Fadzil Mohd Noor: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Baris 39: Baris 39:
Beliau mula bertanding dalam [[Pilihan raya umum Malaysia 1978]] menentang Datuk [[Senu Abdul Rahman]] tetapi kalah. Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS dan kemudian Timbalan Presiden pada 1982. Pada [[30 Mac]] [[1989]] beliau dipilih sebagai Presiden [[PAS]] selepas pengunduran [[Yusuf Rawa|Tuan Guru Haji Yusof Rawa]].
Beliau mula bertanding dalam [[Pilihan raya umum Malaysia 1978]] menentang Datuk [[Senu Abdul Rahman]] tetapi kalah. Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS dan kemudian Timbalan Presiden pada 1982. Pada [[30 Mac]] [[1989]] beliau dipilih sebagai Presiden [[PAS]] selepas pengunduran [[Yusuf Rawa|Tuan Guru Haji Yusof Rawa]].


Beliau merupakan ADUN [[Bukit Raya]] untuk lima penggal berturut-turut walaupun cuba bertanding bagi kerusi Parlimen beliau tewas, sehinggalah pada [[Piliha raya umum Malaysia 1999]], beliau berjaya mengalahkan Datuk [[Othman Abdul]] untuk menduduki kerusi Parlimen [[Pendang]], [[Kedah]] dan mengekalkan kerusi ADUN Anak Bukit (sebelum itu [[Bukit Raya]]).
Beliau merupakan ADUN [[Bukit Raya]] untuk lima penggal berturut-turut walaupun cuba bertanding bagi kerusi Parlimen beliau tewas, sehinggalah pada [[Pilihan raya umum Malaysia 1999]], beliau berjaya mengalahkan Datuk [[Othman Abdul]] untuk menduduki kerusi Parlimen [[Pendang]], [[Kedah]] dan mengekalkan kerusi ADUN Anak Bukit (sebelum itu [[Bukit Raya]]).


Pada tahun yang sama (1999), beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang<ref>{{cite web|publisher=Aliran Monthly|url=http://www.aliran.com/oldsite/ms/2002/0623.html|title=The Passing of Datuk Fadzil Noor, a Great Malaysian|accessdate=2008-01-23}}</ref> menggantikan [[Lim Kit Siang]] yang kalah dalam pilihanraya umum itu.
Pada tahun yang sama (1999), beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang<ref>{{cite web|publisher=Aliran Monthly|url=http://www.aliran.com/oldsite/ms/2002/0623.html|title=The Passing of Datuk Fadzil Noor, a Great Malaysian|accessdate=2008-01-23}}</ref> menggantikan [[Lim Kit Siang]] yang kalah dalam pilihanraya umum itu.


Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK ([[Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia]]) ([[Gerak]]). Gerak ditubuhkan oleh [[PAS]], [[DAP]] dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan [[Anwar Ibrahim|Datuk Seri Anwar Ibrahim]].
Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK ([[Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia]]) ([[Gerak]]). Gerak ditubuhkan oleh [[PAS]], [[DAP]] dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan [[Anwar Ibrahim|Datuk Seri Anwar Ibrahim]].

==Menawan semula Kelantan dan Terengganu==
Hasil kerjasama PAS dengan Parti [[Semangat 46]] dan membentuk [[Angkatan Perpaduan Ummah]] pada 1989, PAS berjaya menang majoriti kerusi di negeri [[Kelantan]] dan kerajaan PAS dibentuk semula di Kelantan pada 1990 semenjak kalah teruk pada 1977.

Pada 1999, PAS menubuhkan [[Barisan Alternatif]] dan berjaya mendapatkan semula [[Terengganu]] yang terlepas pada 1964.


