Pemodulatan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cassiopeta7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Aurora (bincang | sumb.)
k Isyarat Modulatan dipindahkan ke Pemodulatan: lebih tepat
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 12:54, 23 November 2006

Isyarat Modulatan bermaksud isyarat pembawa yang terpengaruh oleh isyarat maklumat yang hendak dihantar.Isyarat maklumat ini adalah isyarat jalur dasar yang mana frekuensinya hampir ke sifar(iaitu berfrekuensi rendah) seperti isyarat suara jika ia melibatkan penghantaran suara melalui radio.

Isyarat maklumat ini juga dikenali sebagai isyarat memodulat.Isyarat pembawa adalah isyarat berfrekuensi tinggi.Isyarat berfrekuensi tinggi boleh dipancarkan dengan mudah kerana banyak litar dan bahan boleh digunakan untuk melakukan pemancaran tersebut.

Oleh itu, satu proses dilakukan agar isyarat pembawa boleh membawa isyarat maklumat didalamnya agar ia boleh dipancarkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Proses yang digunakan adalah proses pemodulatan di mana amplitud atau frekuensi atau sudut fasa isyarat pembawa diubahkan agar mengikuti bentuk (amplitud dan frekuensi) isyarat maklumat.

Proses pemodulatan ini dipanggil pemodulatan amplitud, pemodulatan frekuensi dan pemodulatan fasa.Semua ini adalah proses pemodulatan analog.