Jim Henson: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dlomen (bincang | sumb.)
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: zh:吉姆·亨森
Baris 139: Baris 139:
[[sv:Jim Henson]]
[[sv:Jim Henson]]
[[war:Jim Henson]]
[[war:Jim Henson]]
[[zh:吉姆·亨森]]

Semakan pada 23:56, 23 September 2011

Jim Henson
Henson di Anugerah Emmy 1989.
Kelahiran
James Maury Henson

(1936-09-24)24 September 1936
Meninggal duniaMei 16, 1990(1990-05-16) (umur 53)
PekerjaanTukang boneka, pengarah filem dan penerbit televisyen
PasanganJane Henson (k. 1959–1990)
Anak-anakLisa Henson
Cheryl Henson
Brian Henson
John Henson
Heather Henson

James Maury "Jim" Henson (24 September 1936 – 16 Mei 1990), ialah salah seorang tokoh boneka yang paling ternama dalam sejarah Amerika Syarikat.[1] Beliau merupakan pencipta The Muppets, dan juga punca kejayaan siri televisyen Sesame Street dan The Muppet Show dan filem-filem seperti The Muppet Movie (1979), di samping mencipta boneka-boneka tercanggih untuk projek-projek seperti Fraggle Rock, The Dark Crystal, Labyrinth dan Return of the Jedi. Selain itu, beliau juga seorang sutradara filem yang pernah meraih Anugerah Oscar, penerbit televisyen yang pernah dikurniakan Anugerah Emmy, dan pengasas The Jim Henson Company, Jim Henson Foundation, dan Jim Henson's Creature Shop.

Henson meninggal dunia dengan tiba-tiba pada 16 Mei 1990, akibat penyakit pneumonia streptokokus. Semenjak itu, syarikat-syarikat yang dibuka oleh Henson kini dikendali oleh anak-anaknya agar terus menyumbangkan karya-karya kepada dunia perfileman dan televisyen.

Pada 26 September 1992, Henson dikurniakan anugerah Courage of Conscience Award sebagai pengiktirafan kepada dirinya selaku seorang "humanitarian, muppeteer, penerbit dan pengarah filem-filem kanak-kanak yang menyemai nilai toleransi, perpaduan antara kaum, kesaksamaan dan keadilan."[2]

Kehidupan awal

Jim Henson ada seorang abang, kedua-dua mereka lahir kepada Paul Henson, seorang ahli agronomi yang bertugas di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, dan Elizabeth Marcella Henson.[3] Setelah menghabiskan zaman kanak-kanak awalnya di Leland, Mississippi, beliau sekeluarga berpindah ke Hyattsville, Maryland, berhampiran Washington, DC, pada akhir 1940-an. Henson dibesarkan sebagai seorang penganut Saintis Kristian.[4] Beliau mengingati ketibaan peti televisyen pertama keluarganya sebagai "peristiwa terpenting pada zaman remajanya,"[5] apatah lagi kuat dipengaruhi oleh tokoh ventrilokis radio Edgar Bergen dan rancangan boneka TV yang dipersembahkan oleh Burr Tillstrom (di Kukla, Fran and Ollie) dan Bil dan Cora Baird.[5] Pada tahun 1954, ketika bersekolah di Northwestern High School, beliau mula bertugas sebagai pereka boneka rancangan kanak-kanak di stesen WTOP-TV. Selepas tamat sekolah tinggi, Henson mendaftarkan diri di Universiti Maryland, College Park, dan menjadikan kesenian studio sebagai mata pelajaran major, kerana beliau menjangka dirinya akan menjadi seorang seniman komersil.[6] Kelas seni pembuatan boneka yang ditawarkan dalam jabatan seni gunaan memperkenalkan seni kraf dan tekstil kepada beliau di College of Home Economics, lantas beliau menerima ijazah B.S. dalam ilmu tadbir rumah tangga pada tahun 1960. Pada tahun pertamanya di institut pelajaran tinggi, beliau dipohon agar membikin rancangan boneka lima minit berjudul Sam and Friends untuk stesen WRC-TV. Watak-watak Sam and Friends ini merupakan kumpulan boneka Muppets yang terkenal sekali, termasuk sekali bentuk terawal watak ciptaan Henson yang paling terkemuka, iaitu Kermit the Frog.[7]

