Perbezaan antara semakan "Kee Abdullah"

Jump to navigation Jump to search
==MENYUMBANG JASA KETIKA USIA MUDA==
 
Jika anak beliau, Penghulu Abu Bakar adalah pemimpin Melayu yang berjasa dan disayangi ketika era Pendudukan Jepun, Kee Abdullah pula antara pemimpin Melayu yang berjasa ketika awal pemerintahan Kerajaan British di Tawau. Sebelum bertugas di Tawau, beliau telah mendapat pendidikan yang tinggi dan berjawatan dalam kerajaan. Dengan latar belakang pendidikan dan pengetahuan yang luas serta mampu bertutur dengan bahasa Inggeris dengan baik selain mampu berkomunikasi dengan mesra dengan masyakatmasyarakat Melayu tempatan, kehadiran beliau sangat diperlukan oleh kerajaan Inggeris juga oleh masyarakat Melayu tempatan sendiri. Antara kelebihan beliau yang amat dikagumi ialah kemampuan beliau untuk bertutur dalam bahasa Arab dan menulis dalam tulisan Jawi.
 
Oleh itu semasa masih muda dan baru memulakan tugas beliau, beliau bukan sahaja bertugas untuk memungut hasil kewangan malahan juga diberi tugas untuk berurusan dengan masyarakat tempatan bagi memahami permasalahan mereka dan bergaul rapat dengan mereka. Setelah berpuluhan tahun bersama masyarakat tempatan yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, beliau dianggap seorang pemimpin yang menjadi harapan untuk membantu bangsanya yang serba kedaifan dari segi ekonomi dan taraf pendidikan ketika itu. Pengetahuan beliau yang meluas melalui pengalaman bekerja bersama bangsa Inggeris digunakan sebaik baiknya untuk berbakti kepada anak bangsa di Tawau ini. Beliau bukan sahaja berusaha melalui kerjasama yang baik dengan kerajaan Inggeris untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat melalui kegiatan ekonomi dan pendidikan. Beliau juga menjadi mata dan telinga kerajaan untuk melihat permasalahan rakyat manakala di pihak masyarakat , beliau menjadi suara hati mereka untuk menyampaikan keluhan dan rintihan masyarakat yang daif dan serba kemiskinan untuk didengar pihak kerajaan.
Pengguna awanama

Menu pandu arah