Sekolah Kebangsaan Long Loyang: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 21: Baris 21:
|Laman = http://sklongloyang.webs.com
|Laman = http://sklongloyang.webs.com
|Facebook = http://www.facebook.com/seklongloyang
|Facebook = http://www.facebook.com/seklongloyang
|Telefon =
|Email = seklongloyang@yahoo.com
|Telefon = TIADA
|Faks = TIADA
|Faks = TIADA
|footnotes =
|footnotes =
Baris 50: Baris 51:
:98050, Marudi
:98050, Marudi
:Sarawak, Malaysia
:Sarawak, Malaysia
:Telefon =
:Telefon = TIADA
:Fax = TIADA
:Fax = TIADA
:Email = seklongloyang@yahoo.com


== Pautan luar ==
== Pautan luar ==

Semakan pada 20:48, 5 Ogos 2011

Sekolah Kebangsaan Long Loyang
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Marudi, 98050, Marudi,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1956
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB4326
Pengerusi PIBGPatrick
PengetuaMarzuki Mahrip
GPK Pentadbiran dan AkademikWilson Emang
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEnggan Embi
Penolong Kanan KokurikulumZainal Teruki
FaksTIADA
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Long Loyang atau nama ringkasnya SK Long Loyang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang beralamatkan D/A Pejabat Pelajaran Daerah Marudi.

Pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Long Loyang memiliki 74 pelajar lelaki dan 77 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 151 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009

Sejarah

Sekolah Rendah Kebangsaan Long Loyang yang asal ditubuhkan pada tahun 1956. Tapak penubuhan sekolah ini adalah di Long Burui, Dapui di hulu sungai Tinjar. Nama asal sekolah ini juga mengambil nama kampung asal iaitu SRK Long Burui. Pada ketika itu masyarakat Sebob Long Loyang sekarang tinggal di Long Burui. Sekolah ini didirkan secara gotong-royong oleh masyarakat kampong Long Burui sendiri. Individu yang bertanggungjawab mengasaskan sekolah ini ialah guru besarnya pertama. Beliau ialah Encik Ahjoon, seorang guru yang telah mendapat latihan mengajar di Kuching oleh Jabatan Pelajaran Sarawak pada ketika itu.

Dalam tahun 1958, semua masyarakat Sebob dari Long Burui telah berpindah beramai-ramai ke Long Loyang atas nasihat Tuan Gabenor Negeri Sarawak melalui ketua masyarakat mereka mendiang Pemanca Madang Balan. Maka SRK Long Burui pun berpindah tapak ke Long Loyang dengan nama baru SRK Long Loyang sehingga ke hari ini. SRK Long Loyang juga dibina secara gotong-royong oleh masyarakat Kampung Long Loyang Long Batan, Long Aya dan Apau Gon. Atapnya dibuat daripada daun “cilat” iaitu sejenis daun hutan yang lebar dan panjang, manakala lantai dan dindingnya diperbuat daripada bulu. Pada ketika itu jumlah murid dari keempat-empat buah kampong ini adalah lebih kurang 70 orang yang hanya belajar sehingga tamat tahun 3. Murid-murid yang terpilih dan lulus peperikasaan kerajaan akan melanjutkan pelajaran ke SRK Long Teru sehingga tahun 6. Pelajar yang lulus tahun 6 akan melanjutkan pelajaran ke SMK Marudi. Sekolah ini juga turut berkembang mengikut perkembangan dunia pendidikan. Banyak pembangunan fizikal yang didirikan seperti bangunan sekolah yang baru yang jauh lebih baik. Selari dengan kewujudan sekolah ini, asrama sekolah yang didiami murid-murid dari Long Loyang, Long Aya, Long Batan dan Apau Gun juga mengalami perubahan yang sejak awal penubuhan sekolah sehingga sekarang. Sehingga 1999 keadaan asrama sekolah adalah serba kekurangan. Tapak asal asrama dahulu adalah terletak di tapak dewan makan sekarang. Bangunan asrama yang ada sekarang adalah dibina pada 2000. Hasil kerja gotong-royong masyarakat kampung Long Loyang, Long Batan, Long Aya dan Kampung Apau Gun. Guru Besar yang mengurus sekolah pada ketika itu ialah Encik Gabrail Wan. Penubuhan asrama sekolah dari awal penubuhannya sehingga pada masa ini telah memberikan kemudahan kediaman yang baik terutama kepada muri-muri yang tinggal jauh di pedalaman. Sehingga sekarang fungsi asrama sekolah masih memainkan peranan yang sangat penting dalam kemajuan pendidikan anak-anak murid dari segi pembentukan sahsiah, jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Fail:Pendidikanskll.jpg

Pencapaian

Pencapaian murid di sekolah ini amat memberangsangkan kerana pada tahun 2010 seorang murid mencipta sejarah mendapat 5A dalam semua matapelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.

Alamat

Fail:Riadahskll.jpg

Sekolah Kebangsaan Long Loyang
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Marudi
98050, Marudi
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA
Email = seklongloyang@yahoo.com

Pautan luar

Laman web Sekolah http://sklongloyang.webs.com

Facebook Sekolah http://www.facebook.com/seklongloyang