Ular kapak bodoh: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Hidupan
{{Hidupan
|Nama hidupan=Ular Kapak Malaysia
|Nama hidupan=Ular Kapak Malaysia
|Gambar=
|Gambar=ularkapakmalaysia.jpg
|Alam=Haiwan
|Alam=Haiwan
|Filum=Kordata
|Filum=Kordata

Semakan pada 08:52, 19 Disember 2006

Ular kapak bodoh
frames
Pengelasan saintifik


Ular Kapak Malaysia (bahasa Inggeris: Malayan Pit Viper) ialah sejenis ular kapak yang terdapat di Malaysia dan tanah besar Asia Tenggara. Nama bahasa Inggeris ular ini, iaitu "pit viper", digelarkan sempena organ peka haba yang ditempatkan di dalam pit kecil di antara lubang hidung dengan mata di kedua-dua belah kepala. Ular kapak adalah antara ular-ular terbisa yang diketahui. Nama saintifiknya Calloselasma rhodostoma.

Ular Kapak Malaysia merupakan spesies yang menyebabkan lebih banyak kematian di tanah besar Asia Tenggara berbanding dengan kumpulan ular kapak hijau, walaupun ular ini tidaklah lebih ganas. Perbezaan ini terdiri daripada tempat perlindungan Ular Kapak Malaysia ini. Sedangkan ular-ular kapak hijau menghabiskan banyak masa di atas pokok, ular ini adalah ular daratan dan menghabiskan banyak masa di atas lantai hutan.

Serupa dengan ular-ular pemangsa lain yang menyerang hendap atau duduk-dan-tunggu, Ular Kapak Malaysia mempunyai warna-warna krip yang menyamarkan ular ini ketika menunggu mangsa. Bagaimanapun, berbeza dengan pemangsa-pemangsa yang lebih aktif seperti elapid, ular ini tidak mencuba melarikan diri ketika mendengar bunyi haiwan yang mendekati, baik besar mahupun kecil.


Pautan luar