Tapak Warisan Dunia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CocuBot (bincang | sumb.)
k r2.6.1) (bot mengubah: az:Ümumdünya irsi
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: nap:Patrimmonio 'e ll'umanità
Baris 114: Baris 114:
[[ne:युनेस्को विश्व सम्पदा क्षेत्र]]
[[ne:युनेस्को विश्व सम्पदा क्षेत्र]]
[[ja:世界遺産]]
[[ja:世界遺産]]
[[nap:Patrimmonio 'e ll'umanità]]
[[no:Verdensarven]]
[[no:Verdensarven]]
[[nn:Verdsarv]]
[[nn:Verdsarv]]

Semakan pada 19:25, 1 Julai 2011

Piramid De la Luna di Teotihuacan
Tapak #86: Memphis dan Necropolisnya, termasuk Piramid Giza di Mesir.
Tapak #114: Persepolis di Shiraz (Iran).
Tapak #404: Acropolis Athens, (Greece).
Tapak #292: Katedral Cologne di Jerman.
Tapak #307: Patung Liberty, (Amerika Syarikat).
Tapak #447: Uluru, (Australia).
Tapak #483: Chichen Itza di Yucatán, (Mexico).
Site #540: Pusat Sejarah St. Petersburg, (Russia).
Tapak #772: Sawah Padi Berteres Banaue di pergunungan dekat Ifugao, (Filipina).
Warisan Budaya Dunia Pertama Quito, (Ecuador).

Tapak Warisan Dunia UNESCO adalah tempat-tempat khusus (seperti hutan, gunung, tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks atau bandar) yang dicalonkan dan mendapat pengesahan untuk dimasukkan ke dalam senarai yang dikendalikan oleh Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO yang ditadbir oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang terdiri dari 21 kumpulan-kumpulan kenegerian (negara) yang dipilih oleh Perhimpunan Am Kumpulan-Kumpulan Kenegerian bagi tempoh terhad [1]. (Sama seperti Majlis Keselamatan PBB.)

Tujuan program

Program ini bertujuan mengkatalog, menyenarai, menama dan mengabadikan tapak-tapak ulung warisan budaya atau warisan semula jadi penting demi warisan sejagat. Tapak-tapak warisan boleh mendapat dana dari Dana Warisan Dunia di bawah syarat-syarat tertentu. Program ini ditubuhkan di bawah "Konvensyen Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia" yang dipersetujui oleh Persidangan Am UNESCO pada 16 November 1972. Sejak itu, lebih 80 negara telah meratifikasi atau mengesahkan konvensyen tersebut.

Sehingga 2006, sejumlah 830 tapak telah disenaraikan sebagai Tapak Wariasan Dunia yang terdiri daripada:

  • 644 tapak bagi kebudayaan
  • 162 tapak bagi kawasan semulajadi
  • 24 tapak bagi ciri bercampur

Perangkaan

Zon Kebudayaan Kawasan semulajadi Campuran Jumlah
Afrika 42 32 4 78
Arab 61 4 1 66
Asia dan kawasan Pasifik 138 51 9 198
Eropah dan Amerika Utara 377 58 10 445
Amerika Latin dan Caribbean 86 35 3 124
Jumlah besar 704 180 27 911

Rujukan

  1. ^ "About World Heritage". World Heritage. Dicapai pada 2006-10-14.

Pautan luar

Templat:Link FA