Gunung: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: am:ተራራ, ta:மலை
FoxBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: za:Bya
Baris 132: Baris 132:
[[uk:Гора]]
[[uk:Гора]]
[[ur:پہاڑ]]
[[ur:پہاڑ]]
[[za:Bya]]
[[zh-classical:山]]
[[zh-classical:山]]
[[war:Bukid]]
[[war:Bukid]]

Semakan pada 14:58, 9 September 2011

Fail:Rockies USA1.jpg
Sebahagian banjaran Rocky di Colorado

Gunung berupakan bentuk muka bumi yang menonjol daripada rupa bumi di sekitar. Gunung biasanya lebih tinggi dan curam berbanding bukit. Gunung dan banjaran gunung terbentuk disebabkan pergerakan kerak bumi yang bertembung. Sekiranya kedua-dua kerak bumi menjulang naik, banjaran gunung terhasil, sebaliknya sekiranya salah satu kerak bumi terlipat bawah kerak yang lain, gunung berapi terhasil.

Banjaran gunung boleh memberi kesan kepada cuaca kerana mereka menjadi halangan kepada pergerakan awan. Banjaran gunung Alps merupakan banjaran gunung yang terbesar di eropah dianggap masih muda. Ini dibuktikan oleh puncak dan rabung gunung yang tajam dan masih belum terhakis menjadi tumpul oleh tindakan cuaca, air, dan angin.

Gunung meliputi 54% kawasan Asia, 36% Amerika utara, 25% Eropah, 22% Amerika Selatan, 17% Australia dan 3% Afrika. Secara keseluruhan, 24% dari daratan di Bumi terdiri dari banjaran gunung. Selain itu, 1 dalam 10 orang tinggal di kawasan pergunungan. Semua sungai utama di dunia bermula dari gunung, dan lebih separuh manusia bergantung kepada gunung untuk air [1][2]. Gunung yang diiktiraf sebagai gunung tertinggi di dunia adalah Gunung Everest.

Tinggi gunung pada umumnya diukur dari ars laut, dengan itu menjadikan gunung Everest 8,848 meter (29,028 kaki) tertingi di dunia. Sekiranya ukuran ketinggian gunung di ambil dari kaki gunung hingga ke puncak, gunung Mauna Kea di Hawai yang berdiri 10,203 meter (33,476 kaki) dari dasar lautan Pasifik adalah tertinggi di dunia. Cara mengukur ketiga adalah dari pusat bumi hingga ke puncak, menjadikan gunung Chimborazo di banjaran Andes sebagai tertinggi.[3]


Senarai gunung

Rujukan

  1. ^ "International Year of Freshwater 2003". Dicapai pada 2006-12-07.
  2. ^ "The Mountain Institute". Dicapai pada 2006-12-07.
  3. ^ Height of the Tallest Mountain on Earth.

Pautan luar