Perbezaan antara semakan "Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua"

Jump to navigation Jump to search
 
Ketika mula digunakan, kereta kebal M3 setanding dengan kereta kebal serdahana Jerman, tetapi ia memiliki kekurangan besar pada persenjataan meriam utama 75 mm yang dipasang pada badannya. Ia juga turut memiliki turet putar keliling dengan meriam 37 mm, tetapi turet digabung dengan meriam pada badan memberikan profil amat tinggi. Division Berperisai Pertama Amerika Syarikat turut menggunakan kereta kebal M3 di Afrika. Ia merupakan penyelesaian sementara, tidak bertujuan sebagai rekabentuk kepentingan besar. Dalam perkhidmatan Amerika dan British, kereta kebal M3 terutamanya dikeluarkan pada akhir kempen Afrika Utara tetapi terus berkhidmat sepanjang Kempen Itali tambahan kepada sejumlah kecil yang turut serta dalam pencerobohan Normandy. Ia terus berkhidmat dalam [[Tentera merah]] untuk beberapa waktu, di mana krewnya mengelarnya sebagai ‘kubur tujuh beradik’.
 
Reka bentuk Amerika Syarikat paling penting adalah kereta kebal serdahana [[kereta kebal M4 Sherman|M4 Sherman]]. Kereta kebal M4 menjadi kereta kebal kedua paling banyak dihasilkan semasa Perang Dunia Kedua, dan satu-satunya kereta kebal yang digunakan oleh hampir keseluruhan pasukan Berikat (kerana program [[sewa-pinjam]]). kereta kebal M4 membentuk kereta kebal utama unit Amerika, British, Kanada, Perancis, Poland dan China. Kereta kebal M4 adalah setara dengan kereta kebal serdahana Jerman, kereta kebal Panzer III dan kereta kebal Panzer IV, pada masa ia mula berkhidmat kali pertama pada tahun 1942. Lebih dari 4,000 Sherman dibekalkan ke Soviet Union, bermula pada pertengahan -1943. Kereta kebal M4, sungguhpun boleh diharap dan mudah diselenggara, sudahpun ketinggalan meriam, menjelang Amerika Syarikat bertembung dengan kereta kebal Jerman yang dipertingkat meriam dan perisai di Itali dan Utara Eropah (Panzer IV dan pelbagai meriam gerak sendiri Jerman) dan menjelang akhir 1943 ketibaan kereta kebal Panther dan [[kereta kebal Tiger I]] Jerman adalah ancaman lebih besar kerana julat, ketepatan, dan kuasa robekan meriam utama mereka. Sungguhpun ia dipercayai bahawa ereta kebal Sherman mempunyai kecenderungan untuk meletup dengan hebat kerana kegunaan minyak petrol, ini tidak benar, kerana ia sebenarnya disebabkan oleh penyimpanan peluru pada model awal; versi berikutnya dengan reka bentuk simpanan "basah" tidak mudah meletup sama seperti kereta kebal semasa dengannya.
 
== Lihat Juga ==
245,304

suntingan

Menu pandu arah