Hishamuddin Rais: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 13: Baris 13:
==Kepulangan ke Malaysia==
==Kepulangan ke Malaysia==


Hisham pulang ke Malaysia pada tahun 1994. Sekembalinya ke Malaysia dia telah ditahan dibawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) untuk kali pertama selama dua minggu. Semasa dalam tahanan itulah dia mendapat idea untuk membikin filem Dari Jemapoh ke
Hisham pulang ke Malaysia pada tahun 1994 semasa rakan seperjuangan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah orang kuat dalam kerjaan. Sekembalinya ke Malaysia dia telah ditahan dibawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) untuk kali pertama selama dua minggu sebagai syarat untuk screening keselamtan memandangkan ia mempunyai 10 tahun loss years di negeri Russia dan Negara Komunis yang lain! Semasa dalam tahanan itulah dia mendapat idea untuk membikin filem Dari Jemapoh ke
Manchester. Sebuah filem yang penuh dengan metafora dan budaya berontak anak muda. Filem ini telah mengembara ke serata festival filem di dunia, dari Singapura hinggalah ke Rotterdam.
Manchester. Sebuah filem yang penuh dengan metafora dan budaya berontak anak muda. Filem ini telah mengembara ke serata festival filem di dunia, dari Singapura hinggalah ke Rotterdam.



Semakan pada 16:04, 10 Julai 2011

Fail:Hisham rais.jpg
Hishamuddin Rais

Hishamuddin Rais (juga dikenali dengan nama Isham) merupakan seorang aktivis masyarakat yang terkenal di Malaysia[perlu rujukan].Dilahirkan pada 3 Februari, 1951 di Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan menengahnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam pengajian Sejarah Asia Tenggara pada tahun 1971. .


Gerakan Mahasiswa untuk Rakyat

Semasa belajar di Universiti Malaya, Hishamuddin kemudiannya terlibat secara aktif dalam gerakan pelajar. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada tahun 1974. Hisham aktif mmemperjuangkan isu-isu rakyat dalam arus kebangkitan pelajar. Antara peristiwa penting yang mejadi catitan sejarah ialah perjuangan kaum pelajar untuk setinggan Tasek Utara yang dirobohkan rumah mereka pada penghujung tahun 1974. Dia ditangkap dan ditahan reman di penjara Air Molek. Kemudiannya pada Disember 1974 berlaku satu demonstrasi besar-besaran oleh kaum pelajar bagi memperjuangkan nasib petani-petani miskin di Baling. Kerajaan pimpinan Tun Razak waktu itu telah melakukan penangkapan besar-besaran. Hisham telah melarikan diri keluar negara.

20 tahun dalam buangan

Isham kemudiannnya mendapat suaka politik daripada kerajaan Belgium. Dia belajar bahasa Perancis di University Catholic of Leuven la Neuve, Belgium pada tahun 1984. Beliau kemudian belajar seni di Kolej Brixton, London dan lulus dalam bidang filem dan video dari Universiti Westminster, London pada tahun 1992. Beliau tinggal di kota London kira-kira 15 tahun.

Kepulangan ke Malaysia

Hisham pulang ke Malaysia pada tahun 1994 semasa rakan seperjuangan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah orang kuat dalam kerjaan. Sekembalinya ke Malaysia dia telah ditahan dibawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) untuk kali pertama selama dua minggu sebagai syarat untuk screening keselamtan memandangkan ia mempunyai 10 tahun loss years di negeri Russia dan Negara Komunis yang lain! Semasa dalam tahanan itulah dia mendapat idea untuk membikin filem Dari Jemapoh ke Manchester. Sebuah filem yang penuh dengan metafora dan budaya berontak anak muda. Filem ini telah mengembara ke serata festival filem di dunia, dari Singapura hinggalah ke Rotterdam.

Aktiviti

Perfileman

Beliau merupakan seorang pembikin filem. Antara filem-filem beliau adalah:

Filem pendek;

  1. From here to a long yesterday
  2. Malaysia werewolf in london
  3. Three second of see

Filem panjang;

  1. Dari Jemapoh ke Manchester

Penulisan

Pada tahun-tahun awal kepulangan beliau ke Malaysia, dia menulis di pelbagai suratkhabar dan majalah seperti akhbar Melayu, Ujang dan Dewan Budaya. Antara sumbangan beliau yang lain adalah 1.Penyumbang untuk Men’s Review 2.Analog-Kolum di Berita Minggu 3.Penyumbang untuk Vox akhbar The Sun 4.Penyumbang di penerbitan-penerbitan alternatif 5. Kolum Dot Mai-Malaysiakini.com 6. Kolum Tapai untuk majalah Off The Edge

Hisham boleh dikatakan sebagai seorang intelektual rakyat. Dia menjadi jambatan penghubung idea-idea dan konsep-konsep yang kompleks ke dalam bahasa mudah dalam tulisan-tulisannya.[perlu rujukan]

Terlibat aktif dalam gerakan Reformasi

Pasca 2 September 1998 merupakan detik bersejarah dalam hidup dia. Walaupun pada peringkat awal dia tidak terlibat secara langsung tetapi kemudian dia mengubah fikiran dan menyertai demostrasi jalanan. Dia beberapa kali ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Polis kerana dituduh berhimpun secara haram. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus aktif berjuang untuk reformasi dan demokrasi di Malaysia ini.

