Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Babyduck85 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8: Baris 8:
==Sejarah==
==Sejarah==


===Solferino, Henry Dunant dan penubuhan ICRC===
===Solferino, Henry Dunant dan Penubuhan ICRC===


[[Image:Henry Dunant-young.jpg|thumb|upright|Henry Dunant, penulis “A Memory of Solferino.]]
[[Image:Henry Dunant-young.jpg|thumb|upright|Henry Dunant, penulis “A Memory of Solferino.]]
Baris 113: Baris 113:




==Taraf undang-undang==
==Taraf Undang-undang==


ICRC merupakan satu-satunya pertubuhan yang dinamakan secara tersurat di bawah Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) sebagai pihak berkuasa pengawal. Mandat undang-undang ICRC berpunca daripada empat Konvensyen Geneva tahun 1949, serta Statut-statutnya sendiri. ICRC juga menjalankan tugas-tugas yang tidak dimandat secara khusus di bawah undang-undang, seperti melawat tawanan-tawanan politik di luar konflik dan menyediakan bantuan semasa bencana alam.
ICRC merupakan satu-satunya pertubuhan yang dinamakan secara tersurat di bawah Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) sebagai pihak berkuasa pengawal. Mandat undang-undang ICRC berpunca daripada empat Konvensyen Geneva tahun 1949, serta Statut-statutnya sendiri. ICRC juga menjalankan tugas-tugas yang tidak dimandat secara khusus di bawah undang-undang, seperti melawat tawanan-tawanan politik di luar konflik dan menyediakan bantuan semasa bencana alam.
Baris 122: Baris 122:




==Pembiayaan dan hal-hal kewangan==
==Pembiayaan dan Hal-hal Kewangan==


Belanjawan tahun 2010 ICRC berjumlah kira-kira 1156 juta Swiss franc. Semua bayaran kepada ICRC dibuat secara sukarela dan diterima sebagai derma berdasarkan dua jenis rayuan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa tersebut: Rayuan Ibu Pejabat tahunan untuk meliputi kos-kos dalaman dan Rayuan Kecemasan untuk misi-misi individu. Jumlah belanjawan bagi tahun 2009 terdiri daripada lebih kurang 996.9 juta Swiss Franc (85% daripada jumlah keseluruhan) untuk kerja lapangan dan 168.6 juta Swiss France (15%) bagi kos-kos dalaman. Dalam tahun 2009, belanjawan bagi kerja lapangan telah meningkat sebanyak 6.9% dan belanjawan dalaman sebanyak 4.4% berbanding dengan tahun 2008, disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam jumlah dan skop misi-misi di Afrika yang melebihi purata.
Belanjawan tahun 2010 ICRC berjumlah kira-kira 1156 juta Swiss franc. Semua bayaran kepada ICRC dibuat secara sukarela dan diterima sebagai derma berdasarkan dua jenis rayuan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa tersebut: Rayuan Ibu Pejabat tahunan untuk meliputi kos-kos dalaman dan Rayuan Kecemasan untuk misi-misi individu. Jumlah belanjawan bagi tahun 2009 terdiri daripada lebih kurang 996.9 juta Swiss Franc (85% daripada jumlah keseluruhan) untuk kerja lapangan dan 168.6 juta Swiss France (15%) bagi kos-kos dalaman. Dalam tahun 2009, belanjawan bagi kerja lapangan telah meningkat sebanyak 6.9% dan belanjawan dalaman sebanyak 4.4% berbanding dengan tahun 2008, disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam jumlah dan skop misi-misi di Afrika yang melebihi purata.

Semakan pada 07:06, 23 September 2011

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) adalah institusi kemanusiaan persendirian yang bertapak di Geneva, Switzerland. Negara-negara yang menandatangani keempat-empat Konvensyen Geneva bertahun 1949 dan juga Protokol-protokol Tambahan berkaitan tahun 1977 dan 2005, telah memberi mandat kepada ICRC untuk melindungi mangsa-mangsa konflik bersenjata antarabangsa serta dalam negeri. Mangsa-mangsa tersebut termasuk mangsa kecederaan perang, tawanan, pelarian, orang awam serta mangsa lain yang tidak turut berperang.

