Malaysia. 21 Feb 2010. Dicapai pada 11 Mac 2010.

Pautan luar