Supa Strikas: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: vi:Supa Strikas; perubahan kosmetik
Baris 5: Baris 5:
== Siri animasi ==
== Siri animasi ==
''Supa Strikas'' turut diadaptasi menjadi siri animasi yang dianimasi oleh [[Animasia Studios]] di Malaysia yang juga menghasilkan siri animasi ''[[Bola Kampung]]''.<ref name=kosmo/>
''Supa Strikas'' turut diadaptasi menjadi siri animasi yang dianimasi oleh [[Animasia Studios]] di Malaysia yang juga menghasilkan siri animasi ''[[Bola Kampung]]''.<ref name=kosmo/>
== Pasukan ==
* Supa Strikas : Pasukan dari Afrika Selatan.Pasukan yang terbaik di [[Dunia|dunia]].
* Invincible United : Pasukan dari Afrika Selatan.Musuh [[Ketat|ketat]] Supa Strikas.


== Watak ==
== Watak ==

Semakan pada 08:11, 21 April 2011

Supa Strikas ialah sebuah projek komik bola sepak yang diusahakan bersama oleh beberapa negara Afrika[1] Supa Strikas yang diilhamkan daripada komik British Roy of the Rovers dan kisah "Shakes" Mokena, seorang pemuda dari kawasan Soweto di Johannesburg[2], ditaja oleh syarikat-syarikat Nike, Caltex, dan perniagaan Afrika Selatan yang lain meletakkan jenama produk dalam isi komik.[1][3]

Siri komik ini diterbitkan buat pertama kali di Afrika Selatan pada tahun 2000, sebelum menyebar ke pelbagai negara Afrika yang lain.[4] Seterusnya, komik ini diterbitkan di Afrika Selatan, Nigeria, Namibia, Botswana, dan Uganda,[2] Kemudian, Supa Strikas menjejaki negara-negara Amerika Latin seperti Colombia, el Salvador, Honduras dan Guatemala, sebelum ke negara-negara Eropah seperti Norway dan Sweden serta diikuti oleh Pakistan. Malaysia menjadi negara Asia Pasifik pertama yang menyambut kedatangan Supa Strikas, iaitu senaskhah komik bulanan disisip bersama akhbar Kosmo! setiap hari Sabtu pertama mulai 6 Disember 2008.[5]

Siri animasi

Supa Strikas turut diadaptasi menjadi siri animasi yang dianimasi oleh Animasia Studios di Malaysia yang juga menghasilkan siri animasi Bola Kampung.[5]

Pasukan

  • Supa Strikas : Pasukan dari Afrika Selatan.Pasukan yang terbaik di dunia.
  • Invincible United : Pasukan dari Afrika Selatan.Musuh ketat Supa Strikas.

Watak

Pasukan Supa Strikas

"Coach"
Jurulatih kepada pasukan Strikas yang tegas melatih anak-anak didiknya kerana hendak memastikan nama Supa Strikas sentiasa di tangga teratas. Dia pernah menjadi pemain pasukan ini bersama Jomo, bapa kepada Shakes.[6]
Dancing Rasta (9)
Kapten Supa Strikas yang mengambil posisi pemadang yang pandai membaca dan mengagak setiap gerakan serta disifatkan bermain gemalai sekali sehingga kelihatan menari di atas padang. Dia ialah seorang Rastafarian yang mendukung keamanan dunia.[7]
El Matador (20)
Penyerang yang panas baran dan suka menghiburkan peminat dengan gerakannya di atas padang. Satu-satunya pemain bercermin mata ketika beraksi ini juga berbakat dalam masakan dan tarian salsa.[8] Nama El Matador dipetik dari istilah matador iaitu pelawan lembu tradisi Sepanyol.
North Shaw (8)
Penghadang yang terkenal kerana tandukan Kepala Kupu-Kupu. Dia juga gemar meluncur air di laut dan bermain yo-yo dan foosball. Dia juga mempunyai sebuah kedai kecil di pantai di mana dia menjual cenderahati seperti rantai siput dan gitar kapuk.[9]
Shakes (10) (Shegs dalam versi Nigeria[10])
Ahli termuda pasukan Supa Strikas yang mengambil posisi penyerang. Dia mewarisi jersi nombor 10 dari bapanya Jomo. Kemunculannya sebagai pemain Supa Strikas membuat para peminat terasa seolah-olah keajaiban Jomo kembali beraksi. Shakes pernah berkawan dengan seorang bernama Skarra yang kini bermain untuk Invincible United.[11]
The Blok (55)
Pemain pertahanan ini adalah pemain terbesar di kalangan pasukannya yang lahir di "negara tersejuk di dunia." Perwatakannya yang suka berdiam menyorok kekuatannya yang sebenar. The Blok ini sukar diatasi kerana saiznya sama dengan dua orang lelaki.[12]
Twisting Tiger (16)
Pemadang yang terkenal kerana rambut pacak merah berbentuk api menyala serta percakapannya yang pantas. Dialah pemain termahal yang pernah dibeli kelab Supa Strikas. Para peminat mengulas dia bermain dengan hati.[13]
Big Bo (1)
Penjaga gol Supa Strikas yang terkenal kerana gerakan "selaman tangan labah-labah" ketika mempertahankan gawang. Pemain tertinggi dalam pasukan ini sukar ditandingi kehebatannya.[14]
Cool Joe (7)
Pemadang sayap kiri yang bergelar "The Crossing King" kerana gerakan "The King's Cross" iaitu melintas dengan kaki kakinya. Dia yang berambut gebu ala retro ini gemar bermain muzik dan memiliki sebuah kelab malam.[15]

Rujukan

  1. ^ a b Pilcher, Tim and Brad Brooks. (Foreword: Dave Gibbons). The Essential Guide to World Comics. Collins and Brown. 2005. 292-293.
  2. ^ a b "Supa Strikas." Texaco. Dicapai pada 20 Oktober 2008.
  3. ^ Pilcher, Tim and Brad Brooks. (Foreword: Dave Gibbons). The Essential Guide to World Comics. Collins and Brown. 2005. 295.
  4. ^ "Supa Strikas to Hit Local Market." Africa-Asia Intelligence Wire/Africa News. Saturday 7 December 2002.
  5. ^ a b "Komik melangkau sempadan". Kosmo!. 2008-12-09. Dicapai pada 2008-12-09.
  6. ^ Profil Pemain: Coach
  7. ^ Profil Pemain: Dancing Rasta
  8. ^ Profil Pemain: El Matador
  9. ^ Profil Pemain: North Shaw
  10. ^ Player Profiles: Shegs
  11. ^ Profil Pemain: Shakes
  12. ^ Profil Pemain: The Blok
  13. ^ Profil Pemain: Twisting Tiger
  14. ^ Profil Pemain: Big Bo
  15. ^ >Profil Pemain: Cool Joe

Pautan luar