Kangchenjunga: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HRoestBot (bincang | sumb.)
k r2.6.5) (bot menambah: jv:Kangchenjunga
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: el:Κανγκτσενγιούνγκα
Baris 58: Baris 58:
[[de:Kangchendzönga]]
[[de:Kangchendzönga]]
[[et:Kanchenjunga]]
[[et:Kanchenjunga]]
[[el:Κανγκτσενγιούνγκα]]
[[en:Kangchenjunga]]
[[en:Kangchenjunga]]
[[es:Kanchenjunga]]
[[es:Kanchenjunga]]

Semakan pada 22:59, 14 September 2011

Kangchenjunga
Ketinggian8,586 meter (28,169 ka)
Tonjolan3,922 meter (12,867 ka)
Pengasingan124 kilometer (77 bt)

Kangchenjunga (Nepali: कञ्चनजङ्घा Kanchanjaŋghā) SewaLungma (Limbu) ialah gunung ke-3 tertinggi di dunia selepas Gunung Everest dan K2) dengan ketinggian 8,586 meter (28,169 kaki). Gunung ini juga merupakan gunung ke-2 tertinggi di Nepal. Kangchenjunga bererti "Lima Harta Karun Salji, kerana ia terdiri dari 5 puncak, empat di antaranya mencapai lebih dari 8,450 meter. Harta karun itu melambangkan 5 benda milik dewa iaitu emas, perak, permata, bijian dan kitab suci. Kangchenjunga disebut Sewalungma dalam bahasa Limbu dan dianggap suci dalam tradisi agama Kirant. Tiga dari 5 puncaknya (utama, tengah, dan selatan) membatasi wilayah Sikkim Utara daerah Sikkim, India dan Daerah Taplejung di Nepal, manakala 2 yang lain berada di Daerah Taplejung. Selain itu wilayah ini juga dijadikan Kangchenjunga Conservation Area Project oleh Tabung Alam Sedunia [1] [2] [3] [4] [5], yang melindungi Panda Merah, burung, dan tanaman khas Nepal. Bahagian India juga memiliki wilayah yang dilindungi dalam Taman Nasional Khangchendzonga.

Nama-nama puncak:

Nama puncak Tinggi (m) Tinggi (ka)
Kangchenjunga Utama 8,586 28,169
Kangchenjunga Barat (Yalung Kang) 8,505 27,904
Kangchenjunga Tengah 8,482 27,828
Kangchenjunga Selatan 8,494 27,867
Kangbachen 7,903 25,925

Rujukan

  1. ^ Angka mengenai ketinggian tepat Kangchenjunga beragam. Ketinggian 8,598 meter (28,209 ka) dan 8,586 m (28,169 ka) sering diberikan. Paada peta rasmi Nepal 1:50.000, tinggi yang lebih rendah diberikan, oleh itu turut digunakan di sini.
  2. ^ Puncak tertinggi berada di perbatasan India dan Nepal. Lihat peta ini.

Pautan luar