ICRC ialah sebahagian daripada Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah bersama dengan Persekutuan Antarabangsa dan 186 Persatuan Kebangsaan. Ianya adalah pertubuhan yang tertua dan paling dihormati di dalam Pergerakan tersebut dan juga merupakan salah satu daripada pertubuhan yang paling diiktiraf di dunia, setelah memenangi tiga Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1917, 1944 dan 1963.

Sejarah

Solferino, Henry Dunant dan Penubuhan ICRC

Henry Dunant, penulis “A Memory of Solferino.

Sehingga pertengahan abad ke-19, sistem kejururawatan tentera yang teratur dan tetap untuk mangsa perang tidak wujud dan tiada pertubuhan yang selamat dan terlindung untuk menampung dan merawat mangsa yang cedera di medan perang. Dalam bulan Jun 1859, ahli perniagaan berbangsa Switzerland Henry Dunant sedang dalam perjalanan ke Italy dan apabila tiba di pekan kecil Solferino, beliau menyaksikan Pertempuran Solferino, sebahagian daripada Peperangan Austro-Sardinia.

Dalam masa sehari sahaja, seramai 40,000 orang askar daripada kedua-dua pihak telah terkorban ataupun dibiarkan sahaja cedera di medan perang. Dunant terkejut melihat akibat dahsyat pertempuran tersebut, kesengsaraan askar yang cedera, serta kekurangan rawatan perubatan dan penjagaan asas yang hampir tidak wujud. Beliau meninggalkan dengan sepenuhnya tujuan asal perjalanannya dan menumpukan sepenuh perhatiannya untuk membantu dalam rawatan dan penjagaan mereka yang cedera. Beliau telah menguruskan bantuan pertolongan dengan merangsangkan penduduk tempatan untuk membantu tanpa diskriminasi.

Setelah pulang ke rumah beliau di Geneva, beliau telah menulis buku bertajuk A Memory of Solferino (Kenangan Solferino) yang telah diterbitkan dengan menggunakan wangnya sendiri pada tahun 1862. Beliau menghantar salinan-salinan kepada tokoh-tokoh utama politik dan tentera di serata Eropah. Di samping itu, beliau menggalakkan penubuhan organisasi-organisasi bantuan sukarela kebangsaan untuk menolong merawat askar-askar cedera dalam masa peperangan. Beliau juga menyeru untuk perkembangan triti-triti antarabangsa untuk menjamin keberkecualian dan perlindungan untuk mereka yang cedera di medang perang serta ahli-ahli perubatan dan hospital medan perang.

Pada tahun 1863 di Geneva, Henry Dunant telah menubuhkan "International Committee for Relief to the Wounded" (Jawatankuasa Antarabangsa untuk Bantuan kepada Orang Cedera). Dalam bulan Oktober, persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh jawatankuasa tersebut telah diadakan di Geneva untuk menghasilkan langkah-langkah yang mungkin untuk memperbaiki rawatan perubatan di medan perang. Di antara cadangan-cadangan yang termaktub di dalam resolusi muktamad persidangan tersebut, yang diterima pakai pada Oktober 29, 1863, adalah:

  • Penubuhan persatuan-persatuan bantuan kebangsaan untuk askar cedera;
  • Keberkecualian dan perlindungan untuk askar cedera;
  • Penggunaan angkatan sukarelawan untuk bantuan pertolongan di medan perang;
  • Penganjuran persidangan-persidangan tambahan untuk menggubal konsep-konsep tersebut ke dalam triti-triti antarabangsa yang sah di sisi undang-undang;
  • Pengenalan lambang perlindungan umum yang tersendiri untuk kakitangan perubatan di medan perang, yakni gelang lengan putih bercorak palang merah.

Setahun kemudian, kerajaan Switzerland mempelawa kerajaan-kerajaan kesemua negara Eropah, serta Amerika Syarikat, Brazil, dan Mexico, untuk menghadiri suatu persidangan diplomatik rasmi. Sebanyak enam belas buah negara telah menghantar seramai dua puluh enam orang perwakilan ke Geneva. Pada 22 haribulan Ogos, 1864, persidangan tersebut telah menerima pakai Konvensyen Geneva pertama "for the Amelioration of the Condition of the Wounded in Armies in the Field" (demi Memperbaiki Keadaan Orang Cedera dalam Angkatan Tentera di Medan Perang). Konvensyen tersebut mengandungi sepuluh perkara, yang telah menetapkan buat pertama kalinya rukun-rukun yang sah di sisi undang-undang yang menjamin keberkecualian dan perlindungan bagi askar-askar yang cedera, kakitangan perubatan di medan perang, dan institusi-institusi kemanusiaan yang khusus di dalam konflik bersenjata. Tambahan lagi, konvensyen tersebut telah mentakrifkan dua keperluan khusus bagi pengiktirafan persatuan bantuan kebangsaan oleh Jawatankuasa Antarabangsa:

