Marwan bin al-Hakam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArthurBot (bincang | sumb.)
k r2.6.3) (bot menambah: sl:Marvan I.
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.6.4) (bot menambah: sh:Marvan I
Baris 30: Baris 30:
[[ru:Марван I]]
[[ru:Марван I]]
[[sl:Marvan I.]]
[[sl:Marvan I.]]
[[sh:Marvan I]]
[[fi:Merwan I]]
[[fi:Merwan I]]
[[ta:முதலாம் மர்வான்]]
[[ta:முதலாம் மர்வான்]]

Semakan pada 21:22, 6 Oktober 2011

Marwan bin al-Hakam (623-685) ialah khalifah Ummayyah yang mengambil alih tampuk pemerintahan selepas pemerintahan singkat Muawiya II yang berakhir pada tahun 684 masihi. Marwan mengubah pemerintahan daripada keturunan Abu Sufyan kepada keturunan al-Hakam. Kedua-duanya merupakan cucu Ummaiyyah. (nama kerajaan diambil sempena namanya). Al-Hakam ialah sepupu pertama Uthman bin Affan.

Semasa pemerintahan Saidina Uthman Affan, Marwan dilantik menjadi Gabenor Madinah. Walau bagaimanapun, dia dipecat semasa pemerintahan Saidina Ali Abi Talib dan dilantik semula ke jawatan tersebut oleh Khalifah Muawiyah. Marwan diusir keluar daripada Madinah selepas Abdullah bin Zubayr memberontak menentang pemerintahan Yazid I.

Pemerintahan singkat Marwan diwarnai dengan perang saudara didalam Bani Ummaiyyah sendiri di samping peperangan dengan Abdullah bin Zubayr yang menguasai Hijaz, Iraq, Mesir, dan sebahagian daripada Syria. Marwan berjaya memenangi perebutan kuasa di dalam Bani Ummaiyyah di samping berjaya menawan semula Mesir dan Syria daripada Abdullah tetapi masih gagal menewaskannya.

Marwan digantikan oleh anaknya, Abdul Malik bin Marwan.