Awak Suka Saya Tak?: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 74: Baris 74:
==Pautan luar==
==Pautan luar==
* [http://melurjelita.com Laman rasmi Melur Jelita]
* [http://melurjelita.com Laman rasmi Melur Jelita]
* [http://www.facebook.com/groups/268819973139673/: Forum AWAK SUKA SAYA TAK? HILMAN YONG DAN INTAN ZULAIKHA]
* [http://www.youtube.com/watch?v=5CQTV2xXsrs Youtube: Video tentang latar penciptaan dan kandungan novel]
* [http://www.youtube.com/watch?v=5CQTV2xXsrs Youtube: Video tentang latar penciptaan dan kandungan novel]



Semakan pada 20:27, 12 Oktober 2011

Awak Suka Saya Tak?
frames
frames
Umum
PengarangMelur Jelita
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreNovel cinta
Penerbitan
PenerbitKarya Seni
Jenis media
Buku cetak

Awak Suka Saya Tak? ialah novel cinta yang ditulis oleh Melur Jelita. Novel itu bermula sebagai e-novel yang diterbitkan dalam bentuk siri. Namun disebabkan sambutan yang mesra, e-novel ini ditamatkan sewaktu penerbit Karya Seni mencadangkan novel ini dicetak. Walaupun demikian, Bab 1-47 masih boleh dibaca secara percuma di laman rasmi pengarangnya di melurjelita.com. Novel ini yang berbahasa Melayu yang ditulis dalam gaya yang bersahaja juga mengandungi setakat bahasa Inggeris.

Sinopsis

Awak Suka Saya Tak? ialah kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah, mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilman dan Intan berdua akhirnya bersetuju dan mengikat janji bahagia untuk hidup bersama menanti hari untuk disatukan dan bergelar suami isteri. Sayang manusia hanya mampu merancang dan Allah yang berhak menentukan segalanya. Sekali lagi Intan kehilangan Hilman pada saat hari bahagia mereka. Adakah mereka ada joho atau sebaliknya?

Latar penciptaan novel

"Awak Suka Saya Tak? (ASST) lahir dari kesedihan hati yang melampau melihat perpecahan, pergaduhan dan syak wasangka antara kaum, agama, bangsa, keluarga, jiran, suami isteri, ibu anak dan sebagainya. Tidak sedikit fitnah yang timbul kerana sebab-sebab ini.

Hasrat novelis Melur Jelita adalah untuk menyatupadukan seluruh manusia di dunia dengan kasih sayang tanpa mengira siapa. Melur mengakui bahawa bunyinya macam hebat sangat dan mustahil impiannya ini tetapi baginya, lebih baik dia bermimpin dan mencuba merealisasikan hasrat itu dengan secebis coretan yang penuh belasahan. Tambah Melur, sekurang-kurangnya dia ada menyumbang sesuatu dan berusaha ke arah itu, walau sebaris ayat untuk melahirkan insan yang berkasih sayang antara satu sama lain.

Sekeratan daripada novel

"Welcome sir, madam... what's your preference? What's your budget?"

"I prefer white gold..with one diamond. Genuine diamond, don't want false one." jelas ku.

"Don't worry, everything here are genuine. What's your budget Miss?"

"RM5k or better.. but not more then RM10k."

Maka dikeluarkannya lagi yang tersimpan di dalam kotak. Selepas puas memilih dan mengacu, akhirnya aku memilih sebentuk cincin idaman hati, konon yang terletak cantik di jari manis ku.

Selepas membayar, abang menghulurkan kad kahwinnya kepada dia. Dia menerimanya dengan senyum. Aku pun berbasa basi.

"Jemput la ya ."

"InsyaALLAH... terima kasih kerana menjemput."

InsyaALLAH? aku silap dengar ke.

"By the way, this is my card. Kalau nak apa - apa lagi, nak beli cincin, gelang, rantai atau apa saja, please come again. Very glad to know you guys."

Aku baca kad yang dihulurkannya.

MUHAMMAD HILMAN YONG

"Sori ya nak tanya. You ni convert ke?"

"Ya saya. I'm a Chinese Muslim." Islam rupanya, patut la tak salam aku.

"Bila tu?"

"After my 21st birthday..." dia menjawab dengan tenang sambil tersenyum.

Aku mengamati wajahnya. Hemm..not bad. Mata tak la sepet sangat. Hidung mancung. Rambut potongan terkini. Lagi tinggi dari abang. Tegap badannya. Pandai kung fu ni kot. Patut la wife dia berkenan kat dia. Mesti masuk Islam sebab nak kahwin dengan orang Melayu ni. Tak ikhlas! Perempuan Melayu pun satu. Dah habis ke lelaki Melayu kat Malaysia ni sampai nak kahwin dengan bangsa asing?

Pautan luar