  • Persatuan kebangsaan tersebut perlu diiktiraf oleh kerajaan kebangsaannya sendiri sebagai persatuan bantuan mengikut konvensyen tersebut, dan
  • Kerajaan kebangsaan negara berkaitan mestilah negara yang telah menandatangani Konvensyen Geneva.

Dalam tahun-tahun berikutan, persatuan-persatuan kebangsaan telah ditubuhkan di hampir semua negara di Eropah. Pada tahun 1876, jawatankuasa tersebut telah menerima pakai nama "International Committee of the Red Cross" (Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah) (ICRC). Lebih banyak negara telah menandatangani Konvensyen Geneva dan mula menghormatinya dalam amalan ketika konflik bersenjata. Dalam masa yang singkat sahaja, Palang Merah telah meraih momentum yang besar sebagai pergerakan yang dihormati antarabangsa, dan persatuan-persatuan kebangsaan telah menjadi semakin popular sebagai tempat untuk membuat kerja sukarela.

Apabila Hadiah Nobel Keamanan yang pertama telah dianugerahkan pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel Norway telah memilih untuk menganugerahkan hadiah tersebut secara bersama kepada Henry Dunant dan Frederic Passy, seorang pencinta damai antarabangsa yang unggul.

Pada tahun 1906, Konvensyen Geneva 1864 telah disemak semula bagi kali pertama. Setahun kemudian, Konvensyen Hague X, yang telah diterima pakai di Persidangan Damai Antarabangsa Kedua di Hague, telah melanjutkan bidang kuasa Konvensyen Geneva kepada peperangan laut. Sejurus sebelum bermulanya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, dan 50 tahun selepas penubuhan ICRC dan penerimapakaian Konvensyen Geneva pertama, sudah terdapat 45 buah persatuan bantuan kebangsaan di seluruh dunia. Pergerakan tersebut telah memperluaskan dirinya ke luar Eropah dan Amerika Utara ke Amerika Tengah dan Selatan, Asia dan Afrika.


Perang Dunia I

Dengan tercetusnya Perang Dunia I, ICRC menghadapi cabaran yang hebat yang hanya mampu diharungi melalui kerjasama yang erat dengan persatuan-persatuan kebangsaan Palang Merah. Jururawat-jururawat Palang Merah dari serata dunia, termasuk Amerika Syarikat dan Jepun, datang membantu perkhidmatan perubatan angkatan-angkatan tentera negara-negara Eropah yang terlibat dalam perang tersebut. Apabila peperangan tercetus, ICRC menubuhkan "International Prisoners-of-War" ("POW") Agency (Agensi Tawanan Perang Antarabangsa), yang mempunyai seramai 1,200 ahli kakitangan yang kebanyakannya sukarelawan menjelang akhir tahun 1914.

Menjelang akhir peperangan, Agensi tersebut telah menyerahkan sebanyak lebih kurang 20 juta pucuk surat dan perutusan, 1.9 juta buah bungkusan, dan sumbangan kewangan berjumlah lebih kurang 18 juta Swiss franc kepada tawanan perang dari semua negara yang terlibat. Tambahan pula, hasil daripada usaha Agensi tersebut, seramai 200,000 orang tawanan telah ditukar di antara pihak-pihak yang berperang, dibebaskan daripada tahanan dan dikembalikan ke negara asal mereka. Kad indeks organisasi Agensi tersebut telah mencecah sebanyak 7 juta rekod dari tahun 1914 ke tahun 1923, dengan setiap kad mewakili seorang tahanan ataupun individu yang hilang. Kad indeks telah membolehkan pengenalan seramai lebih kurang 2 juta orang tawanan perang serta kemampuan untuk menghubungi keluarga mereka.

