Laut Banda: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WikitanvirBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: fa:دریای باندا
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: br:Mor Banda
Baris 33: Baris 33:
[[be:Мора Банда]]
[[be:Мора Банда]]
[[be-x-old:Мора Банда]]
[[be-x-old:Мора Банда]]
[[br:Mor Banda]]
[[bg:Банда (море)]]
[[bg:Банда (море)]]
[[ca:Mar de Banda]]
[[ca:Mar de Banda]]

Semakan pada 21:11, 3 Jun 2011

Lokasi Laut Banda di Asia Tenggara

Laut Banda adalah sebuah laut yang terletak di Kepulauan Maluku di Indonesia, secara teknikalnya laut ini adalah sebahagian dari Lautan Pasifik tetapi dipisahkan darinya oleh ratusan pulau serta Laut Halmahera dan Laut Ceram. Laut ini berukuran sekitar 1000 km (600 batu) dari timur ke barat, dan sekitar 500 km (300 batu) dari utara ke selatan.

Pulau-Pulau

Pulau-pulau yang bersempadan dengan Laut Banda termasuklah Sulawesi di barat, Buru, Pulau Ambon, Pulau Seram, Kepulauan Aru, Kepulauan Tanimbar, Kepulauan Barat Daya, dan Timor. Walaupun keadaan sempadan lautnya yang berbatu sangat berbahaya bagi kapal-kapal, ruang di tengah lautnya lebih terbuka dan selamat. Gugusan pulau yang berada di tengah Laut Banda termasuklah Kepulauan Banda.

Aktiviti Plat Tektonik di Laut Banda

Di bahagian timur Jurang Sunda, terdapat Palung Timor dan Palung Aru yang kedua-duanya terletak di selatan Timor dan Tanimbar, dan palung Aru terletak di barat Kepulauan Aru. Ketiga-tiga jurang dan palung ini adalah zon benam plat Indo-Australia di bawah plat Asia Tenggara, di mana plat Indo-Australia bergerak ke arah utara. Arka hadapan endapan yang dilakukan oleh plat Indo-Australia yang telah terlipat, akhirnya membentuk pulau Timor.

Gempa Bumi

Gempa bumi sangat kerap berlaku di kawasan ini kerana ianya berada di titik pertemuan 3 plat tektonik - Plat Eurasia, Pasifik dan Indo-Australia.

Lihat Juga

Bacaan Lanjut

  • Ponder, H. W. (1944) In Javanese waters; some sidelights on a few of the countless lovely, little known islands scattered over the Banda sea & some glimpses of their strange & stormy history London, Seeley, Service & Co. ltd.
  • Patrick D. Nunn(1994) Oceanic Islands Oxford, Great Britain, Blackwell

Koordinat: 5°27′26″S 127°23′12″E / 5.45722°S 127.38667°E / -5.45722; 127.38667