Black (penyanyi): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhammad.ezanie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17: Baris 17:
<ref>{{cite news|title= |author= |work= |date= |url= |accessdate=15 Januari 2010 }}</ref>
<ref>{{cite news|title= |author= |work= |date= |url= |accessdate=15 Januari 2010 }}</ref>
-->
-->

==Diskografi==
==Diskografi==
===Album Studio==
*[[Obsesi (album Black)|Obsesi]] (2010)
===Single===
===Single===
*"[[Aku Cinta Sayang Kamu]]" (2009)
*"[[Aku Cinta Sayang Kamu]]" (2009)

Semakan pada 23:32, 17 Mei 2011

Black
Nama lahirHanifah bin Md Hanafiah[1]
Pengkarya berkait
Mas Idayu

Hanifah bin Md Hanafiah, lebih dikenali sebagai Black, ialah seorang penyanyi Malaysia yang mengecapi kenamaan semenjak menjuarai musim ketiga rancangan realiti Mentor dengan bimbingan Mas Idayu.

Biografi

Black memulakan perjalanan ke arah kerjaya sebagai artis rakaman apabila menyertai uji bakat Mentor yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, pada 15 Mac 2009. (Dalam format Mentor, setiap peserta (protégé) dibimbing oleh seorang artis berpengalaman (mentor). Bagi musim ini pula, setiap mentor mengadakan uji bakat sendiri untuk mencari protégé yang memenuhi kehendak masing-masing). Pada hari itu, Mas Idayu selaku mentor hari ini memilih Black untuk berada di bawah bimbingannya. Mas dikenali kerana memperagakan imej guru disiplin berlengkapkan rotan sebagai lambang disiplin sesekali disiarkan di TV. Setelah tiga bulan bertanding, Black berjaya menawan hati para juri dan penonton dengan dinobatkan juara keseluruhan, dan meraikannya dengan mematahkan rotan tersebut sambil menangis sebagai tanda penghargaan kepada Mas atas didikan dan bimbingannya sepanjang pertandingan.[2]

"Aku Cinta Sayang Kamu" merupakan single pertama Black dalam kerjaya nyanyiannya. Tidak cukup dengan menguasai carta radio, lagu ini turut dilayakkan ke Anugerah Juara Lagu ke-24 yang dilangsungkan pada Januari 2010, di mana Black merangkul anugerah Vokal Terbaik kerana membawa lagu ini dengan cukup memuaskan para juri.[3]

Penangan vokalnya juga menimbulkan desas-desus bahawa Black berpotensi menjadi pengganti kepada Lan yang meninggalkan kumpulan Meet Uncle Hussain Julai 2009.[4] Kugiran tersebut mengundang Black untuk merakam single "Drama King" serta mengambil bahagian dalam konsert atau gig sementara mereka mencari vokalis tetap baru.[5]

Diskografi

=Album Studio

Single

Penampilan istimewa

Rujukan

  1. ^ a b Protege: Black, Mentor 3, TV3. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  2. ^ Roslen Fadzil (13 Julai 2009). "Rotan Dipatah, Black Juara Mentor 3!". murai.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  3. ^ Miss Ayu (11 Januari 2010). "Aizat Juara AJL24". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  4. ^ Syaliza Shapiansuri (30 Ogos 2009). "Black: Tak Pernah Terima Tawaran MUH". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  5. ^ Li Ee Kee (27 November 2009). "Meet Uncle Hussain Masih Berbisa". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010.