Sabah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MerlIwBot (bincang | sumb.)
k bot membuang: nap:Sabah (deleted)
Amirobot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: eo:Sabaho
Baris 131: Baris 131:
[[en:Sabah]]
[[en:Sabah]]
[[es:Sabah]]
[[es:Sabah]]
[[eo:Sabaho]]
[[fa:صباح]]
[[fa:صباح]]
[[fr:Sabah]]
[[fr:Sabah]]

Semakan pada 08:43, 12 Ogos 2011

Koordinat: 5°15′N 117°0′E / 5.250°N 117.000°E / 5.250; 117.000

Negeri di Malaysia
نڬري دمليسيا
Sabah
سابه
Bendera Sabah Lambang Sabah
Bendera Lambang
Cogan kata: Sabah Maju Jaya
Lagu negeri: Sabah Tanahairku
Lokasi Sabah
Lokasi Sabah
Ibu negeri Kota Kinabalu
Bahasa utama {{{loghat bahasa}}}
Parti memerintah Barisan Nasional
 - Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin
 - Ketua Menteri Musa Aman
Sejarah  
 - Di bawah Kesultanan Brunei dan Sulu Abad ke-19 
 - British North Borneo 1882 
 - Pendudukan Jepun 1941-1945 
 - Pengaruh British 1946 
 - Pertumbuhan Persekutuan Malaysia 1963[1][2][3] 
Keluasan
 - Jumlah 76,115 km²
Populasi
 - Anggaran 2010 3,271,921
 - Kepadatan 43/km²
Kod panggilan kebangsaan 087a
088b
089c
Poskod kebangsaan 87xxx, 88xxx, 89xxx
Huruf pertama plat kenderaan SA1
SB2
SD3
SK4
SS5
ST6
SU7
SG8
Laman sesawang: http://www.sabah.gov.my
a Untuk Daerah Dalaman
b Untuk Kota Kinabalu & Kudat
c Untuk Lahad Datu, Sandakan & Tawau
1 Kota Kinabalu & Kota Belud
2 Beaufort, Sabah
3 Lahad Datu
4 Kudat
5 Sandakan
6 Tawau
7 Keningau
8 Kenderaan Kerajaan Negeri Sabah

Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo (lihat peta) dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak.

Sabah juga dikenali sebagai 'Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri tersebut yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.

Etimologi

Asal-usul nama ‘Sabah’ diperolehi daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai ‘pisang saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.

Menurut legenda dari masyarakat Bajau di Ѕabah, perkataan SABAH mula-mula digunakan oleh masyarakat Вajau di sekitar antara pesisir pantai barat dan pantai timur Ѕabah hinggalah ke kepulauan Ѕulu pada zaman dahulu dan telah mengambil keputusan untuk menetap di tempat tersebut iaitu Ѕabah dan enggan kembali ke Ѕulu apabila pertahanan dan tentera Кerajaan Ѕulu di Tawi-Tawi yang merupakan Pusat Pertahanan Terakhir Kerajaan Sulu telah mengalami kekalahan di tangan tentera Sepanyol yang ketika itu sedang berperang dengan Кerajaan Sulu dengan bantuan tentera British dan Kerajaan Brunei.Datu Paduka Mat Salleh pahlawan Sabah terbilang bersama-sama dengan pengikutnya yang terdiri daripada pahlawan-pahlawan Bajau ,Ѕuluk dan Irranun telah mendarat di Kinabatangan. Sewaktu sampai di Kinabatangan mereka telah menjumpai pohon-pohon pisang yang tumbuh subur di kawasan Sungai Kinabatangan. Mereka tidak mengetahui nama sebenar dan jenis pokok pisang yang mempunyai buah yang bersegi-segi dan agak besar itu.Dalam bahasa Bajau di Ѕabah, buah pisang disebut sebagai Sabbah atau Sappah. Mereka seringkali menyebut dan menamakan tempat yang mula-mula mereka tempat itu sebagai Sabah dan nama itu terus digunakan dalam bahasa harian mereka sehingga ia digunakan untuk merujuk negeri yang ada pada masa sekarang.

Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Pendek kata, nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi.

Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Ibu negeri Sabah yang pertama ialah Kudat ( 1881 ). Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.[4][5]

Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah (Brunei)ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.

Masyarakat Dusun turut mempunyai versi cerita mengenai nama Sabah iaitu diperolehi daripada perkataan 'sawa' atau 'sava' id siba do tongus' bermaksud kawasan hilir yang kerap berangin merujuk kepada kawasan Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan pantai. Panggilan ini masih digunakan oleh masyarakat Dusun merujuk kepada perkampungan di hilir sungai.

Geografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Sabah

Sabah terdiri daripada 6 daerah pentadbiran atau Bahagian, yang dahulu dikenali sebagai "Residensi" iaitu:

Bandar-bandar utama di Sabah adalah Kota Kinabalu (ibu negeri), Kudat, Keningau, Papar, Sipitang, Tuaran, Penampang, Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau.

Penduduk Sabah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, di mana kumpulan etnik terbesar adalah kaum Kadazandusun (satu pertiga) dan diikuti oleh Bajau,Мurut, dan kaum-kaum minoriti lain.

Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu, namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Ιnggeris , dan bahasa ibunda mereka masing-masing. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).

Sabah adalah satu kawasan yang berbukit bukau. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah pada ketinggian 4,095 meter.

Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Sabah

Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881Dari Kesultanan Sulu dan telah menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888. Walaubagaimanapun hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan ia menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga merdeka pada 31 August 1963. Negeri-negeri Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, dan Singapura menyatukan Malaysia pada 16 September 1963.

Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton.

Kerajaan negeri

Negeri Sabah ditadbiri oleh Dewan Undangan Negeri dan Jemaah Menteri / Kabinet Negeri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Kabinet Negeri bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai Ahli Dewan Undangan Negeri (60 kawasan) yang dipilih rakyat melalui Pilihanraya Umum setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan.

Politik

Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Sabah

Ekonomi dan budaya

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Sabah dan Budaya di Sabah

Pada 1970, Sabah merupakan negeri yang kedua terkaya di Malaysia, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita di belakang Selangor (termasuk Kuala Lumpur). Walaupun ia kaya dengan sumber semula jadi, kini Sabah adalah negeri yang termiskin di kalangan negeri-negeri Malaysia. Pendapatan puratanya pada sekarang adalah di kalangan negeri Malaysia yang paling rendah, sedangkan kos sara hidupnya lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia.

Pada 2000, kadar pengangguran Sabah ialah 5.6 peratus, yakni yang tertinggi di Malaysia dan merupakan dua kali ganda purata nasional sebanyak 3.1 peratus. Tahap kemiskinannya sebanyak 16 peratus merupakan tahap yang tertinggi di Malaysia, yakni lebih daripada tiga kali purata nasional. Sebahagian daripada masalahnya ialah pembahagian kekayaan yang tidak saksama.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "No.10760: Agreement relating to Malaysia" (pdf). United Nations Treaty Collection. United Nations. 1963. Dicapai pada 2010-07-29. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ United Nations list of Non-Self-Governing Territories, North Borneo and Sarawak
  3. ^ Ahli Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
  4. ^ United Nations Treaty Series No. 8029, Manila Accord between Philippnes, Federation of Malaya and Iindonesia (31 JULY 1963)
  5. ^ United Nations Treaty Series No. 8809, Agreement relating to the implementation of the Manila Accord

Pautan luar