Izrail: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Toknujum (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Toknujum (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3: Baris 3:
{{Redirect|Malaikat maut|filem dengan judul asalnya Malaikat Maut|Maut (filem)}}
{{Redirect|Malaikat maut|filem dengan judul asalnya Malaikat Maut|Maut (filem)}}


'''`Izra'il''' ([[Bahasa Arab]]: عزرائیل) ialah nama yang masyhur bagi mala'ikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa menurut kepercayaan orang-orang Islam. Perkataan `Izra'il dipercayai berasal daripada bahasa `Ibrani atau [[Hebrew]] yang bermaksud '''hamba Allah'''. Nama `Izrail tidak pernah disebutkan di dalam [[Al-Qur'an]] atau [[As-Sunnah|hadis]] sebaliknya mala'ikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa dipanggil (Malaikat Maut) ''Malaku l-Mawt'' ('''ملك الموت'''). Bagaimanapun, malaikat maut ini juga dikenali sebagai Izrail dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris sebagai ''Izrail'', ''Izrael'', ''Azrael'', ''Azrail'', ''Azraille'', atau ''Ozryel''. Secara harafiah terjemahan namanya membawa erti ''yang dibantu oleh Tuhan'' (Whom God Helps).
'''`Izra'il''' ([[Bahasa Arab]]: عزرائیل) ialah nama yang masyhur bagi mala'ikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa menurut kepercayaan orang-orang Islam. Perkataan `Izra'il dipercayai berasal daripada bahasa `Ibrani atau [[Hebrew]] yang bermaksud '''hamba Allah'''. Nama `Izrail tidak pernah disebutkan di dalam [[Al-Qur'an]] atau [[hadis]] sebaliknya mala'ikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa dipanggil (Malaikat Maut) ''Malaku l-Mawt'' ('''ملك الموت'''). Bagaimanapun, malaikat maut ini juga dikenali sebagai Izrail dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris sebagai ''Izrail'', ''Izrael'', ''Azrael'', ''Azrail'', ''Azraille'', atau ''Ozryel''. Secara harafiah terjemahan namanya membawa erti ''yang dibantu oleh Tuhan'' (Whom God Helps).


==Pendapat Ulama Tentang Nama `Izra'il==
==Pendapat Ulama Tentang Nama `Izra'il==

Semakan pada 15:31, 29 Oktober 2011

`Izra'il (Bahasa Arab: عزرائیل) ialah nama yang masyhur bagi mala'ikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa menurut kepercayaan orang-orang Islam. Perkataan `Izra'il dipercayai berasal daripada bahasa `Ibrani atau Hebrew yang bermaksud hamba Allah. Nama `Izrail tidak pernah disebutkan di dalam Al-Qur'an atau hadis sebaliknya mala'ikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa dipanggil (Malaikat Maut) Malaku l-Mawt (ملك الموت). Bagaimanapun, malaikat maut ini juga dikenali sebagai Izrail dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris sebagai Izrail, Izrael, Azrael, Azrail, Azraille, atau Ozryel. Secara harafiah terjemahan namanya membawa erti yang dibantu oleh Tuhan (Whom God Helps).

Pendapat Ulama Tentang Nama `Izra'il

1. Hafiz ibn Hajr telah membuat perbincangan mendalam mengenai nama malaikat maut, dalam bukunya Al-Imtaa [1]. Dia menyebut beberapa hadis, sungguhpun lemah, yang menyebut nama malaikat maut sebagai Izrail (Izrael).


2. Ibnu Kasir telah berkata dalam Al-Bidayatu Wan-Nihayah (1/49)[2]:

"Dan Malaku l-Mawt, maka tidaklah dinyatakan namanya di dalam Al-Qur'an, dan tidak pula di dalam hadis-hadis yang sahih. Dan telah datang penamaannya dalam beberapa asar sebagai "`Izra'il", waLlahu `alam. Dan sesungguhnya Allah ta`ala telah berkata: «Katakanlah: Malaku l-Mawt akan mematikan kamu semua, dia yang ditugaskan terhadap kamu, kemudian kepada Tuhan kamu kamu akan kembali» [As-Sajdah: 11]".


