Kesultanan Riau-Lingga: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amirulmukminin (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Amirulmukminin (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
'''Kesultanan Lingga-Riau''' ialah sebuah [[kerajaan]] [[Islam]] di [[Kepulauan Lingga]], [[Riau]], [[Indonesia]] yang merupakan pecahan daripada [[Kesultanan Johor]]. Kesultanan ini dibentuk berdasarkan perjanjian antara [[United Kingdom]] dan [[Belanda]] pada tahun [[1824]], dengan [[Sultan Abdul Rahman I Muadzam Shah]] sebagai sultan pertamanya. Kesultanan ini dihapuskan oleh pemerintah kolonial Belanda pada [[3 Februari]] [[1911]].
'''Kesultanan Lingga-Riau''' ialah sebuah [[kerajaan]] [[Islam]] di [[Kepulauan Lingga]], [[Riau]], [[Indonesia]] yang merupakan pecahan daripada [[Kesultanan Johor]]. Kesultanan ini dibentuk berdasarkan perjanjian antara [[United Kingdom]] dan [[Belanda]] pada tahun [[1824]], dengan [[Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah]] sebagai sultan pertamanya. Kesultanan ini dihapuskan oleh pemerintah kolonial Belanda pada [[3 Februari]] [[1911]].


Kesultanan Lingga-Riau memainkan peranan yang penting dalam perkembangan [[bahasa Melayu]] sehingga menjadi bentuk [[bahasa Indonesia]] kini. Pada masa kesultanan ini, bahasa Melayu menjadi sebuah bahasa baku yang kaya dengan [[kesusasteraan]] serta memiliki [[kamus]] ekabahasa sendiri dan sejajar dengan bahasa-bahasa lain yang besar di dunia. Tokoh besar di belakang perkembangan pesat bahasa Melayu ini adalah [[Raja Ali Haji]], seorang [[pujangga]] dan [[ahli sejarah]] yang berketurunan [[Melayu]]-[[Bugis]].
Kesultanan Lingga-Riau memainkan peranan yang penting dalam perkembangan [[bahasa Melayu]] sehingga menjadi bentuk [[bahasa Indonesia]] kini. Pada masa kesultanan ini, bahasa Melayu menjadi sebuah bahasa baku yang kaya dengan [[kesusasteraan]] serta memiliki [[kamus]] ekabahasa sendiri dan sejajar dengan bahasa-bahasa lain yang besar di dunia. Tokoh besar di belakang perkembangan pesat bahasa Melayu ini adalah [[Raja Ali Haji]], seorang [[pujangga]] dan [[ahli sejarah]] yang berketurunan [[Melayu]]-[[Bugis]].

Semakan pada 15:16, 10 Ogos 2011

Kesultanan Lingga-Riau ialah sebuah kerajaan Islam di Kepulauan Lingga, Riau, Indonesia yang merupakan pecahan daripada Kesultanan Johor. Kesultanan ini dibentuk berdasarkan perjanjian antara United Kingdom dan Belanda pada tahun 1824, dengan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah sebagai sultan pertamanya. Kesultanan ini dihapuskan oleh pemerintah kolonial Belanda pada 3 Februari 1911.

Kesultanan Lingga-Riau memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bahasa Melayu sehingga menjadi bentuk bahasa Indonesia kini. Pada masa kesultanan ini, bahasa Melayu menjadi sebuah bahasa baku yang kaya dengan kesusasteraan serta memiliki kamus ekabahasa sendiri dan sejajar dengan bahasa-bahasa lain yang besar di dunia. Tokoh besar di belakang perkembangan pesat bahasa Melayu ini adalah Raja Ali Haji, seorang pujangga dan ahli sejarah yang berketurunan Melayu-Bugis.

Sejarah

Riau-Lingga pada awalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Melaka, dan kemudian Kesultanan Johor-Riau. Pada 1812 Sultan Mahmud Shah III wafat tanpa pewaris. Dalam sengketa yang timbul Inggeris mendukung putera tertua, Tengku Hussain, sedangkan Belanda mendukung adik tirinya, Tengku Abdul Rahman. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 membahagi Kesultanan Johor-Riau menjadi dua: Johor berada di bawah pengaruh Inggeris sedangkan Riau-Lingga berada di dalam pengaruh Belanda. Tengku Abdul Rahman ditabalkan menjadi raja Riau-Lingga dengan gelar Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah.

Pada 7 Oktober 1857 pemerintah Hindia-Belanda menurunkan Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dari takhtanya. Pada saat itu Sultan sedang berada di Singapura. Sebagai penggantinya diangkat bapa saudaranya, yang menjadi raja dengan gelar Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah.

Jawatan (Yang Dipertuan Muda) yang biasanya dipegang oleh bangsawan keturunan Bugis disatukan dengan jabatan raja oleh Sultan Abdul Rahman II pada 1899. Karena tidak ingin menandatangani kontrak yang membatasi kekuasaannya Sultan Abdul Rahman II meninggalkan Pulau Penyengat dan hijrah ke Singapura. Pemerintah Hindia Belanda menurunkan Sultan Abdul Rahman II dari takhtanya in absentia 3 Februari 1911, dan resmi memerintah sehingga tahun 1913.

Senarai sultan

  1. Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (18181832)
  2. Sultan Muhammad II Muazzam Shah (18321835)
  3. Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah (18351857)
  4. Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah (18571883)
  5. Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah (18831911)

Lihat juga

Pautan luar