Dalam rancangan Sam and Friends, beliau cuba menguji teknik-teknik yang bakal mengubah cara menghidupkan boneka di kaca TV, termasuk memanfaatkan gambar rakaman kamera untuk membolehkan dalangnya beraksi di luar skop kamera. Henson percaya bahawa boneka TV harus memiliki "nyawa dan kepekaan."[8] Oleh itu, ketika kebanyakan boneka diperbuat daripada kayu ukiran, Henson mula menghasilkan boneka buatan getah busa bersalut kain yang cukup anjal untuk membolehkannya menyampaikan banyak lagi emosi.[3] Berbeza dengan boneka bertali (marionette) yang lengan-lengannya dimanipulasi oleh benang, Henson menggunakan batang lurus untuk menggerak-gerakkan lengan bonekanya untuk mengawal ekspresinya dengan lebih berkesan. Selain itu, Henson mahu watak-watak bonekanya menyampaikan percakapan dengan lebih kreatif berbanding boneka-boneka terdahulu yang seolah-olah bermain hentam dengan pergerakan mulut. Oleh itu, beliau melakukan pergerakan mulut secara persis agar selaras dengan dialog, dan juga menyuruh para pembantunya berbuat demikian.

Ketika mula mengusahakan Sam and Friends, beliau meminta bantuan seorang lagi penuntut tahun pertama di Universiti Maryland, Jane Nebel. Biarpun rancangan itu berjaya mendatangkan keuntungan, Jim mula meragui masa depannya sebagai dalang boneka selepas tamat pengajian. Beliau melawat Eropah selama beberapa bulan, di mana beliau diilhankan oleh tukang-tukang boneka Eropah yang memanyanjungi kesenian karya mereka.[9] Sekembalinya ke Amerika Syarikat, Henson mula bercinta dengan Jane. Mereka berdua berkahwin pada tahun 1959 dan melahirkan lima orang anak: Lisa (l. 1960), Cheryl (l. 1961), Brian (l. 1963), John (l. 1965) and Heather (l. 1970).

1960-an

Selepas kejayaan Sam and Friends yang bersiaran selama enam tahun, Henson menghabiskan dua dekad seterusnya dengan mengusahakan iklan, rancangan bual bicara, dan projek kanak-kanak sebelum dapat menzahirkan impiannya untuk menjadikan Muppets sebagai "hiburan untuk semua".[5] Watak-watak boneka dari Sam and Friends turut membuat penampilan dalam rancangan bual bicara dan aneka ragam. Henson sendiri menjadi tetamu dalam pelbagai rancangan, termasuk The Ed Sullivan Show, yang banyak meningkatkan pendedahan kepada usaha watak-watak Muppets melalui beratus-ratus iklan sepanjang 1960-an.

Pada tahun 1963, Henson dan isterinya berpindah ke Bandaraya New York, di mana bertapknya Muppets, Inc. Setelah Jane berhenti berboneka untuk membesarkan anak-anak mereka, Henson mengupah penulis Jerry Juhl pada tahun 1961 dan tukang boneka Frank Oz pada tahun 1963 untuk mengambil alih tugas isterinya;[10] Lama-kelamaan, Henson memberi penghargaan kepada mereka berdua kerana banyak mengembangkan humor dan watak Muppets.[11] Henson dan Oz menjalin persahabatan peribadi dan profesional yang bertahan selama 27 tahun; terbukti sekali oleh persembahan watak-watak Bert dan Ernie, dan Kermit dan Fozzie Bear.[12]