3. Dan telah berkata As-Sanadiy:

"Tidak terdapat pada penamaannya sebarang hadis yang marfu` (bersambung dengan Rasulullah)".


4. Dan Al-Manawiy telah berkata dalam Faydhu l-Qadir (3/32)[3] selepas dia menyebut bahawa Malaku l-Mawt telah tersebar bahawa namanya `Izra'il, dia berkata:

"Dan saya tidak menemui terhadap penamaannya dengan hal itu dalam khabar".


5. Dan telah berkata As-Syaykh Al-Albaniy dalam ta`liqnya terhadap kata-kata At-Tahawiy:

"Dan kita percaya dengan Malaku l-Mawt yang ditugaskan untuk mencabut ruh-ruh sekalian alam". Dan berkata rahimahu Llah: "Saya berkata: Inilah namanya di dalam Al-Qur’an, dan penamaannya dengan "`Izra'il" sebagaimana yang tersebar di kalangan manusia, maka tiada asal baginya, dan sesungguhnya ia adalah daripada Isra'iliyyat".


5. Dan Asy-Syaykh Ibnu `Usaymin telah berkata:

"(Malaku l-Mawt): Dan sesungguhnya telah masyhur bahawa namanya (`Izra'il), tetapi ia tidak sahih. Sesungguhnya hal ini datang dalam asar Isra’iliyyah, tidak diwajibkan untuk kita percaya dengan nama ini. Maka kita menamakan mala'ikat yang ditugaskan dengan kematian sebagai (Malaku l-Mawt) sebagaimana Allah `azza wajalla telah menamakannya dalam kata-Nya: «Katakanlah: Malaku l-Mawt akan mematikan kamu semua, dia yang ditugaskan terhadap kamu, kemudian kepada Tuhan kamu kamu akan kembali» [As-Sajdah: 11]." [Fatawa Ibnu `Usaymin (3/161)][4].[5]

Kematian

Disebutkan, ketika Allah SWT mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada malaikat Izrail, maka berkata malaikat Izrail: "Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?". Maka Allah SWT menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka: "Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?" Kemudian Allah SWT berfirman: "Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih Agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu".

Kemudian Allah SWT memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut Allah telah menyerahkan kepadanya. Walau bagaimanapun, Malaikat Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah SWT memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya.

Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya seperti seseorang yang sedang menghadap sebuah meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai makanan yang siap untuk dimakan. Ia juga boleh membolak-balikkan dunia sebagaimana kemampuan seseorang boleh membolak-balikkan wang syiling.

Sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugasnya mencabut nyawa makhluk-makhluk dunia, ia akan turun ke dunia bersama-sama dengan dua kumpulan malaikat iaitu malaikat Rahmat dan malaikat Azab.

Walau bagaimanapun, Izrail bersama Jibril, Israfil dan Mikail pernah ditugaskan ketika Allah menciptakan Nabi Adam. Israil juga adalah antara Malaikat yang sering turun ke bumi untuk bertemu dengan para nabi antaranya ialah Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Idris a.s.

Dalam wabak Mesir yang kesepuluh, apabila Tuhan menurunkan azab untuk merampas semua nyawa anak sulung, disebut yang Malaikat Izraillah yang mengambil semua nyawa tersebuut dengan izin Allah.

Rujukan

  1. ^ "Al-Imtaa"
  2. ^ Al-Bidayah Wan-Nihayah (1/49)
  3. ^ Faydhu l-Qadir (3/32)
  4. ^ Fatawa Ibnu `Usaymin (3/161)
  5. ^ Al-Islam Su'alun Wajawab, Kita Tidak Menentukan Bahawa Nama Malaku l-Mawt Adalah `Izra’il, Soalan No. 40671 http://www.islam-qa.com/special/index.php?ref=40671&subsite=13&ln=ara


Pautan luar

Lihat juga