== Meninggal dunia ==
== Meninggal dunia ==

Semakan pada 04:54, 22 Oktober 2011


Fadzil Mohd Noor
Presiden Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
1989 – 23 Julai 2002
Didahului olehYusof Rawa
Digantikan olehAbdul Hadi Awang
Ketua Pembangkang
Dalam jawatan
29 November 1999 – 23 Julai 2002
RajaTuanku Ja'afar
Sultan Salahuddin
Perdana MenteriMahathir bin Mohamad
Didahului olehLim Kit Siang
Digantikan olehAbdul Hadi Awang
Butiran peribadi
Lahir(1937-03-13)13 Mac 1937
Kedah Alor Setar, Kedah
Meninggal dunia23 Julai 2002(2002-07-23) (umur 65)
Parti politik BA-PAS
PasanganDatin Siti Khatijah Ibrahim
Anak-anak8
Alma materUniversiti Al-Azhar
ProfesionUlama

Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor (Tulisan Jawi: حاج فاضل بن محمد نور) (lahir: 13 Mac 1937, meninggal: 23 Jun 2002) merupakan bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga,Derga, Alor Setar dan Maktab Mahmud pada tahun 1951 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir[1] tajaan biasiswa kerajaan Kedah pada 1963 hingga 1967.

Sekembalinya dari Mesir beliau mengajar di Maktab Mahmud dan kemudian sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978) dan Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976).

Politik

Beliau mula bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1978 menentang Datuk Senu Abdul Rahman tetapi kalah. Pada tahun 1981, beliau dipilih sebagai Naib Presiden PAS dan kemudian Timbalan Presiden pada 1982. Pada 30 Mac 1989 beliau dipilih sebagai Presiden PAS selepas pengunduran Tuan Guru Haji Yusof Rawa.

Beliau merupakan ADUN Bukit Raya untuk lima penggal berturut-turut walaupun cuba bertanding bagi kerusi Parlimen beliau tewas, sehinggalah pada Pilihan raya umum Malaysia 1999, beliau berjaya mengalahkan Datuk Othman Abdul untuk menduduki kerusi Parlimen Pendang, Kedah dan mengekalkan kerusi ADUN Anak Bukit (sebelum itu Bukit Raya).

Pada tahun yang sama (1999), beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang[2] menggantikan Lim Kit Siang yang kalah dalam pilihanraya umum itu.

Pada 1998, beliau dilantik sebagai Pengerusi GERAK (Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia) (Gerak). Gerak ditubuhkan oleh PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan disertai oleh 15 pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk menegakkan keadilan selepas pemecatan dan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menawan semula Kelantan dan Terengganu

Hasil kerjasama PAS dengan Parti Semangat 46 dan membentuk Angkatan Perpaduan Ummah pada 1989, PAS berjaya menang majoriti kerusi di negeri Kelantan dan kerajaan PAS dibentuk semula di Kelantan pada 1990 semenjak kalah teruk pada 1977.

Pada 1999, PAS menubuhkan Barisan Alternatif dan berjaya mendapatkan semula Terengganu yang terlepas pada 1964.

Meninggal dunia

Beliau menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002.[3] Sebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada. Beliau meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah beliau diterbangkan oleh pesawat Hercules dari Selangor ke Kedah.[4]

Jenazah Ustaz Fadzil Noor disemadikan di madrasah di tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau. Masa jenazah beliau hendak disemadikan ribuan rakyat hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah beliau sehinggakan jalan raya sesak teruk sehingga 20 km.[4]

Kata-kata

"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir.

Rujukan

  1. ^ Death of PAS leader leaves party facing difficult decisions (by Abd Rahman Koya) - Media Monitors Network
  2. ^ "The Passing of Datuk Fadzil Noor, a Great Malaysian". Aliran Monthly. Dicapai pada 2008-01-23.
  3. ^ "Fadzil Noor, a Malaysian Islamist, Dies at 65". The New York Times. June 25, 2002. Dicapai pada 2008-01-23.
  4. ^ a b Mengenang Pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor, 23 Jun 2010. Laman blog Prioritize Loyalty @ L1™ (Ghazali). Dicapai 26 Ogos 2019.

Pautan luar


Penyandang Terdahulu Presiden PAS
30 Mac 198923 Jun 2002
Penyandang Kemudian
Tuan Guru Haji Yusof Rawa Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang