Abd Hamid Abd Rahman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hang Li Po (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan 'YB Datuk '''Abdul Hamid Abdul Rahman''' adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Johor merangkap pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) negeri Johor. ...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 19:05, 19 Julai 2011

YB Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Johor merangkap pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) negeri Johor.


Kontroversi

Bina banglo tanpa permit

Pada 19 Julai 2011, Ketua Pembangkang Johor Dr Boo Cheng Hau hari ini mempersoalkan integriti pengerusi Jawatankuasa Kira-kira (PAC) negeri itu Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman yang didakwa membina sebuah banglo di Simpang Renggam tanpa kelulusan pihak majlis tempatan. Boo mendakwa rumah Abdul Hamid terletak di lot tanah seluas 2.16 hektar yang bernilai RM280,000 dan menjangkakan bangunan banglo itu apabila siap kelak akan menelan belanja bernilai di antara RM1.5 juta hingga RM2.5 juta.


Ini dinafikan oleh beliau dan berkata Boo yang juga ADUN Skudai itu cuba menepis isu sebenar yang dirinya diperintah keluar dari dewan undangan negeri baru-baru ini kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.Hamid mengakui tapak tanah di mana banglonya didirikan itu adalah tanah miliknya yang diklasifikasikan sebagai tanah pertanian tetapi beliau memohon untuk permit sebelum pilihan raya 2008 tetapi beliau menghentikan projek itu disebabkan pihak majlis tempatan belum meluluskannya.[1]

Rujukan