Perbezaan antara semakan "Kee Abdullah"

Jump to navigation Jump to search
24 bait ditambah ,  9 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
(Mencipta laman baru dengan kandungan 'Nama beliau sebenarnya ialah Kee Kim Swee. Berketurunan Sino Dusun dan dilahirkan di pada tahun 1863. Ibu beliau bernama Kipas adalah berketurunan Dusun Tutung...')
 
Nama beliau sebenarnya ialah Kee Kim Swee. Berketurunan Sino Dusun dan dilahirkan di pada tahun 1863. Ibu beliau bernama Kipas adalah berketurunan Dusun Tutung. Walau bagaimanapun beliau pernah dipelihara sebagai anak angkat oleh seorang nelayan berbangsa Melayu Suluk benamabeRnama Ibrahim yang menyelamatkan beliau ketika hanyut dan kapal yang dinaiki beliau karam dalam pelayaran di perairan berdekatan Kudat. Ketika beliau berumur 31 tahun, beliau memulakan kerjaya beliau di dalam jabatan kerajaan sebagai kerani di Sandakan dan kemudiannya ditugaskan di Silam.
 
Oleh kerana latar pendidikan beliau yang baik dan mempunyai kemahiran kerja yang tinggi, beliau diberi kepercayaan oleh Pegawai Daerah Inggeris di Lahad Datu, Alexander Rankin Dunlop untuk ditugaskan di Tawau pada 16 Oktober 1894 sebagai wakil beliau merangkap jawatan Pemeriksa Kastam dan Pemungut Hasil. Antara tugas utama beliau sebagai wakil kerajaan Inggeris ialah membuat pungutan Cukai Diri ( Poll Tax ) bernilai $1 setiap penduduk. Tidak lama selepas itu, Alexander Dunlop juga berpindah ke Tawau dan menjawat jawatan sebagai Residen Tawau yang pertama dan bertugas bersama sama Kee Abdullah di pejabat Residen.
 
Selama beliau bertugas di Tawau, beliau menjalankan tanggungjawab dengan mesra dan ini menjadikan hubungan beliau dengan masyarakat setempat khususnya masyarakat Melayu sangat erat. Akhirnya beliau mendirikan rumahtangga dengan gadis tempatan berketurunan Melayu Suluk bernama Jumatiah binti Ami Maiden dan dikurniakan beberapa orang cahaya mata yang antaranya merupakan pemimpin yang berjasa dan disegani di Tawau seperti OKK Abu Bakar atau Penghulu Abu Bakar.
Jika anak beliau, Penghulu Abu Bakar adalah pemimpin Melayu yang berjasa dan disayangi ketika era Pendudukan Jepun, Kee Abdullah pula antara pemimpin Melayu yang berjasa ketika awal pemerintahan Kerajaan British di Tawau. Sebelum bertugas di Tawau, beliau telah mendapat pendidikan yang tinggi dan berjawatan dalam kerajaan. Dengan latar belakang pendidikan dan pengetahuan yang luas serta mampu bertutur dengan bahasa Inggeris dengan baik selain mampu berkomunikasi dengan mesra dengan masyakat Melayu tempatan, kehadiran beliau sangat diperlukan oleh kerajaan Inggeris juga oleh masyarakat Melayu tempatan sendiri.
 
Oleh itu semasa masih muda dan baru memulakan tugas beliau, beliau bukan sahaja bertugas untuk memungut hasil kewangan malahan juga diberi berurusan dengan masyarakat tempatan untuk memahami permasalahan mereka dan bergaul rapat dengan mereka. Setelah berpuluhan tahun bersama masyarakat tempatan yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, beliau dianggap seorang pemimpin yang menjadi harapan untuk membantu bangsanya yang serba kedaifan dari segi ekonomi dan taraf pendidikan ketika itu. Pengetahuan beliau yang meluas melalui pengalaman bekerja bersama bangsa Inggeris digunakan sebaik baiknya untuk berbakti kepada anak bangsa di Tawau ini. Beliau bukan sahaja berusaha melalui kerjasama yang baik dengan kerajaan Inggeris untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat melalui kegiatan ekonomi dan pendidikan. Beliau juga menjadi mata dan telinga kerajaan untuk melihat permasalahan rakyat manakala di pihak masyarakat , beliau menjadi suara hati mereka untuk menyampaikan keluhan dan rintihan masyarakat yang daif dan serba kemiskinan untuk didengar pihak kerajaan.
 
 
Pengguna awanama

Menu pandu arah