Pulau Banggi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: vi:Đảo Banggi
Baris 19: Baris 19:
[[de:Banggi]]
[[de:Banggi]]
[[en:Banggi Island]]
[[en:Banggi Island]]
[[vi:Đảo Banggi]]

Semakan pada 08:47, 15 Jun 2011

Peta pelancongan Sabah

Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak berdekatan dengan daerah Kudat, Sabah, Malaysia. Keluasan sebesar 440.7 kilometer persegi merupakan pulau yang terbesar di Malaysia , diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Ketinggian tertinggi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sibumbung dengan ketinggian 529 meter. Pusat Pentadbiran Pulau Banggi ialah Pekan Karakit dan di Pekan ini ditempatkan Pejabat Daerah Banggi, Rest House, Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA dan rumah-rumah penduduk kampung. penduduk Pekan ini dianggarkan 1000 orang.Penduduk utama Pulau Banggi ialah suku kaum Ubian dan Orang Asli "Bonggi". Terdapat juga lain-lain kaum iaitu orang Βajau, Kagayan dan Ѕuluk.

Dalam tahun 2003 anggaran penduduknya ialah 20,000. Pulau Sebogoh yang merupakan sebahagian pulau-pulau kecil Pulau Banggi merupakan pulau yang paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina.

Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek.

Cara pergi ke sana: anda boleh menyewa bot laju atau bot pancung dari Teluk Marudu atau dari Kudat.

External link