Sharifah Aini: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Cassiopeta7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Cassiopeta7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
[[Imej: Sharifah Aini.jpg|thumb|250px|Sharifah Aini]]
[[Imej: Sharifah Aini.jpg|thumb|250px|Sharifah Aini]]


'''Datuk Sharifah Aini''' (lahir [[2 Julai]] [[1953]]) adalah seorang [[penyanyi]] tersohor yang dikenali sebagai [[Biduanita Negara]] di Malaysia. Beliau adalah artis yang terkenal semenjak era [[1970-an]] lagi, sebelum kehadiran [[Sudirman Hj Arshad]] dan [[Siti Nurhaliza]].
'''Datuk Sharifah Aini''' (lahir [[2 Julai]] [[1953]]) adalah seorang [[penyanyi]] tersohor yang dikenali sebagai [[Biduanita Negara]] di Malaysia. Beliau adalah artis yang terkenal semenjak era [[1970-an]] lagi, sebelum kehadiran [[Sudirman Hj Arshad]] dan Datuk [[Siti Nurhaliza]].


== Biografi ==
== Biografi ==
Baris 19: Baris 19:
Pada tahun 2004, Sharifah Aini dituduh memfitnah penyanyi popular [[Siti Nurhaliza]]. Beliau didakwa menyiarkan beberapa tuduhan tertentu yang memfitnah Siti Nurhaliza melalui emel kepada adik angkatnya Ahmad Shaharil Jamaluddin, pensyarah di sebuah kolej di [[Pulau Pinang]], pada [[24 Ogos]] [[2004]].
Pada tahun 2004, Sharifah Aini dituduh memfitnah penyanyi popular [[Siti Nurhaliza]]. Beliau didakwa menyiarkan beberapa tuduhan tertentu yang memfitnah Siti Nurhaliza melalui emel kepada adik angkatnya Ahmad Shaharil Jamaluddin, pensyarah di sebuah kolej di [[Pulau Pinang]], pada [[24 Ogos]] [[2004]].


==Lagu==

* Siring Dan Sejalan - duet bersama [[Breory Marantika]]
* Hapuslah Air Matamu
* Bunga Tanjung
* Jalak Lenteng
* Maafkanlah
* Yayadan
* Seksa
* Dondang Sayang
* Sri Mersing


[[Kategori:Penyanyi Malaysia]]
[[Kategori:Penyanyi Malaysia]]

Semakan pada 05:14, 27 November 2006

Sharifah Aini

Datuk Sharifah Aini (lahir 2 Julai 1953) adalah seorang penyanyi tersohor yang dikenali sebagai Biduanita Negara di Malaysia. Beliau adalah artis yang terkenal semenjak era 1970-an lagi, sebelum kehadiran Sudirman Hj Arshad dan Datuk Siti Nurhaliza.

Biografi

Sharifah Aini dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya, dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya.

Pembabitan awal

Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968. Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album pertamanya yang berjudul Seri Dewi Malam telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu.

Kejayaan bidang diceburi

Setelah menjadi artis rakaman, Sharifah telah banyak menyanyikan pelbagai lagu dan menghasilkan hampir 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, nama beliau juga tersohor di beberapa negara serantau di Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Sharifah juga banyak mengadakan persembahan dan mengadakan beberapa konsert besar di beberapa negara di Asia dan Timur Tengah seperti Kuwait. Beliau juga mempunyai peminat dari pelbagai golongan bangsa dan umur. Pada tahun 1976, beliau menyanyikan duet dengan Broery Marantika, artis terkenal Indonesia. Lagu duet mereka, iaitu Seiring Dan Sejalan telah menjadi siulan peminat di Malaysia dan Indonesia sekaligus melonjakkan namanya dalam industri muzik tanah air. Setelah melebihi 30 tahun dalam bidang hiburan, beliau telah melebarkan sayap dalam bidang perniagaan.

Syarifah menubuhkan syarikat Pods And Pedal Giftlab pada tahun 2002. Pada tahun 2003, beliau dianugerahkan Pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di-Pertuan Agong. Sehingga kini, beliau sentiasa dihormati, disanjungi dan disenangi oleh masyarakat, meskipun dilanda pelbagai kontroversi sebagai anak seni. Kedudukan beliau sebagai "Biduanita Negara" dengan suara yang unik amat sukar digugat oleh mana-mana artis, baik yang lama mahupun yang baru setakat ini.

Kes memfitnah Siti Nurhaliza

Pada tahun 2004, Sharifah Aini dituduh memfitnah penyanyi popular Siti Nurhaliza. Beliau didakwa menyiarkan beberapa tuduhan tertentu yang memfitnah Siti Nurhaliza melalui emel kepada adik angkatnya Ahmad Shaharil Jamaluddin, pensyarah di sebuah kolej di Pulau Pinang, pada 24 Ogos 2004.

Lagu

  • Siring Dan Sejalan - duet bersama Breory Marantika
  • Hapuslah Air Matamu
  • Bunga Tanjung
  • Jalak Lenteng
  • Maafkanlah
  • Yayadan
  • Seksa
  • Dondang Sayang
  • Sri Mersing