Orang Sunda: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mjbmrbot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: vi:Người Sunda
VolkovBot (bincang | sumb.)
k r2.5.1) (bot menambah: es:Sondanés
Baris 35: Baris 35:
[[de:Sundanesen]]
[[de:Sundanesen]]
[[en:Sundanese people]]
[[en:Sundanese people]]
[[es:Sondanés]]
[[fr:Soundanais (peuple)]]
[[fr:Soundanais (peuple)]]
[[ko:순다족]]
[[ko:순다족]]

Semakan pada 20:20, 28 Mac 2011

Orang Sunda
Kawasan ramai penduduk
Jawa Barat: 26.5 juta
Banten: 1.8 juta
Jakarta: 1.2 juta
Bahasa
Sunda, Indonesia dan Jawa
Agama
Islam, Sunda Wiwitan
Kumpulan etnik berkaitan
Jawa, Betawi

Sunda adalah sebuah kumpulan etnik yang menduduki bahagian barat Pulau Jawa di Indonesia dengan jumlah penduduk sebanyak 31 juta. Kebanyakan orang Sunda menganut agama Islam dan mereka menutur sebuah bahasa yang dipanggil, Basa Sunda.

Sejarah

Catatan sejarah paling lama yang ditemui mengenai perkataan "Sunda" telah dijumpai di naskhah Kebonkopi2 yang bertarikh 536 AD. Perkataan Sunda mungkin berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud 'air' atau 'cahaya'.

Bahasa

Bahasa Sunda digunakan oleh lebih kurang 27 juta orang dan merupakan bahasa kedua paling banyak digunakan di Indonesia selepas Bahasa Jawa. Bahasa ini ditutur oleh mereka di bahagian selatan Provinsi Banten dan di kebanyakan tempat di Jawa Barat. Di Jawa Tengah, bahasa Sunda digunakan di daerah Brebes selatan dan Cilacap utara.

Ada terdapat beberapa dialek dalam bahasa Sunda, dari dialek Sunda-Banten ke dialek Sunda-Jawa Tengahan yang mencampurkan banyak elemen daripada bahasa Jawa. Beberapa dialek yang jelas kedengaran adalah:

  • Banten,
  • Bogor,
  • Priangan, dan
  • Cirebon.

Disebabkan pengaruh budaya Jawa semasa pemerintahan Kesultanan Mataram, bahasa Sunda, terutama sekali di kawasan Parahyangan, memiliki beberapa lapisan bermula dengan bahasa paling rasmi, atau versi "halus", hingga ke cara penuturun harian yang dipanggil versi "loma" atau "lancaran". Namun di kawasan-kawasan pergunungan dan di Banten, versi "loma" paling banyak digunakan tetapi cara pertuturun "loma" ini dianggap kasar oleh mereka yang berasal dari Bandung.