Kemunculan Henson dalam rancangan bual bicara sepanjang 1960-an memuncak apabila terciptanya Rowlf, seekor anjing bersifat manusia yang mahir bermain piano. Rowlf merupakan Muppet pertama to make regular appearances on a network show, The Jimmy Dean Show. Dari tahun 1964 hingga 1968, Henson mula menceburi bidang pembikinan filem dan menerbitkan serantaian filem bereksperimen. Filem 9 minit Time Piece buatan beliau dicalonkan oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences untuk merebut anugerah Oscar untuk Filem Pendek pada tahun 1966. Jim Henson juga menghasilkan sebuah lagi filem eksperimen, iaitu telefilem The Cube di NBC pada tahun 1969.

Sesame Street

Pada tahun 1969, Joan Ganz Cooney dan pasukan Children's Television Workshop memohon khidmat Henson untuk membangunkan Sesame Street, sebuah rancangan kanak-kanak berwawasan untuk siaran televisyen awam yang memaparkan beraneka watak boneka yang lucu dan berwarna-warni yang tinggal di sepanjang sebatang jalan bernama Sesame Street, termasuk Oscar the Grouch, Bert and Ernie, Cookie Monster dan Big Bird. Henson melakonkan watak Ernie, Guy Smiley, dan Kermit. Ketika inilah sehelai ropol dipakaikan di keliling leher Kermit agar nampak lebih berupa katak, di samping melitupi sendi yang menghubungkan leher dengan badan Kermit.

Pada mulanya, watak Muppets dirakam secara berasingan dari segmen-segmen realistik sepanjang jalan, tetapi setelah gagal menjayakan tayangan percubaan di Philadelphia, Pennsylvania, rancangan tersebut diubah suai untuk menyepadukan ragam Muppets dengan persekitaran realistik, di samping memberi lebih penekanan kepada kerja-kerja Henson. Biarpun Henson cenderung merendah-rendahkan peranan sendirinya dalam kejayaan Sesame Street, namun Cooney sering memuji usahanya, dan pada tahun 1990, Public Broadcasting Service menyanjunginya sebagai "perangsang kepada khidmat penyiaran kami yang masih muda."[5] Kejayaan Sesame Street turut mendorong Henson agar berhenti menghasilkan iklan. Lama kemudian, beliau terkenang "betapa lega rasanya apabila meninggalkan dunia pengiklanan".[13]

Sewaktu dengan tahun-tahun pertama Sesame Street, Henson mengarahkan siri telefilem istimewa Tales From Muppetland yang diacarakan oleh Kermit the Frog untuk tontonan kanak-kanak, termasuk Hey, Cinderella!, The Frog Prince, dan The Muppet Musicians of Bremen yang menyampaikan cerita dongeng klasik dengan gaya yang penuh kelucuan.

Memperluaskan pengaruh

Demi memestikan syarikatnya tidak hanya tertumpu kepada penonton kanak-kanak, Henson, Frank Oz, dan pasukannya menyasarkan penonton dewasa dengan mempersembahkan sketsa The Land of Gorch di musim pertama siri komedi Saturday Night Live (SNL). Biarpun berjaya menghasilkan 15 sketsa dari Oktober 1975 hingga September 1976, para penulis SNL kurang senang hati setiap kali menulis ceritanya, sebaliknya sering mempersendakan boneka-boneka ciptaan Henson. Michael O'Donoghue pernah meluahkan, "Saya enggan menulis cerita untuk kain felt."[14]

