Syurga: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
dapada bahasa saskrit
MerlIwBot (bincang | sumb.)
k bot membuang: pl:Niebo (strongly connected to ms:Langit), ug:بېھىش (deleted) mengubah: de:Himmel (Religion), sco:Heiven
Baris 16: Baris 16:
[[id:Sorga]]
[[id:Sorga]]
[[bs:Raj]]
[[bs:Raj]]
[[de:Himmel (religiös)]]
[[de:Himmel (Religion)]]
[[en:Heaven]]
[[en:Heaven]]
[[es:Cielo (religión)]]
[[es:Cielo (religión)]]
Baris 25: Baris 25:
[[nl:Hemel]]
[[nl:Hemel]]
[[ja:天国]]
[[ja:天国]]
[[ug:بېھىش]]
[[pl:Niebo]]
[[pt:Céu (religião)]]
[[pt:Céu (religião)]]
[[ro:Rai]]
[[ro:Rai]]
[[ru:Рай]]
[[ru:Рай]]
[[sco:Hieven]]
[[sco:Heiven]]
[[simple:Heaven]]
[[simple:Heaven]]
[[sr:Рај]]
[[sr:Рај]]

Semakan pada 23:27, 25 Julai 2011

Dante dan Beatrice melihat langit yang tertinggi; daripada ilustrasi Gustave Doré bagi Komedi Ketuhanan (Divine Comedy).

Syurga (kata serapan daripada bahasa Saskrit Swargam atau Heaven dalam bahasa Inggeris dan جنّة (Jannah) dalam Bahasa Arab) merupakan satu konsep hidup selepas mati dalam banyak agama dan falsafah rohaniah.

Mereka yang mempercayai tentang syurga umumnya berpendapat bahawa syurga atau neraka adalah destinasi bagi kebanyakan atau semua manusia selepas kematian. Menurut banyak testimoni dan tradisi, dalam kejadian-kejadian yang luar biasa, manusia telah mempunyai pengetahuan peribadi tentang syurga. Mereka menganggap bahawa pengetahuan ini diberikan mereka untuk mengajar manusia yang lain tentang kehidupan, dewa-dewa, dan tanggapan-tanggapan tentang hidup selepas mati.

Sedangkan terdapat banyak sumber yang berbeza-beza tentang tanggapan Syurga, pandangan biasa bagi orang-orang yang mempercayainya kelihatan bergantung sebahagian besarnya kepada agama yang dianuti mereka. Berbagai-bagai agama telah memerihalkan Syurga sebagai diduduki oleh malaikat, syaitan, dewa dan dewi, dan/atau pahlawan (khususnya dalam agama Zoroastrianisme Parsi dan kemudiannya mitologi Yunani). Syurga umumnya ditafsirkan sebagai tempat kebahagiaan atau kekadangnya kebahagian abadi.

Dalam agama Yahudi kuno, kepercayaan kepada Syurga dan hidup selepas mati dikaitkan dengan Sheol (disebut dalam Isaiah 38:18, Psalms 6:5, dan Job 7:7-10). Sesetengah cendekiawan menegaskan bahawa Sheol merupakan konsep yang lebih awal, tetapi teori ini tidak diterima sejagat. Farisi, salah satu mazhab Yahudi yang kemudian, mempercayai tentang Kebangkitan Semula, tetapi kepercayaan ini ditentang oleh mazhab Sadducees yang menolak doktrin Kebangkitan Semula (Matt. 22:23).

Dalam kebanyakan agama Kristian, syurga ialah kepulangan kepada keadaan manusia sebelum kejatuhan, dan merupakan Syurga Aden kedua yang baru, dengan manusia disatukan semula dengan Tuhan dalam kewujudan semula jadi dan sempurna yang abadi. Penganut-penganut Kristian mempercayai bahawa penyatuan semula ini dibolehkan melalui usaha penyelamatan Jesus Christ yang mati di atas salib untuk menebus dosa-dosa manusia.

Menurut agama Islam, syurga atau jannah adalah tempat anugerah pada manusia yang telah berbuat baik dan mengikut perintah Allah dan mereka diletak di kebun luas di mana mereka semua hidup dalam kesenangan dan kemewahan.