Semasa keseluruhan peperangan, ICRC memantau pematuhan pihak-pihak berperang dengan Konvensyen Geneva semakan 1907 dan mengemukakan aduan tentang pelanggaran kepada negara berkaitan. Apabila senjata kimia digunakan semasa peperangan ini bagi pertama kalinya dalam sejarah, ICRC telah membantah kuat menentang penggunaan jenis senjata yang baru ini. Walaupun tiada mandat daripada Konvensyen Geneva, ICRC cuba mengurangkan kesengsaraan penduduk awam. Dalam wilayah yang ditetapkan secara rasmi sebagai wilayah yang ditakluk, ICRC mampu membantu penduduk awam berdasarkan atas “Laws and Customs of War on Land” (Undang-undang dan Adat Peperangan di Darat) tahun 1907 yang ditetapkan oleh Konvensyen Hague. Konvensyen ini juga merupakan asas undang-undang untuk kerja ICRC dengan tawanan perang. Di samping kerja Agensi Tawanan Perang Antarabangsa yang disebut di atas, lawatan pemeriksaan ke kem-kem tawanan perang juga dikendalikan. Sebanyak 524 buah kem di seluruh Eropah telah dilawati oleh 41 orang perwakilan dari ICRC sehingga tamat peperangan.

Dari tahun 1916 hingga tahun 1918, ICRC telah menerbitkan beberapa poskad dengan gambar pemandangan dari kem-kem tawanan perang. Pemandangan tersebut menggambarkan tawanan-tawanan menjalankan aktiviti-aktiviti harian seperti pengedaran surat-surat dari rumah. Tujuan ICRC adalah untuk memberi sedikit sebanyak harapan serta ketenangan jiwa kepada anggota keluarga tawanan-tawanan dan juga untuk mengurangkan ketidakpastian mereka mengenai nasib orang-orang tersayang. Selepas tamat peperangan, ICRC telah mengatur penghantaran pulang seramai kira-kira 420,000 orang tawanan balik ke negara asal mereka. Pada tahun 1920, kerja penghantaran pulang telah diserahkan kepada League of Nations (Liga Bangsa-bangsa) yang baru ditubuhkan, yang telah seterusnya membentuk League of Nations “High Commissioner for Refugees” (Pesuruhjaya Tinggi Pelarian Liga Bangsa-bangsa).

Setahun sebelum tamat peperangan, ICRC menerima Hadiah Nobel Keamanan 1917 untuk kerja masa peperangannya yang cemerlang. Ini merupakan satu-satunya Hadiah Nobel Keamanan yang dianugerahkan dalam tempoh masa dari tahun 1914 sehingga tahun 1918. Pada tahun 1923, Jawatankuasa tersebut telah mengubahkan dasarnya mengenai pemilihan ahli-ahli baru. Sehingga masa itu, hanya warganegara-warganegara dari kota Geneva yang layak berkhidmat dalam Jawatankuasa tersebut. Had ini telah diperluaskan supaya merangkumi warganegara-warganegara Switzerland. Sebagai akibat langsung daripada Perang Dunia I, protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva telah diterima pakai pada tahun 1925 yang mengharamkan penggunaan gas-gas penyesak nafas atau beracun dan agen-agen biologi sebagai senjata. Peristiwa-peristiwa Perang Dunia I dan aktiviti-aktiviti ICRC masing-masing telah meningkatkan reputasi dan kuasa Jawatankuasa tersebut dengan ketara di kalangan masyarakat antarabangsa dan juga telah membawa kepada perluasan kecekapannya.

Seawal tahun 1934, suatu rangka cadangan untuk konvensyen tambahan bagi perlindungan penduduk awam ketika konflik bersenjata telah diterima pakai oleh Persidangan Antarabangsa Palang Merah. Malangnya, kebanyakan kerajaan tidak berminat untuk melaksanakan konvensyen ini, dan justeru itu ianya dihalang daripada mula berkuatkuasa sebelum permulaan Perang Dunia II.