Menjelang persembahan terakhir the Land of Gorch di SNL, Henson mula mengembangkan dua projek baru yang melibatkan Muppets, iaitu sebuah pementasan Broadway dan sebuah siri televisyen mingguan.[13] Pada tahun 1976, siri televisyen tersebut ditolak oleh rangkaian TV Amerika yang percaya bahawa Muppets hanya mampu menarik perhatian kanak-kanak. Apapun, Henson akhirnya berjaya meyakinkan penganjur hiburan British, Lew Grade untuk membiayai rancangannya yang dirakam di United Kingdom dan diedarkan secara sindiket ke seluruh dunia.[9] Pada tahun yang sama, Henson menghentikan usaha pementasan Broadway lalu memindahkan pasukan kreatifnya ke England, di mana bermulanya penggambaran The Muppet Show yang menampilkan Kermit sebagai pengacara yang diiringi oleh pelbagai watak yang tidak kurang hebatnya, khususnya Miss Piggy, Gonzo the Great, dan Fozzie Bear. Peranan Kermit dalam The Muppet Show sering dibandingkan oleh rakan-rakan sekerja Henson dengan tugas beliau dalam Muppet Productions, iaitu seorang majikan yang segan-silu dan lemah lembut tetapi "berhati keluli"[12], yang "tegas melakukan kerjanya seolah-olah boleh menghasilkan letupan dalam kilang tilam."[15] Carroll Spinney, iaitu dalang Big Bird dan Oscar the Grouch, terkenang bahawa Henson "tidak akan meluahkan dirinya tidak suka sesuatu begitu sahaja, sebaliknya sekadar berbunyi 'Hmm.' Jika dia suka, bunyinya 'Lovely!' (Cantik!)"[4] Henson himself recognized Kermit as an alter-ego, though he thought that Kermit was bolder than he was; he once said of Kermit, "He can say things I hold back."[16]

Jim Henson merupakan dalang kepada sebilangan watak boneka yang terkenal, termasuk Kermit the Frog, Ernie, Rowlf the Dog, Dr. Teeth, The Swedish Chef, Waldorf, Guy Smiley, Link Hogthrob, dan Muppet Newsman.


Layar perak

Tiga tahun selepas bermulanya The Muppet Show, kumpulan Muppets muncul dalam filem pawagam pertama mereka, iaitu The Muppet Movie (1979). Filem ini mendapat sambutan hangat dari para penonton dan pengulas;[17] dengan mengumpul AS$65.2 juta di dalam negara dan (ketika itu) menjadi filem yang ke-61 terbanyak kutipannya dalam sejarah.[18] Sebuah lagu dari filem tersebut, iaitu "The Rainbow Connection" nyanyian Henson sebagai Kermit, mencapai tangga #25 dalam carta Billboard Hot 100 dan dicalonkan untuk Anugerah Akademi. Pada tahun 1981, disusulinya filem sekuel arahan Henson, The Great Muppet Caper, tetapi Henson membuat keputusan untuk menamatkan siri Muppet Show yang masih tengah disambut hangat untuk memberi tumpuan kepada perfileman.[3] Dari masa ke semasa, watak-watak Muppet membuat penampilan dalam telefilem dan rancangan istimewa.

Selain projek-projek bonekanya, Henson turut menyalurkan bantuan kepada projek pihak ketiga. PAda tahun 1979, beliau diminta oleh para penerbit filem Star Wars The Empire Strikes Back untuk membantu tukang solek Stuart Freeborn mereka dan menghidupkan watak Jedi Master Yoda. Henson menasihati pencipta Star Wars George Lucas agar Frank Oz dijadikan dalang dan pelakon suara kepada Yoda. Oz menyuarakan watak Yoda dalam filem Empire dan keempat-empat filem Star Wars yang seterusnya. Justeru, watak Yoda yang naturalistik menjadi antara watak yang paling terkenang sepanjang siri filem Star Wars.[19]

Pada tahun 1982, Henson menubuhkan Jim Henson Foundation untuk memupuk dan membangunkan seni boneka di Amerika Syarikat. Pada ymasa yang sama, beliau juga mula mengusahakan filem fantasi yang lebih menggerunkan dan realistik tanpa penglibatan Muppets tetapi memaparkan "minat yang semakin mendalam terhadap kematian."[12] Bermula dengan filem The Dark Crystal (1982) yang diarahnya bersama Frank Oz, Henson berkata beliau "cuba mendekati realisme—ke arah realiti makhluk yang benar-benar hidup [iaitu] bukan sekadar melambangkan benda-benda, sebaliknya cuba menyampaikan benda itu sendiri."[13] Untuk mendapatkan wajah yang berbeza dari Muppets, boneka-boneka dalam The Dark Crystal berasaskan kerja seni berkonsep oleh Brian Froud.

