14 Mac: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k r2.6.4) (bot menambah: kv:14 рака, xmf:14 მელახი |
Dinamik-bot (bincang | sumb.) k r2.6.5) (bot mengubah: sh:14. 3. |
||
Baris 38: | Baris 38: | ||
[[Kategori:Hari dalam tahun]] |
[[Kategori:Hari dalam tahun]] |
||
⚫ | |||
[[af:14 Maart]] |
[[af:14 Maart]] |
||
Baris 123: | Baris 125: | ||
[[ml:മാർച്ച് 14]] |
[[ml:മാർച്ച് 14]] |
||
[[mr:मार्च १४]] |
[[mr:मार्च १४]] |
||
⚫ | |||
[[arz:14 مارس]] |
[[arz:14 مارس]] |
||
[[mn:3 сарын 14]] |
[[mn:3 сарын 14]] |
||
Baris 160: | Baris 161: | ||
[[ckb:١٤ی ئازار]] |
[[ckb:١٤ی ئازار]] |
||
[[sr:14. март]] |
[[sr:14. март]] |
||
[[sh:14.3.]] |
[[sh:14. 3.]] |
||
[[fi:14. maaliskuuta]] |
[[fi:14. maaliskuuta]] |
||
[[sv:14 mars]] |
[[sv:14 mars]] |
Semakan pada 17:55, 21 September 2011
<< | Mac | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2024 |
14 Mac merupakan hari ke-73 (hari ke-74 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 292 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Tahun Baru dalam takwim Nanakshahi Sikh
- Hari Putih di Jepun
- Hari Pi.
Hari ini merupakan "Hari Pi" kerana ditulis sebagai 3-14 dalam format tarikh Amerika Syarikat, iaitu anggaran tiga angka bagi nombor π: 3.14. Ia biasa dirayakan pada pukul 1.59 petang (untuk mengiktirafkan anggaran enam angka: 3.14159). Walau bagaimanapun, sebahagian orang yang menggunakan jam 24-jam telah mengatakan bahawa 1.59 petang merupakan 13:59 dan sebagai ganti, merayakannya pada pukul 1:59 pagi ataupun 3:09 petang (15:09). Parti-parti biasanya diadakan oleh Bahagian Matematik di pelbagai sekolah di seluruh dunia.
Peristiwa
- 1489 – Ratu Cyprus, Catherine Cornaro, menjual negaranya kepada Venice.
- 1590 - Perang Agama Perancis: Henry dari Navarre dan Huguenot menewaskan dengan muktamad angkatan Liga Katolik pimpinan Duc de Mayenne dalam Pertempuran Ivry.
- 1757 - Laksamana Tentera Laut Diraja British John Byng ditembak sampai mati kerana melanggar Undang-Undang Angkatan Tentera pada permulaan Perang Tujuh Tahun.
- 1794 - Eli Whitney (gambar) mempatenkan mesin busar kapas, mesin yang mengasingkan kapas daripada bijinya.
- 1915 – Perang Dunia Pertama: Setelah berundur dari Pertempuran Kepulauan Falkland lalu dikepung oleh tentera laut British di pesisiran pantai Chile, kapal penjajap ringan Jerman SMS Dresden dikosongkan lalu ditenggelamkan oleh kakitangannya.
- 1939 – Slovakia mengisytiharkan kemerdekaan atas tekanan Jerman.
- 1942 – Orvan Hess dan John Bumstead menjadi tokoh pertama di dunia yang berjaya merawat seorang pesakit, iaitu Anne Miller, dengan penisilin.
- 1951 – Perang Korea: Buat kali kedua, angkatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menawan semula Seoul.
- 1967 – Jenazah Presiden John F. Kennedy dipindahkan ke tempat pengebumian kekalnya di Arlington National Cemetery.
- 1978 – Angkatan Pertahanan Israel menyerang lalu menduduki Lubnan, melalui Operasi Litani.
- 1984 - Ketua Sinn Féin Gerry Adams cedera parah dalam satu cubaan bunuh di pusat Belfast, Ireland Utara.
- 1991 - "Birmingham Enam" yang salah disabitkan kerana pengeboman kedai minuman keras di Birmingham, England, dibebaskan selepas 16 tahun dalam penjara.
- 1994 - Versi 1.0.0 inti Linux dikeluarkan, kini menjadi antara contoh ketara perisian sumber terbuka.
- 1995 – Norman Thagard menjadi angkasawan Amerika Syarikat pertama yang menaiki sebuah kenderaan pelancar Rusia.
- 1998 – Sebuah gempa bumi berukuran 6.9 dalam skala Richter melanda Iran tenggara.
- 2005 – Revolusi Araz, yang menyaksikan ratus-ribuan warga Lubnan mengisi jalanan Beirut untuk menunjuk perasaan menentang kehadiran tentera Syria dalam Lubnan serta menentang kerajaan.
Kelahiran
- 1879: Albert Einstein (meninggal: 18 April 1955).