Perang Dunia II

Asas undang-undang bagi kerja ICRC semasa Perang Dunia II merupakan Konvensyen Geneva semakan 1929. Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa adalah serupa seperti semasa Perang Dunia I dan menjelang akhir peperangan, 179 orang perwakilan telah menjalankan 12,750 lawatan ke kem-kem tawanan perang di 41 buah negara. Agensi Maklumat Pusat Tawanan-tawanan Perang mempunyai kakitangan seramai 3,000 orang, kad indeks yang mengesan tawanan-tawanan mengandungi sebanyak 45 juta kad, dan 120 juta perutusan telah diserahkan oleh Agensi tersebut. Satu halangan utama adalah bahawa Palang Merah Jerman yang dikawal Nazi enggan bekerjasama dengan ketetapan-ketetapan Geneva termasuk pelanggaran terang-terangan seperti deportasi orang-orang Yahudi dari Jerman dan pembunuhan beramai-ramai yang dijalankan di kem-kem konsentrasi yang dikendalikan oleh kerajaan Jerman. Tambahan pula, dua lagi pihak utama kepada konflik tersebut, iaitu Kesatuan Soviet dan Jepun, bukan negara yang menandatangani Konvensyen Geneva 1929 dan tidak diwajibkan di sisi undang-undang untuk mematuhi peraturan-peraturan konvensyen.

Semasa peperangan, ICRC gagal mencapai perjanjian dengan Jerman Nazi mengenai layanan terhadap tahanan-tahanan di kem-kem konsentrasi, dan ia akhirnya berhenti mengenakan tekanan demi untuk mengelakkan gangguan kepada kerjanya dengan tawanan perang. ICRC juga gagal bertindakbalas terhadap maklumat yang dapat dipercayai mengenai kem-kem penghapusan serta pembunuhan orang Yahudi Eropah secara beramai-ramai. Ini masih dianggap sebagai kegagalan terbesar dalam sejarah ICRC. Selepas November 1943, ICRC telah diberi kebenaran untuk menghantar bungkusan-bungkusan kepada tahanan-tahanan di kem konsentrasi yang mempunyai nama dan lokasi yang dapat dikenalpasti.

Satu lagi contoh semangat kemanusiaan yang unggul adalah Friedrich Born (1903-1963), seorang perwakilan ICRC di Budapest yang telah menyelamatkan nyawa kira-kira 11,000 hingga 15,000 orang Yahudi di Hungary. Marcel Junod (1904-1961), seorang doktor dari Geneva, merupakan seorang lagi perwakilan yang terkenal semasa Perang Dunia Kedua. Cerita pengalamannya, yang termasuk menjadi salah seorang daripada orang asing pertama melawat Hiroshima selepas bom atom digugurkan, boleh dibaca dalam buku Warrior without Weapons (Pahlawan tanpa Senjata).

Pada tahun 1944, ICRC menerima Hadiah Nobel Keamanannya yang kedua. Sama seperti masa Perang Dunia I, ia menerima satu-satunya Hadiah Keamanan yang dianugerahkan semasa tempoh utama peperangan, iaitu 1939 hingga 1945. Pada akhir peperangan, ICRC bekerjasama dengan persatuan-persatuan kebangsaan Palang Merah untuk menguruskan bantuan pertolongan kepada negara-negara yang paling terjejas.


Selepas Perang Dunia Kedua

Sebagai tindak balas kepada pengalaman daripada Perang Dunia II, Konvensyen Geneva Keempat, iaitu Konvensyen baru “relative to the Protection of Civilian Persons in Time of War” (berhubung dengan Perlindungan Orang-orang Awam dalam Masa Peperangan), telah ditetapkan. Tambahan lagi, protokol-protokol tambahan bertarikh Jun 8, 1977 bertujuan untuk memastikan bahawa konvensyen-konvensyen boleh dipakai untuk konflik-konflik dalaman seperti perang saudara. Hari ini, empat konvensyen bersama-sama dengan protokol-protokol tambahannya mengandungi lebih daripada 600 perkara, suatu perkembangan yang menakjubkan berbanding dengan hanya 10 perkara dalam konvensyen pertama tahun 1864.

Bagi meraikan ulang tahunnya yang keseratus pada tahun 1963, ICRC, bersama-sama dengan Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, menerima Hadiah Nobel Keamanannya yang ketiga. Sejak tahun 1993, individu-individu yang bukan warganegara Switzerland dibenarkan berkhidmat sebagai perwakilan Jawatankuasa di luar negara, suatu tugas yang sebelumnya dihadkan kepada warganegara-warganegara Switzerland sahaja. Sesungguhnya, sejak itu, peratusan kakitangan yang bukan warganegara Switzerland telah meningkat kepada lebih kurang 35%.