Filem Crystal berjaya dari segi kewangan dan kritis, diikuti filem Muppets iaitu The Muppets Take Manhattan (arahan Frank Oz) yang memperoleh pendapatan memuaskan iaitu $25.5 juta dalam negara, cukup untuk memasuki 40 filem teratas pada tahun 1984.[20] Bagaimanapun, filem Labyrinth (1986) yang bercorak fantasi seakan Crystal, juga arahan Henson sendiri, kurang mendatangkan hasil (gara-gara perbelanjaannya yang tinggi). Biarpun menikmati ulasan positif (The New York Times mengalu-alukannya sebagai "filem yang terampil"),[21] kegagalan komersil Labyrinth begitu teruk mematahkan semangat Henson sehingga anaknya Brian Henson terkenang waktu itu sebagai "sekali paling dekat yang pernah saya melihatnya begitu murung."[12] (Apapun, filem Labyrinth lambat-laun menjadi klasik kegilaan peminat.)[22] Henson dan isterinya juga berpecah pada tahun yang sama, namun mereka masih menjalin hubungan erat sehingga akhir hayat beliau.[4] Jane mengulas bahawa Jim terlalu asyik dengan kerjanya sehingga kurang meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak sendiri.[4] Kelima-lima anaknya mula mengusahakan Muppets sejak usia muda, dan salah satu sebabnya mengikut Cheryl Henson, "Satu cara terbaik untuk bersamanya (Jim) adalah bekerja bersamanya".[8]

Akhir hayat

Walaupun masih terikat dengan pembikinan rancangan kanak-kanak seperti siri Fraggle Rock yang cemerlang dan siri animasi Muppet Babies, pada masa yang sama Henson turut menceburi tema-tema yang lebih bersifat matang dan menggerunkan dengan rancangan bertengahkan cerita rakyat dan mitos bertajuk The Storyteller (1988) yang memenangi sebutir Anugerah Emmy untuk Rancangan Kanak-Kanak Cemerlang, namun ditamatkan selepas sempat menyiarkan sembilan episod. Pada tahun seterusnya, Henson kembali ke televisyen dengan rancangan The Jim Henson Hour yang mencampuradukkan aksi Muppet yang ringan dengan bahan-bahan yang lebih mencabar. Rancangan ini disambut baik dari segi kritis dan mengurniakan sebutir lagi Anugerah Emmy untuk Pengarahan Cemerlang dalam Rancangan Aneka Ragam atau Muzik, tetapi digugurkan selepas 13 episod akibat ratings rendah. Henson menuding jarinya kepada tindakan penyiarnya NBC yang selalu susun-menyusun jadual dengan terlalu kerap.[23]

Pada akhir tahun 1989, Henson menyertai rundingan untuk menjual syarikatnya kepada The Walt Disney Company untuk $150 juta, dengan harapan agar beliau "dapat meluangkan lebih masa dari segi kreatif" sementara Disney menguruskan hal-ehwal perniagaanya.[23] Pada tahun 1990, beliau menyiapkan penerbitan rancangan TV istimewa, The Muppets at Walt Disney World, dan sebuah tarikan di Disney World, Jim Henson's Muppet*Vision 3D, di samping mengembangkan idea filem dan siri TV Muppet High.[4]

