Institut Pendidikan Guru Malaysia: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
|||
Baris 1: | Baris 1: | ||
{{ Kotak info sekolah | |
{{ Kotak info sekolah | |
||
name = Institut Pendidikan Guru <br /> |
name = Institut Pendidikan Guru Malaysia <br /> |
||
''Institute of Teacher Education''| |
''Institute of Teacher Education Malaysia''| |
||
imej = Logo IPG.png|150px| |
imej = Logo IPG.png|150px| |
||
motto = The New IPG - A Learner Centered University | |
motto = The New IPG - A Learner Centered University | |
||
Baris 16: | Baris 16: | ||
}} |
}} |
||
'''Institut Pendidikan Guru''' merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal [[guru]] sekolah rendah dan menengah. Di [[Malaysia]], semua Institut Pendidikan Guru ( |
'''Institut Pendidikan Guru Malaysia''' merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal [[guru]] sekolah rendah dan menengah. Di [[Malaysia]], semua Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia [[Kementerian Pelajaran Malaysia]] (IPGM KPM) yang bertempat di Cyberjaya. <ref> [http://oll.moe.gov.my/2007/psosial| Laman Web OLL Kementerian Pelajaran Malaysia]</ref> Institut Pendidikan Guru Malaysia ini bakal mempunyai kampus induk seperti [[UiTM]] yang kini masih lagi dalam proses pembinaan. <ref>[http://www.moe.gov.my| Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia]</ref> |
||
==Pengenalan== |
==Pengenalan== |
||
Baris 80: | Baris 80: | ||
== Kampus == |
== Kampus == |
||
Selain kampus utamanya di [[Nilai]], [[Negeri Sembilan]], |
Selain kampus utamanya di [[Nilai]], [[Negeri Sembilan]], IPGM mempunyai 28 IPG Kampus cawangan dan sebuah [[English Language Teaching Centre]]. Boleh dikatakan IPG Kampus mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia. Kampus-kampus tersebut adalah :- |
||
=== B === |
=== B === |
Semakan pada 16:09, 4 November 2011
Institut Pendidikan Guru Malaysia Institute of Teacher Education Malaysia | |
---|---|
Lokasi | |
Cyberjaya, Malaysia | |
Maklumat | |
Moto | The New IPG - A Learner Centered University |
Ditubuhkan | 2009 (selepas perasmian IPGM Kampus Dato' Razali Ismail) |
Jumlah penuntut | Kursus Persediaan, Ijazah Sarjana Muda, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah & Kursus Sijil Perguruan Khas |
Rektor | Y. Bhg. Datuk Dr. Haili bin Dolhan |
Timbalan Rektor | Dr. Lee Boon Hua free_label3 = Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar |
Laman sesawang | http://www.moe.gov.my/ipgm |
Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, semua Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM KPM) yang bertempat di Cyberjaya. [1] Institut Pendidikan Guru Malaysia ini bakal mempunyai kampus induk seperti UiTM yang kini masih lagi dalam proses pembinaan. [2]
Pengenalan
Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal - bakal guru. Bakal - bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kurusus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI). Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian.Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG yang telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhajaya Perkhidmatan Pelajaran.
Sejarah
Sejarah pendidikan guru di tanah air bermula dengan penubuhan institusi berikut;
- 1878 - The Malay High School, Singapura
- 1922 – Sultan Idris Training College, Tanjung Malim – melatih guru-guru Sekolah Melayu. Kini, maktab perguruan ini telah bertukar kepada Universiti Perguruan Sultan Idris atau lebih dikenali dengan singkatan UPSI.
- 1935 – Women Teachers’ Training College, Melaka : maktab ini telah melatih guru-guru perempuan terutamanya dalam bidang Sains Rumah Tangga. Kini, maktab perguruan ini telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
- 1951 – Malayan Teachers’ Training College, Kirkby, Liverpool, England : Kerajaan Malaysia (Malaya) telah mengambil alih sebuah pusat latihan guru British untuk melatih guru Tanah Melayu di England dengan hasrat untuk melahirkan tenaga pengajar tempatan yang mantap dari segi latihan guru dan fasih berbahasa Inggeris. Maktab ini telah ditutup pada tahun 1962 apabila kerajaan Britain mengambil semula tapak maktab ini kini ia merupakan kawasan perumahan dan pusat komersial. Maktab ini telah melatih 1500 guru antara 1952 hingga 1962. Salah satu peristiwa bersejarah yang berlaku di tempat ini adalah peristiwa pengisytiharan kemerdekaan Malaya oleh Y.A.M Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
- 1955 – Malaysian Teacher Training College (MTT), Brinsford Lodge,Wolverhampton, England : Bekas sebuah kilang di Britain ini pernah menjadi sebuah kolej latihan untuk guru Malaysia pada 1955 hingga 1964. Pusat latihan perguruan ini telah melatih 300 guru dalam pelbagai matapelajaran.