Pada tarikh Oktober 16, 1990, Perhimpunan Agung PBB memutuskan untuk memberi status pemerhati kepada ICRC bagi sesi-sesi perhimpunannya serta mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa kecilnya, yang merupakan status pemerhati yang pertama yang diberikan kepada pertubuhan swasta.

ICRC meneruskan kegiatan-kegiatannya di sepanjang dekad 1990-an. Ia telah memecahkan kesenyapan medianya yang lazim apabila ia mengecam Pembunuhan Kaum di Rwanda pada tahun 1994. Ia berhempas pulas untuk menghalang jenayah-jenayah yang berlaku di dalam dan di sekitar Srebrenica pada tahun 1995 tetapi mengakui: “Kami perlu mengiktiraf bahawa walaupun kami telah berusaha untuk menolong beribu-ribu orang awam yang telah diusir secara paksa dari bandar dan walaupun rakan-rakan sekerja kami di tempat kejadian amat berdedikasi, keberkesanan ICRC ke atas berlakunya tragedi tersebut amat terbatas sekali.” Ia telah sekali lagi pada tahun 2007 mengumumkan pendiriannya, kali ini untuk mengutuk “pencabulan hak asasi manusia yang dahsyat” oleh kerajaan tentera Burma termasuk buruh paksa, kebuluran dan pembunuhan lelaki, perempuan dan kanak-kanak.


Kematian

Pada akhir Perang Dingin, kerja ICRC telah menjadi semakin merbahaya. Semasa dekad ke-1990-an, lebih ramai orang perwakilan telah kehilangan nyawa mereka daripada mana-mana detik dalam sejarah, terutamanya semasa bekerja dalam konflik bersenjata tempatan dan dalaman. Kejadian-kejadian ini sering menunjukkan sikap kurang hormat terhadap peraturan-peraturan Konvensyen Geneva serta lambang-lambang perlindungannya.


Holocaust

Dengan mengambil bahagian dalam upacara 1995 untuk memperingati pembebasan kem konsentrasi Auschwitz, Presiden ICRC, Cornelio Sommaruga, berusaha untuk menunjukkan bahawa pertubuhan ini penuh insaf tentang betapa seriusnya Holocaust serta betapa pentingnya untuk megekalkan kenangannya, demi untuk mengelakkan keulangan peristiwa tersebut. Beliau memberi penghormatan kepada mereka yang telah menderita ataupun mengorbankan nyawa mereka semasa perang dan mengisytiharkan rasa kesal bagi kesilapan-kesilapan yang lalu serta kekurangan-kekurangan Palang Merah berkaitan dengan mangsa-mangsa kem konsentrasi.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 27 Januari 2005, iaitu ulang tahun ke-60 pembebasan Auschwitz, ICRC telah menyatakan:

Auschwitz juga melambangkan kegagalan terbesar dalam sejarah ICRC, diburukkan lagi kerana ICRC tidak cukup tegas dalam mengambil langkah untuk membantu mangsa-mangsa penganiayaan Nazi. Kegagalan ini akan sentiasa kekal dalam ingatan ICRC, bersama-sama dengan tindakan-tindakan berani perwakilan-perwakilan ICRC individu pada masa itu.


Peperangan Iraq

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah telah melaporkan pada tarikh Mac 17, 2008 bahawa tiada pengurangan dalam krisis kemanusiaan di Iraq selepas permulaan peperangan tersebut dalam tahun 2003. Walaupun terdapat peningkatan terhad dalam keselamatan di sesetengah kawasan, keganasan bersenjata masih mempunyai kesan yang dahsyat. Orang-orang awam terus terkorban dalam persengketaan.


Ciri-ciri

Cogan kata asal Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah adalah Inter Arma Caritas (“Di Tengah-tengah Peperangan, Perbuatan Amal”). Ia telah mengekalkan cogan kata ini sementara pertubuhan-pertubuhan Palang Merah lain telah menerima pakai cogan kata lain. Oleh kerana kedudukan Geneva di bahagian Switzerland yang bertutur Perancis, ICRC juga dikenali dengan nama Perancisnya yang asal iaitu Comité international de la Croix-Rouge (CICR). Walaupun demikian, ICRC mempunyai empat bahasa rasmi (Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis dan Bahasa Sepanyol). Lambang rasmi ICRC adalah Palang Merah di atas latar belakang putih (bendera Switzerland yang tersongsang) dengan perkataan-perkataan "COMITE INTERNATIONAL GENEVE" mengelilingi palang.