Natural History Project dan Dinosaurs

Pada akhir 1980-an, Henson berganding bahu dengan seorang pereka bernama William Stout untuk mengusahakan filem cetera yang dibintangi oleh dinosaur animatronik dengan judul sementara The Natural History Project. Pada tahun 1991, bahan-bahan berita yang disiarkan sewaktu tayangan perdana sitkom terbitan Jim Henson Company iaitu Dinosaurs menitikberatkan hubung kait rancangan tersebut dengan Henson yang meninggal dunia setahun sebelumnya. "Jim Henson mereka-reka konsep asas rancangan ini lebih kurang tiga tahun dahulu," menurut serangkap rencana New York Times yang disiarkan pada April 1991. "'Beliau menginginkannya menjadi sitkom yang agak biasa strukturnya, cuma perbezaan yang ketara sekali adalah melibatkan sekeluarga dinosaur dan masyarakat dinosaur yang menjalani kehidupan serba pelik,' kata [anaknya] Brian Henson. Cuma sebelum lahirnya The Simpsons, kata Alex Rockwell, seorang naib presiden pertubuhan Henson, 'orang ingat ideanya tidak masuk akal.'"[24] Sebaris rencana majalah New Yorker tertulis bahawa Henson meneruskan sebuah projek dinosaur (barangkalinya konsep Dinosaurs) sehingga "bulan-bulan terakhir hayatnya."[25]

Kematian

Ketika sibuk mengusahakan projek-projek terakhirnya, Henson mula mengalami simptom-simpton seakan-akan selesema.[4] Pada 4 Mei 1990, Henson muncul sebagai tetamu di rancangan The Arsenio Hall Show, di mana beliau memaklumkan pegawai serantanya bahawa beliau berasa letih dan mengalami sakit tekak, tetapi menyangka lambat-laun akan tersembuh jua.

Pada 12 Mei 1990, Henson pergi ke Ahoskie, Carolina Utara bersama anaknya Cheryl untuk melawat bapa dan ibu tirinya. Pada hari keesokan, beliau berasa letih dan uzur, lalu mendapat khidmat seorang doktor di Carolina Utara yang menjalani pemeriksaan badannya, tetapi tidak dapat mencari apa-apa bukti kehadiran pneumonia, lalu tidak menasihatkan apa-apa rawatan kepadanya selain mengambil aspirin.[26] Henson kembali ke New York lalu membatalkan sesi rakaman Muppet yang dijadualkan pada 14 Mei.

Isterinya Jane yang tinggal berjauhan, datang untuk melawat dan berbual bersamanya sepanjang waktu malam. Pada pukul 2 pagi pada 15 Mei 1990, beliau mengalami kesesakan nafas dan mula membatukkan darah. Beliau memberitahu Jane bahawa dirinya terasa menghampiri ajal, tetapi tidak mahu dibawa ke hospital. Jane kemudian memaklumkan majalah People bahawa suaminya enggan ke hospital tidak ingin membimbangkan orang ramai.[4]

Pada jam 4 pagi, Henson akhirnya akur dan mengunjungi Hospital New York. Ketika dimasukkan pada 4:58 a.m., beliau tidak dapat bernafas dengan sendirinya dan mengalami bengkak dalam paru-parunya. Beliau ditempatkan dalam mesin pengalih udara untuk membantu pernafasannya, tetapi keadaannya semakin merosot hingga mengalami kejutan septis walaupun diberi rawatan menyeluruh dengan pelbagai antibiotik. Pada 16 Mei 1990, pukul 1:21 pagi, Henson meninggal dunia akibat kegagalan organ pada usia 53 tahun di Hospital New York.

Punca kematiannya pada mulanya dilaporkan sebagai jangkitan bakteria yang bergelar pneumonia streptokokus.[5] Pneumonia bakteria biasanya disebabkan oleh Streptococcus pneumoniae, iaitu satu spesies alfa-hemolitik Streptococcus. Sebenarnya, Henson mati akibat kegagalan organ yang berpunca daripada jangkitan Streptococcus pyogenes, sejenis jangkitan streptokokus Kelompok A yang serius.[27] S. pyogenes ialah spesies bakteria yang menyebabkan demam skarlet dan demam reumatik.

