Akta Patriot: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WikitanvirBot (bincang | sumb.)
HiW-Bot (bincang | sumb.)
k r2.7.2) (bot menambah: ko:미국 애국자법
Baris 17: Baris 17:
[[fa:لایحه میهن‌دوستی آمریکا]]
[[fa:لایحه میهن‌دوستی آمریکا]]
[[fr:USA PATRIOT Act]]
[[fr:USA PATRIOT Act]]
[[ko:미국 애국자법]]
[[it:USA PATRIOT Act]]
[[it:USA PATRIOT Act]]
[[hu:Patriot Act]]
[[hu:Patriot Act]]

Semakan pada 15:47, 7 Oktober 2011

Akta USA PATRIOT atau Akta Patriot adalah statut yang digubal oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan ditandatangani oleh Presiden George W. Bush untuk menjadikan ia undang-undang pada 26 Oktober 2001. USA PATRIOT adalah akronim kepada Uniting and Strengthening America by Providing Appropriate Tools Required to Intercept and Obstruct Terrorism (Menyatukan dan Memperkuatkan Amerika dengan Memberikan Alatan Sesuai yang Perlu bagi Menyekat dan Menghalang Keganasan).

Akta ini antara lain meningkatkan keupayaan bagi agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari nombor telefon, komunikasi emel, maklumat perubatan dan kewangan serta rekod lain; melonggarkan batasan bagi perisik asing berada di Amerika Syarikat; memperluaskan kuasa Setiausaha Perbendaharaan untuk mengawal transaksi kewangan, terutamanya yang berkaitan dengan individu dan entiti asing; dan meningkatkan kuasa budi bicara penguatkuasa undang-undang dan imigran dalam menahan dan menghantar pulang imigran yang disyaki terlibat dalam keganasan. Akta ini juga memperluaskan takrif keganasan dengan memasukkan keganasan dalam negara.

Akta ini diluluskan dengan sokongan besar di dalam kedua-dua dewan Kongres dan disokong oleh ahli daripada kedua-dua Parti Republikan dan Parti Demokrat.