Misi

Kenyataan misi rasmi berkata “Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) adalah pertubuhan saksama, berkecuali, dan bebas dengan misi khusus kemanusiaan untuk menjaga nyawa dan maruah mangsa-mangsa peperangan serta keganasan dalaman dan untuk menyediakan bantuan kepada mereka.” Ia juga mengarah dan menyelaras bantuan antarabangsa dan berusaha untuk mempromosikan dan mengukuhkan undang-undang kemanusiaan serta prinsip-prinsip kemanusiaan sejagat. Tugas-tugas asas Jawatankuasa tersebut, yang diperolehi daripada Konvensyen Geneva dan statut-statutnya sendiri, adalah seperti berikut:

  • untuk memantau pematuhan pihak-pihak yang berperang dengan Konvensyen Geneva
  • untuk menguruskan rawatan dan penjagaan bagi mereka yang tercedera di medan perang
  • untuk menyelia layanan tawanan-tawanan perang dan membuat pengantaraan sulit dengan pihak-pihak berkuasa penahan
  • untuk membantu usaha mencari orang yang hilang dalam konflik bersenjata (perkhidmatan mengesan)
  • untuk menguruskan perlindungan dan jagaan bagi penduduk-penduduk awam
  • untuk bertindak sebagai pengantara berkecuali di antara pihak-pihak yang berperang

ICRC telah merangka tujuh prinsip asas dalam tahun 1965 yang telah diterima pakai oleh keseluruhan Pergerakan Palang Merah. Mereka adalah kemanusiaan, kesaksamaan, keberkecualian, kebebasan, kesukarelawan, perpaduan dan kesejagatan.


Taraf Undang-undang

ICRC merupakan satu-satunya pertubuhan yang dinamakan secara tersurat di bawah Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) sebagai pihak berkuasa pengawal. Mandat undang-undang ICRC berpunca daripada empat Konvensyen Geneva tahun 1949, serta Statut-statutnya sendiri. ICRC juga menjalankan tugas-tugas yang tidak dimandat secara khusus di bawah undang-undang, seperti melawat tawanan-tawanan politik di luar konflik dan menyediakan bantuan semasa bencana alam.

ICRC adalah persatuan swasta yang didaftarkan di Switzerland yang telah menikmati keistimewaan khas dan kekebalan undang-undang dengan pelbagai tahap di dalam wilayah Switzerland selama bertahun-tahun serta yang digambarkan sebagai menyamai kedaulatan de facto. Pada tarikh Mac 19, 1993, dasar undang-undang bagi layanan khas ini telah diwujudkan melalui perjanjian formal di antara kerajaan Switzerland dengan ICRC. Perjanjian ini memelihara perlindungan penuh kesemua harta ICRC di Switzerland termasuk ibu pejabat dan arkibnya, memberi ahli-ahli dan kakitangan kekebalan undang-undang, mengecualikan ICRC daripada semua cukai dan yuran, menjamin pemindahan barang-barang, perkhidmatan dan wang secara terlindung dan bebas cukai, memberi ICRC keistimewaan komunikasi yang selamat pada tahap yang sama dengan kedutaan-kedutaan asing, dan memudahkan perjalanan Jawatankuasa keluar masuk negara Switzerland.

Bertentangan dengan tanggapan ramai, ICRC bukan entiti berdaulat seperti Sovereign Military Order of Malta (Arahan Tentera Berdaulat Malta), dan juga bukan pertubuhan antarabangsa, sama ada jenis bukan kerajaan mahupun kerajaan. ICRC menghadkan keahliannya kepada warganegara Switzerland sahaja, dan juga tidak seperti banyak pertubuhan bukan kerajaan, ia tidak mempunyai dasar keahlian terbuka dan tidak terhad bagi individu-individu oleh kerana ahli-ahli barunya dipilih oleh Jawatankuasa sendiri. Walaupun demikian, sejak awal dekad 1990-an, ICRC menggaji orang dari seluruh dunia untuk berkhidmat di medan pertugasannya dan di Ibu Pejabatnya. Dalam tahun 2007, hampir separuh daripada kakitangan ICRC bukan warganegara Switzerland. ICRC mempunyai keistimewaan khas dan kekebalan undang-undang di banyak negara, berdasarkan atas undang-undang kebangsaan di negara-negara tersebut, berdasarkan atas perjanjian-perjanjian di antara ICRC dengan kerajaan-kerajaan masing-masing, atau, dalam sesetengah kes, berdasarkan atas jurisprudens antarabangsa (seperti hak perwakilan-perwakilan ICRC untuk tidak menjadi saksi di hadapan tribunal antarabangsa).