Dua upacara memperingati Henson diadakan secara berasingan, satu di New York di Cathedral of St. John the Divine dan satu lagi di London, England, di St. Paul's Cathedral. Demi menunaikan hajat Henson, tiada hadirin dibenarkan berpakaian hitam, dan sebuah kumpulan jazz Dixieland menutup tirai upacara dengan mendendangkan lagu "When The Saints Go Marching In." Harry Belafonte menyanyi lagu "Turn the World Around" yang diperkenalkannya dalam The Muppet Show, ketika para hadirin melambaikan kupu-kupu buatan getah busa yang terikat pada batang boneka.[28][29] Kemudian, watak Big Bird (lakonan Caroll Spinney) naik pentas untuk menyampaikan lagu pengenalan Kermit the Frog, iaitu "Bein' Green."[30]

Pada penghujung upacara dua jam setengah ini, enam orang Muppeteer utama menyumbangkan suara watak mereka untuk mempersembahkan lagu-lagu kegemaran Henson, yang memuncak dengan persembahan lagu "Just One Person" yang bermula dengan Richard Hunt yang menyanyi keseorangan sebagai watak Scooter. Terkenang seorang kakitangan Henson, Chris Barry, "rangkap demi serangkap, setiap Muppeteer naik pentas bersama Muppet masing-masing sehingga pentas dipenuhi semua Muppeteer dan watak-watak kesayangan mereka."[30] Upacara pengebumian Henson disifatkan oleh majalah LIFE sebagai "peristiwa epik yang teramat mengharukan."

Jenazah Henson dibakar di Ferncliff Cemetery, kemudian abunya ditabur di ladang ternaknya di Santa Fe, New Mexico.[31]

Warisan

Biarpun selepas pemergian beliau, The Jim Henson Company dan Jim Henson Foundation masih berniaga untuk menerbitkan rancangan-rancangan terbaru. Jim Henson's Creature Shop yang ditubuhkan oleh Henson, juga masih mereka bentuk makhluk baru untuk sebilangan besar filem dan siri yang lain (yang terkini ialah siri cereka sains Farscape, adaptasi filem The Hitchhiker's Guide to the Galaxy, dan filem MirrorMask) oleh itu disanjungi sebagai salah sebuah pereka makhluk filem yang tercanggih dan terunggul. Brian dan Lisa merupakan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif bersama syarikatnya; Cheryl pula menjadi presiden yayasannya. Steve Whitmire, seorang ahli veteran dalam krew boneka Muppet, mengambil alih peranan Kermit the Frog dan Ernie, antara watak-watak paling terkenal yang pernah dimainkan oleh Jim Henson.[32]

Pada 17 Februari 2004, diumumkan bahawa harta-harta Muppets (tidak termasuk watak-watak Sesame Street yang dimiliki oleh Sesame Workshop) dan Bear in the Big Blue House telah dijual oleh pewaris-pewaris Henson kepada syarikat Walt Disney. Syarikat Jim Henson masih memiliki Creature Shop, dan seluruh pustaka filem dan televisyen yang lain termasuk Fraggle Rock, Farscape, The Dark Crystal, dan Labyrinth.[33]

Rujukan

Bibliografi

  • Finch, Christopher (1981). Of Muppets and Men: The Making of The Muppet Show. New York: Muppet Press/Alfred A. Knopf. ISBN 0-394-52085-8.
  • Finch, Christopher (1993). Jim Henson: The Works—The Art, the Magic, the Imagination. New York: Random House. ISBN 0-679-41203-4.