Hisham menerima pelbagai tekanan dari pihak pemerintah, antaranya dia diberhentikan dari menulis di kolum mingguannya di akhbar Brita Harian. Oleh kerana tekanan pihak pemerintah akhbar-akhbar arus perdana tidak lagi berani untuk menyiarkan tulisan-tulisannya.[perlu rujukan]

Namun pada penghujung tahun 1999 Malaysiakini.com, sebuah akhbar internet dilancarkan dan dia diberi ruangan kolum Dot.Mai. Kolum ini memberi pengaruh besar terhadap pejuang-pejuang reformasi dan demokrasi di Malaysia ini.[perlu rujukan] Dia banyak memberi penekanan terhadap penglibatan aktif anak-anak muda dalam perjuangan menuntut perubahan. Dia sering menyebut sebaris kata “hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda.”

Ditahan ISA

Pada 9 April 2001 sekitar jam 5.00 petang dia telah ditangkap oleh sepasukan polis dari cawangan khas dipejabatnya di bawah seksyen 71 (3) Akta Keselamaatn dalam Negeri (ISA) atas tuduhan merancangan untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan. Kini dia bersama sembilan orang aktivis politik pro reformasi dan pro demokrasi masih berada dalam tahanan ISA.

Setakat bulan April 2001 ini jumlah aktivis reformasi dan pro demokrasi yang ditahan berjumlah 10 orang.

Inspirasi kepada Anak Muda

Dia banyak memberi penekanan terhadap penglibatan aktif anak-anak muda dalam perjuangan menuntut perubahan. [perlu rujukan] Dia sering menyebut sebaris kata “hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda.”

Hishamuddin dan Tun Razak Siapa berjasa

Pada tahun 1974 Hishamuddin memang terkenal kerana pidato " Saudara dan Kawan kawan" dan perjuangan nya untuk mendapatkan gaji minima RM5/= sehari. Semasa itu Malaysia di bawah pimpinan Tun Razak mula bergerak kepada pebukaan estate milik rakyat FELDA (LKTP) dan FELCRA dan Pembangunan Tanaman dua kali setahun di Kedah MADA,Kelantan KADA dan Terangganu KETARA dan di Perak Seberang Perak. Projek ini peringkat awal.Rakyat belum lagi dapat menerima perubahan. Parti pembangkan mengatakan LKTP (lembanga Pemabangunan Tanah Peresekutan=FELDA) adalah Langkah Kerajaan Tipu Rakyat. Di Kedah tanama padi dua kali setahun: petani tak boleh rehat" tak kering kaki!!!". Kawasan perndustrian mula membangun kilang letroknik telah memberi peluang generasi muda berkeja di kilang kilang selain di sawah dan ladang. Mereka di gelar minah karan.Proses urbanisasi dengan pembangunan ini mebawa rakyat dari kampung ka Bandar di mana perumahan tidak dapat menampung migrasi yang meledak.Malaysia di peringkat awal menuju NIC (Newly Industrialised Countries).Langkah ini telah membawa Malaysia menjadi maju dari Negara Negara ,membangunan yang lain. Idealisma sosialisma dan pengaruh komunis hanya tahu mendesak dan tidak dapat memahami wawasan Tun Razak. Trend demostrasi menentang Perang Vietnam di Amerika di jadikan model untuk menentang segalanya yang di lakukan kerajaan. 1974 demostrasi memuncak. Remaja dan penuntut Pusat Pengajian Tinggi yang hanya megikut emosi mengambil alih Universiti Malaya!!! Dan memanggil Naib Chancelor guru besar. Polis terpaksa bertindak mengambil alih semula Universiti atas kepentingan pelajar sendiri yang tidak nampak matlmat jangka panjang yang di sediakan untuk mereka dan negara. Hishamuddin menghilangkan diri.Meninggal siswa dan negara untuk 23 tahun. Semasa ketiadaan nya Negara terus membangun dan infrastruktur 1990 telah capai apa yang negara maju capai sehingga 1980.Hishamuddin pada hakikatnya tidak menyumbang apa untuk negara!!! Tun Razak meninggal dunia pada tahun 1976 tetapi telah menyediakan asas pembagunan untuk negara dan bangsa khusus nya bumiputra.

Rujukan

http://www.geocities.com/universiti_bangsar/

Pautan luar