Pembiayaan dan Hal-hal Kewangan

Belanjawan tahun 2010 ICRC berjumlah kira-kira 1156 juta Swiss franc. Semua bayaran kepada ICRC dibuat secara sukarela dan diterima sebagai derma berdasarkan dua jenis rayuan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa tersebut: Rayuan Ibu Pejabat tahunan untuk meliputi kos-kos dalaman dan Rayuan Kecemasan untuk misi-misi individu. Jumlah belanjawan bagi tahun 2009 terdiri daripada lebih kurang 996.9 juta Swiss Franc (85% daripada jumlah keseluruhan) untuk kerja lapangan dan 168.6 juta Swiss France (15%) bagi kos-kos dalaman. Dalam tahun 2009, belanjawan bagi kerja lapangan telah meningkat sebanyak 6.9% dan belanjawan dalaman sebanyak 4.4% berbanding dengan tahun 2008, disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam jumlah dan skop misi-misi di Afrika yang melebihi purata.

Kebanyakan daripada pembiayaan ICRC datang daripada Switzerland and Amerika Syarikat, diikuti rapat oleh negara-negara Eropah yang lain dan Kesatuan Eropah. Bersama dengan Australia, Kanada, Jepun dan New Zealand, mereka menyumbang lebih kurang 80-85% daripada belanjawan ICRC. Kira-kira 3% datang daripada hadiah peribadi, dan yang selebihnya datang daripada persatuan-persatuan kebangsaan Palang Merah.


Tanggungjawab di dalam Pergerakan

ICRC bertanggungjawab untuk mengiktirafkan persatuan bantuan di sisi undang-undang sebagai persatuan kebangsaan rasmi Palang Merah atau Bulan Sabit Merah and justeru itu menerima masuk persatuan tersebut ke dalam Pergerakan. Peraturan-peraturan tepat bagi pengiktirafan ditakrifkan dalam statut-statut Pergerakan. Selepas pengiktirafan oleh ICRC, persatuan kebangsaan tersebut diterima masuk sebagai ahli Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. ICRC dan Persekutuan tersebut bekerjasama dengan persatuan-persatuan kebangsaan individu dalam misi-misi antarabangsanya, terutamanya dari segi sumber-sumber manusia, bahan dan kewangan dan menyelenggarakan logistik di lokasi. Menurut Perjanjian Seville 1997, ICRC adalah agensi peneraju Palang Merah di dalam konflik sementara organisasi-organisasi lain dalam Pergerakan menjadi peneraju di dalam situasi bukan konflik. Persatuan-persatuan kebangsaan akan menjadi peneraju terutamanya apabila konflik berlaku di dalam negara sendiri.


Organisasi

ICRC mempunyai ibu pejabatnya di Geneva dan mempunyai pejabat-pejabat luar di dalam 80 buah negara. Daripada 2,000 pekerja profesionalnya, kira-kira 800 orang bekerja di ibu pejabat di Geneva dan 1,200 orang ekspatriat merupakan pekerja lapangan. Lebih kurang separuh daripada pekerja-pekerja lapangan berkhidmat sebagai perwakilan yang menguruskan operasi-operasi ICRC di negara-negara berbeza sementara separuh lagi merupakan pakar-pakar seperti doktor, ahli agronomi, jurutera atau jurubahasa. Di dalam delegasi-delegasi, kakitangan antarabangsa dibantu oleh lebih kurang 13,000 pekerja kebangsaan, menjadikan jumlah kakitangan di bawah kuasa ICRC seramai kira-kira 15,000. Delegasi-delegasi juga sering bekerja rapat dengan Persatuan Kebangsaan Palang Merah di negara di mana mereka bertapak dan justeru itu dapat meminta bantuan daripada sukarelawan-sukarelawan Palang Merah Kebangsaan untuk membantu dalam sesetengah operasi ICRC.