Catatan

  1. ^ HowStuffWorks.com
  2. ^ The Peace Abbey Courage of Conscience Recipients List
  3. ^ a b c Padgett, John B. "Jim Henson". The Mississippi Writers Page. University of Mississippi Department of English. 1999-02-17. Dicapai pada 2007-06-19.
  4. ^ a b c d e f g Schindehette, Susan; Podolsky, J.D (1990-06-18). "Legacy of a Gentle Genius" (reprint). People. Dicapai pada 2007-05-06. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "people" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ a b c d e Blau, Eleanor (1990-05-17). "Jim Henson, Puppeteer, Dies; The Muppets' Creator Was 53". The New York Times. Dicapai pada 2007-05-01.
  6. ^ Finch (1993). p. 9.
  7. ^ Finch (1993). p. 102.
  8. ^ a b Collins, James (1998-06-08). "Time 100: Jim Henson". TIME. Dicapai pada 2007-05-01.
  9. ^ a b "The Man Behind the Frog". TIME. 1978-12-25. Dicapai pada 2007-05-01.
  10. ^ Plume, Kenneth. "Interview with Frank Oz". IGN FilmForce. IGN, 2000-02-10. Dicapai pada 2007-05-06.
  11. ^ Freeman, Don (1979). "Muppets On His Hands". The Saturday Evening Post 251.8. pp. 50–53, 126.
  12. ^ a b c d Harrigan, Stephen (July 1990). "It's Not Easy Being Blue" (reprint). LIFE. Dicapai pada 2007-05-06.
  13. ^ a b c Harris, Judy (1998-09-21). "Muppet Master: An Interview with Jim Henson". Muppet Central. Dicapai pada 2007-05-05.
  14. ^ Shales, Tom (2002). Live From New York: An Uncensored History of Saturday Night Live. Boston, MA: Little, Brown and Company. m/s. 79–80. ISBN 0-316-78146-0. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  15. ^ Skow, John (1978-12-25). "Those Marvelous Muppets". TIME. Dicapai pada 2007-05-01.
  16. ^ Seligmann, J. (1990-05-28). "Jim Henson: 1936–1990". Newsweek. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  17. ^ Finch (1993). p. 128.
  18. ^ "The Muppet Movie", Box Office Mojo. Diterima pada 11 Julai 2007.
  19. ^ Finch (1993). p. 176.
  20. ^ "1984 Yearly Box Office Results", Box Office Mojo. Retrieved on 2007-07-11.
  21. ^ Darnton, Nina (1986-06-27). "Jim Henson's "Labyrinth"". The New York Times. Dicapai pada 2007-05-06.
  22. ^ Sparrow, A.E. "Return to Labyrinth Vol. 1 Review". IGN.com. 2006-09-11. Diterima pada 10 Julai 2007.
  23. ^ a b "Dialogue on Film: Jim Henson". American Film. American Film Institute. November 1989. m/s. 18–21.
  24. ^ Kahn, Eve M. "All in the Modern Stone Age Family", The New York Times (Apr. 14, 1991). Dicapai pada 20 Februari 2009.
  25. ^ Owen, David. "Looking Out for Kermit", The New Yorker (16 Ogos 1993.)
  26. ^ Angier, Natalie (1990-05-17). "An Aggressive Infection, Abrupt and Overwhelming". The New York Times. Dicapai pada 2007-06-19.
  27. ^ Altman, Lawrence (1990-05-29). "The Doctor's World; Henson Death Shows Danger of Pneumonia". The New York Times. Dicapai pada 2007-06-19.
  28. ^ Blau, Eleanor (1990-05-22). "Henson Is Remembered as a Man With Artistry, Humanity and Fun". The New York Times. Dicapai pada 2007-05-14.
  29. ^ Jim Henson Memorial 'Turn The World Around' Sung by Harry Belafonte. 1990-05-22. Dicapai pada 2009-12-21.
  30. ^ a b Barry, Chris (2005-09-08). "Saying "Goodbye" to Jim". JimHillMedia.com. Dicapai pada 2007-06-19.
  31. ^ http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&GRid=2210&FLid=16911114&FLgrid=2210&
  32. ^ Plume, Kenneth (1999-07-19). "Ratting Out: An Interview with Muppeteer Steve Whitmire". Muppet Central. Dicapai pada 2007-07-11.
  33. ^ Meier, Barry (2004-02-18). "Kermit and Miss Piggy Join Stable of Walt Disney Stars". The New York Times. Dicapai pada 2008-04-08.

Pautan luar


75 years since the birth of Jim Henson