Awak Suka Saya Tak?: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 57: Baris 57:
InsyaALLAH? aku silap dengar ke.
InsyaALLAH? aku silap dengar ke.


"By the way, this is my card. Kalau nak apa - apa lagi, nak beli cincin, gelang, rantai atau apa saja, please come again. Very glad to know you guys."
"By the way, this is my card. Kalau nak apa-apa lagi, nak beli cincin, gelang, rantai atau apa saja, please come again. Very glad to know you guys."


Aku baca kad yang dihulurkannya.
Aku baca kad yang dihulurkannya.

Semakan pada 20:47, 12 Oktober 2011

Awak Suka Saya Tak?
frames
frames
Umum
PengarangMelur Jelita
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreNovel cinta
Penerbitan
PenerbitKarya Seni
Jenis media
Buku cetak

Awak Suka Saya Tak? ialah novel cinta yang ditulis oleh Melur Jelita. Novel ini bermula sebagai e-novel yang diterbitkan dalam bentuk siri. Namun disebabkan sambutan yang mesra, e-novel ini ditamatkan sewaktu penerbit Karya Seni mencadangkan novel ini diterbitkan sebagai buku cetak. Walaupun demikian, 47 bab pertama antara 99 bab pada keseluruhannya masih boleh dibaca secara percuma di laman rasmi pengarang di melurjelita.com. Novel bahasa Melayu ini yang ditulis dalam gaya yang bersahaja juga mengandungi setakat bahasa Inggeris.

Sinopsis

Awak Suka Saya Tak? ialah kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah, mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman, seorang yang baru mengenali Islam, lebih mencintai Islam daripada Intan yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana keakuannya.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan dengan aksinya yang berani, seksi, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Akhirnya, Hilman dan Intan berdua bersetuju untuk mengikat janji bahagia bagi hidup bersama menanti hari untuk disatukan dan digelar suami isteri. Sayangnya manusia hanya mampu merancang dan Allah yang berhak menentukan segalanya. Sekali lagi Intan kehilangan Hilman pada saat hari bahagia mereka. Adakah mereka ada jodoh atau sebaliknya?

Latar penciptaan novel

Awak Suka Saya Tak? (ASST) lahir daripada kesedihan hati novelis Melur Jelita yang melampau melihat perpecahan, pergaduhan dan syak wasangka antara kaum, agama, bangsa, keluarga, jiran, suami isteri, ibu anak dan sebagainya. Tidak sedikit fitnah yang timbul kerana sebab-sebab ini.

Hasrat novelis adalah untuk menyatupadukan seluruh manusia di dunia dengan kasih sayang tanpa mengira siapa. Melur mengakui bahawa bunyi hasratnya macam hebat sangat dan mustahil tetapi baginya, lebih baik dia bermimpi dan mencuba merealisasikan hasrat itu dengan secebis coretan yang penuh belasahan. Tambah Melur, sekurang-kurangnya dia ada menyumbang sesuatu dan berusaha ke arah itu, walau sebaris ayat untuk melahirkan insan yang berkasih sayang antara satu sama lain.

Sekeratan daripada novel

"Welcome sir, madam... what's your preference? What's your budget?"

"I prefer white gold..with one diamond. Genuine diamond, don't want false one." jelas ku.

"Don't worry, everything here are genuine. What's your budget Miss?"

"RM5k or better.. but not more then RM10k."

Maka dikeluarkannya lagi yang tersimpan di dalam kotak. Selepas puas memilih dan mengacu, akhirnya aku memilih sebentuk cincin idaman hati, konon yang terletak cantik di jari manis ku.

Selepas membayar, abang menghulurkan kad kahwinnya kepada dia. Dia menerimanya dengan senyum. Aku pun berbasa basi.

"Jemput la ya ."

"InsyaALLAH... terima kasih kerana menjemput."

InsyaALLAH? aku silap dengar ke.

"By the way, this is my card. Kalau nak apa-apa lagi, nak beli cincin, gelang, rantai atau apa saja, please come again. Very glad to know you guys."

Aku baca kad yang dihulurkannya.

MUHAMMAD HILMAN YONG

"Sori ya nak tanya. You ni convert ke?"

"Ya saya. I'm a Chinese Muslim." Islam rupanya, patut la tak salam aku.

"Bila tu?"

"After my 21st birthday..." dia menjawab dengan tenang sambil tersenyum.

Aku mengamati wajahnya. Hemm..not bad. Mata tak la sepet sangat. Hidung mancung. Rambut potongan terkini. Lagi tinggi dari abang. Tegap badannya. Pandai kung fu ni kot. Patut la wife dia berkenan kat dia. Mesti masuk Islam sebab nak kahwin dengan orang Melayu ni. Tak ikhlas! Perempuan Melayu pun satu. Dah habis ke lelaki Melayu kat Malaysia ni sampai nak kahwin dengan bangsa asing?

Pautan luar