Perkembangan maktab perguruan di Malaysia berlaku dengan pesat apabila ia mengalami perubahan besar pada abad ke 21 dan melalui peristiwa berikut ;
- 2004 - 27 maktab perguruan dan 1 English Language Teaching Centre telah ditubuhkan. Nama maktab perguruan kemudiannya telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru selepas ia dinaik taraf.
- 2005 - Jemaah Menteri telah meluluskan 27 Maktab Perguruan dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan dan B.Ed. pada 13 Julai 2005
- 2006 - Pengisytiharan naik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru. Pengisytiharan ini memberikan satu perubahan besar kepada institusi keguruan dengan bermulanya Program Pensiswazahan Guru yang dijalankan di IPG seperti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Selain itu, IPG juga mula menjalankan latihan praperkhidmatan yang boleh memberi pengiktirafan ijazah Sarjana Muda kepada guru sekolah rendah melalui Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL.
- 2008 - Pindaan Akta Pendidikan 1996, yang membenarkan maktab perguruan dinaik taraf ke Institut Pendidikan Guru Malaysia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat 25 Ogos 2008
- 2008 - Dewan Negara telah meluluskan pindaan Akta Pendidikan 1996, Bab 9 Seksyen 42- 49 tersebut pada 4 Disember 2008.
- 2009 – Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein telah mengisytiharkan secara rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan IPG Kuala Terengganu ditukar nama kepada IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail pada 16 Januari 2009, sempena memperingati mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Razali Ismail yang telah meninggal dunia pada 28 November 2008.
- 2010 - Pentadbiran Institut Pendidikan Guru diasingkan daripada Bahagian Pendidikan Guru dan IPG Kampus diselenggara sepenuhnya oleh Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia di Cyberjaya.[3]
Senarai IPG Kampus yang dinaiktaraf
Terdapat 27 Institut Pendidikan Guru Kampus yang dinaiktaraf daripada maktab perguruan. Berikut merupakan senarai maktab perguruan yang dinaik taraf;
- Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPMM) kini IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
- Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) kini IPG Kampus Kota Bharu
- Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) kini IPG Kampus Pulau Pinang
- Maktab Perguruan Kuala Terengganu (MPKTBR) kini IPG Kampus Dato' Razali Ismail
- Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM) kini IPG Kampus Raja Melewar
- Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) kini IPG Kampus Batu Lintang
- Maktab Perguruan Tuanku Bainun (MPTB) kini IPG Kampus Tuanku Bainun
- Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH) kini IPG Kampus Tuanku Bainun
- Institut Bahasa Melayu Malaysia kini IPG Kampus Bahasa Melayu
- Institut Perguruan Bahasa - bahasa Antarabangsa kini IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
- Institut Perguruan Darulaman (IPDA) kini IPG Kampus Darulaman
- Maktab Perguruan Persekutuan Perlis (MP3P) kini IPG Kampus Perlis
- Maktab Perguruan Ipoh (MPIPOH) kini IPG Kampus Ipoh
- Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) kini IPG Kampus Ilmu Khas
- Maktab Perguruan Sultan Mizan (MPSMB) kini IPG Kampus Sultan Mizan
- Maktab Perguruan Islam (MPI) kini IPG Kampus Pendidikan Islam
- Maktab Perguruan Teknik (MPT) kini IPG Kampus Pendidikan Teknik
- Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) kini IPG Kampus Temenggong Ibrahim
- Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (MPTAA) kini IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
- Maktab Perguruan Tun Hussien Onn (MPTHO) kini IPG Kampus Tun Hussien Onn
- Maktab Perguruan Rajang (MPRAJANG) kini IPG Kampus Rajang
- Maktab Perguruan Sarawak, Miri (MPSM) kini IPG Kampus Sarawak
- Maktab Perguruan Tun Abdul Razak (MPTAR) kini IPG Kampus Tun Abdul Razak
- Maktab Perguruan Tawau (MPTAWAU) kini IPG Kampus Tawau
- Maktab Perguruan Gaya (MPGAYA) kini IPG Kampus Gaya
- Maktab Perguruan Keningau (MPK) kini IPG Kampus Keningau
- Maktab Perguruan Kent (MPKENT) kini IPG Kampus Kent
Terdapat juga beberapa maktab perguruan yang ditutup kerana lokasinya yang berada ditengah bandar, kemudahan infrastruktur yang ketara dan keluasan kawasan maktab yang terhad untuk pembangunan. Berikut merupakan senarai maktab perguruan yang ditutup;
- Maktab Perguruan Teruntum (status tidak diketahui)
- Maktab Perguruan Mohd. Khalid kini menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd. Khalid
- Maktab Perguruan Pasir Panjang kini menjadi Sekolah Menengah Sains Terengganu (SESTER)
- Maktab Perguruan Seri Pinang kini dibiarkan kosong
- Maktab Perguruan Seri Kota (status tidak diketahui)
- Maktab Perguruan Kinta, Ipoh kini diambil alih Politeknik Ungku Omar
- Maktab Perguruan Sains Bintulu kini diambil kembali oleh UPM Kampus Bintulu
Kampus
Selain kampus utamanya di Nilai, Negeri Sembilan, IPGM mempunyai 28 IPG Kampus cawangan dan sebuah English Language Teaching Centre. Boleh dikatakan IPG Kampus mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia. Kampus-kampus tersebut adalah :-
B
- Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
- Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
- Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
D
G
I
K
- Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
- Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
- Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
P
- Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
- Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
- Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
- Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
- Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
R
S
- Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri
- Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
- Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
T
- Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
- Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
- Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
- Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
- Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn
- http://ipgmktar.edu.my/]
Lagu IPG
IPG Malaysia
Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta
Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa
Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi
IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG
Visi
IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru [4]
Misi
IPG melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia [5]
Objektif dan Fungsi
- Meningkatkan penguasaan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pengajaran pembelajaran pendidik guru;
- Memperteguhkan penyelidikan, pembangunan dan inovasi;
- Memperkasa program pendidikan guru secara berterusan;
- Mengamalkan nilai profesional perguruan melalui domain diri, profesional dan sosial;
- Memantapkan pengurusan dam pembangunan sumber manusia;
- Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelanggan;
- Menyediakan infrastruktur dan infostruktur yang memenuhi standard SOA IPG;
- Memperkaya dam mempelbagaikan pengalaman pelajar; dan
- Meningkatkan penglibatan pendidik guru dalam aktiviti komuniti
Budaya IPG
Budaya IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan tujuh dimensi budaya berikut [6] :
- Budaya Ilmu
- Pembelajaran sepanjang hayat
- Berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini (syumul)
- Menguasai, mengamal, menghayati, dan berkongsi ilmu
- Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
- Mengamalkan penyelidikan
- Budaya Kepimpinan
- Kebolehan membuat keputusan
- Pemikiran reflektif
- Menghayati Visi dan Misi IPG serta aspirasi negara
- Mempunyai idea-idea yang bernas
- Bermotivasi tinggi untuk menggerakkan perubahan
- Berupaya menyelesaikan masalah
- Menjalin kejelekitan di antara warga IPG
- Membimbing warga IPG ke arah pengurusan kendiri yang berkesan
- Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan
- Menetapkan ekspektasi dan pencapaian yang tinggi
- Mengorientasikan kurikulum dengan piawai pencapaian
- Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat
- Menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai pembelajaran
- Menyediakan sumber dan sistem untuk membantu dan menyokong pembelajaran
- Kesetiaan kepada organisasi
- Budaya Kerja Profesional
- Mendokong Visi dan Misi organisasi
- Meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah
- Bersikap proaktif, kritis, kreatif, dan inovatif
- Optimis dan komited dalam pekerjaan
- Mementingkan kualiti dan menepati piawaian yang ditentukan
- Kepuasan pelanggan sebagai sasaran utama kerja
- Menepati masa, cekap, tepat, dan mematuhi prosedur
- Menitikberatkan kerja sepasukan dalam menjayakan aktiviti organisasi
- Budaya Akhlak dan Moral
- Sentiasa bersyukur
- Merendah diri (tawadhuk)
- Redha dengan Qada dan Qadar
- Taqwa
- Ikhtiar dan Doa
- Mematuhi etika
- Budaya Penyayang
- Keprihatinan dengan makhluk
- Sayang akan diri, keluarga, dan masyarakat
- Sayang akan profesion
- Sayang akan warga dan organisasi
- Sayang akan alam sekitar
- Sayang akan negara
- Budaya Hidup Sihat
- Kesihatan dan kecergasan fizikal
- Kematangan emosi
- Ketenangan rohani dan bertaqwa
- Keterbukaan minda, positif, matang, dan rasional
- Persekitaran mesra
- Budaya Estetika
- Kehalusan budi
- Keunggulan peribadi
- Kesempurnaan kerja
- Kecantikan dan keindahan seni dan karya
- Keindahan kebudayaan dan bangsa
- Keindahan persekitaran
Struktur Organisasi
- Sektor HEP dan Hubungan Luar
- Sektor Kewangan, Pembangunan dan Aset
- Sektor Khidmat Pengurusan
- Pusat Pembangunan Akademik
- Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi
Alamat Kampus Induk
Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 Enterprise Building 3 Blok 2200
Jalan Persiaran APEC Cyber 6
63000 Cyberjaya
Nombor telefon: 03-83126600
Nombor faks: 03-83126655
Lihat juga
Rujukan
- ^ Laman Web OLL Kementerian Pelajaran Malaysia
- ^ Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia
- ^ | Laman Web IPG KPM Cyberjaya
- ^ Laman Web IPG Kampus Ipoh
- ^ Laman Web IPG Kampus IpohLaman Web IPG Kampus Ipoh
- ^ [www.ippm.edu.my/.../04_Falsafah,%20Visi,%20Misi,%20Budaya%20IPG%202008%2025%20Jan%2009.doc| IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka]