Ayat pengasih: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aidil edy (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '== Ayat pengasih == Ayat Pengasih merupakan ayat yang dibacakan atas tujuan untuk memberi orang lain suka kepada diri yang membacanya tak kira dari segi hubun...'
 
Aidil edy (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 14: Baris 14:
=== Ayat/doa pengasih yang harus (boleh diamalkan)===
=== Ayat/doa pengasih yang harus (boleh diamalkan)===
terdapat beberapa batas islam yang melarang penggunaan ayat pengasih ini antaranya ialah Ayat itu tidak mengandungi maksud yang menyalahi akidah Islam, Pengamalannya tidak bercanggah dengan hukum syara'(Contoh- mewajibkan pengamalnya membaca ayat pengasih didepan kubur),Meminta pertolongan dari Allah sahaja & bukan dari selainNya, seperti pada manusia, binatang, objek penyembahan orang kafir dan seumpamanya, Ayat pengasih yang tidak ditulis di atas kertas, & perlu di bawakemana mana oleh pengamalnya, selagi di bawa, selagi itulah orang sayang padanya- Ia seolah olah tangkal,Tidak menyeru atau memuja kalimah atau nama-nama yang tidak difahami maknanya, yang terdiri daripada nama iblis dan syaitan atau sembahan orang [[kafir|kafir]].
terdapat beberapa batas islam yang melarang penggunaan ayat pengasih ini antaranya ialah Ayat itu tidak mengandungi maksud yang menyalahi akidah Islam, Pengamalannya tidak bercanggah dengan hukum syara'(Contoh- mewajibkan pengamalnya membaca ayat pengasih didepan kubur),Meminta pertolongan dari Allah sahaja & bukan dari selainNya, seperti pada manusia, binatang, objek penyembahan orang kafir dan seumpamanya, Ayat pengasih yang tidak ditulis di atas kertas, & perlu di bawakemana mana oleh pengamalnya, selagi di bawa, selagi itulah orang sayang padanya- Ia seolah olah tangkal,Tidak menyeru atau memuja kalimah atau nama-nama yang tidak difahami maknanya, yang terdiri daripada nama iblis dan syaitan atau sembahan orang [[kafir|kafir]].



=== Persediaan sebelum mengamalkan ayat pengasih ===
=== Persediaan sebelum mengamalkan ayat pengasih ===
Nasihat ini ditujukan kepada orang yang ingin mengamalkan doa khusus untuk mencari kekasih. Sebelum anda mula mengamalkan ayat ini, eloklah anda periksa diri anda sama ada perkara di bawah ada dalam diri atau tidak.
Nasihat ini ditujukan kepada orang yang ingin mengamalkan doa khusus untuk mencari kekasih. Sebelum anda mula mengamalkan ayat ini, eloklah anda periksa diri anda sama ada perkara di bawah ada dalam diri atau tidak.dipetik daripada [http://ayat-pengasih.blogspot.com/ E-book Himpunan ayat pengasih].


==== Iktikad Yang Betul ====
==== Iktikad Yang Betul ====

Semakan pada 09:29, 30 Jun 2011

Ayat pengasih

Ayat Pengasih merupakan ayat yang dibacakan atas tujuan untuk memberi orang lain suka kepada diri yang membacanya tak kira dari segi hubungan atau layanan mereka terhadap pengamal ayat pengasih ini. Ianya bertujuan untuk memberikan orang lain suka atau menjadi senang apabila berhadapan dengan orang yang mengamalkan ilmu pengasih ini. Ianya banyak diamalkan oleh orang yang mempercayai ilmu karut namun ada juga diamalkan oleh sesetengah orang yang kuat agamanya, kerana Ayat pengasih ini terdapat dua kategori iaitu jenis yang haram diamalkan dan ada juga jenis yang halal diamalkan mengikut syarat, syarat yang ditetapkan oleh agama.

Kepercayaan

Ayat pengasih merupakan kepercayaan bagi sesetangah orang yang mengamalkannya bertujuan untuk sebab-sebab tertentu yang selalunya dikaitkan dengan perkara tidak baik, namun tidak semua kepercayaan ini dikategorikan tidak baik kerana ianya ada juga dikaitkan dengan ayat diambil daripada [[[Al-quran|Al-quran]] yang merupakan kitab turun-temurun bagi orang islam.

bagi kepercayaan karut pula banyak diamalkan ayat yang songsang daripada ajaran islam iaitu dengan memuja syaitan dan jin yang boleh menyesatkan. kerana ayat yang diamalkan adalah dilarang sekali didalam agama islam

Hukum beramal ayat pengasih

Auf bin Malik berkata: Kami pernah menggunakan jampi mentera ketika jahiliah dahulu. Lalu kami bertanya: Ya Rasulullah saw, apa pendapat tuan tentang perkara ini? Baginda menjawab: Kemukakan pada ku mentera kamu itu. (Kemudian dibacakan mentera itu oleh sahabat). Baginda menjawab: Tidak mengapa jampi mentera itu selagi tidak mengandungi syirik. Rasulullah saw juga membenarkan seorang sahabat yang berdoa bukan dari sumber al Quran, asalkan kalimatnya tidak bercanggah dengan syara'.

Berdasarkan kaedah fiqh “al aslu fi al ashya' ibahah”, maka hukum asal sesuatu perkara adalah harus, selagi tiada perkara yang melanggar syariat dilakukan. Sebagai contoh, seseorang menggunakan doa pengasih untuk tujuan disayangi oleh majikan & mendapat kedudukan yang baik dalam syarikat, maka ia adalah dibolehkan, namun jika diamalkan hanya untuk nafsu, membalas dendam, dengki, amalan tersebut adalah menyalahi syariat Islam, maka hukumnya adalah dilarang (Haram).

Ayat/doa pengasih yang harus (boleh diamalkan)

terdapat beberapa batas islam yang melarang penggunaan ayat pengasih ini antaranya ialah Ayat itu tidak mengandungi maksud yang menyalahi akidah Islam, Pengamalannya tidak bercanggah dengan hukum syara'(Contoh- mewajibkan pengamalnya membaca ayat pengasih didepan kubur),Meminta pertolongan dari Allah sahaja & bukan dari selainNya, seperti pada manusia, binatang, objek penyembahan orang kafir dan seumpamanya, Ayat pengasih yang tidak ditulis di atas kertas, & perlu di bawakemana mana oleh pengamalnya, selagi di bawa, selagi itulah orang sayang padanya- Ia seolah olah tangkal,Tidak menyeru atau memuja kalimah atau nama-nama yang tidak difahami maknanya, yang terdiri daripada nama iblis dan syaitan atau sembahan orang kafir.


Persediaan sebelum mengamalkan ayat pengasih

Nasihat ini ditujukan kepada orang yang ingin mengamalkan doa khusus untuk mencari kekasih. Sebelum anda mula mengamalkan ayat ini, eloklah anda periksa diri anda sama ada perkara di bawah ada dalam diri atau tidak.dipetik daripada E-book Himpunan ayat pengasih.

Iktikad Yang Betul

YAKIN bahawa setiap yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Ini merupakan perkara terpenting sebelum anda mengamalkan ayat pengasih. Anda mestilah meyakini bahawa setiap perkara yang terhasil selepas mengamalkannya adalah kerana kekuasaanNya. Bukan kehebatan atau keampuhan ayat pengasih, meskipun ia adalah petikan dari al Quran. Ayat tersebut tidak mempunyai apa apa seperti kuasa, ia hanyalah “makhluk” seperti anda. Jika gagal memahami konsep ini dengan teliti, berkemungkinan akidah boleh tergugat. Berhati hatilah dengan syirik yang sangat halus ini.