Juruteknik perubatan kecemasan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan 'thumb|[[Bintang Hayat, lambang perkhidmatan perubatan kecemasan sedunia]] [[File:EMTs loading a patient.jpg|thumb|EMT mengusung pem...'
 
HRoestBot (bincang | sumb.)
k r2.6.5) (bot menambah: zh:緊急醫療救護技術員
Baris 31: Baris 31:
[[simple:Emergency Medical Technician]]
[[simple:Emergency Medical Technician]]
[[tr:Acil tıp teknisyenliği]]
[[tr:Acil tıp teknisyenliği]]
[[zh:緊急醫療救護技術員]]

Semakan pada 05:32, 5 November 2011

Bintang Hayat, lambang perkhidmatan perubatan kecemasan sedunia
EMT mengusung pemain ski yang cedera ke dalam ambulans

Juruteknik perubatan kecemasan (bahasa Inggeris: Emergency Medical Technician, EMT) atau juruteknik ambulans ialah istilah yang digunakan untuk memaksudkan seorang petugas penjagaan kesihatan kecemasan.[1]

Erti jitu istilah ini berbeza mengikut setempat, tetapi lazimnya, juruteknik perubatan kecemasan membalas panggilan kecemasan, membuat prosedur-prosedur perubatan tertentu serta mengangkut pesakit ke hospital mengikut protokol dan garis panduan yang ditetapkan oleh pengarah perubatan. Mereka menganggotai perkhidmatan ambulans (berbayar mahupun sukarela), pasukan penyelamat teknik, atupun perkhidmatan bersekutu seperti bomba atau polis.

Juruteknik perubatan kecemasan juga dilatih untuk menilai keadaan pesakit, serta melakukan prosedur perubatan kecemasan yang perlu untuk memberi pesakit itu jalan udara dengan pernafasan dan peredaran kardiovaskular yang memadai sehingga pesakit boleh dipindahkan ke destinasi yang sesuai untuk penjagaan perubatan lanjutan. Antara intervensi yang boleh dilakukan ialah resusitasi jantung paru-paru, nyahfibrilasi, mengawal perdarahan luaran yang parah, mencegah kejutan, melarang gerakan badan untuk menghindari kerosakan spina, serta pensplinan tulang patah.

Rujukan

  1. ^ "Emergency Medical Technicians and Paramedics". US Department of Labor, Bureau of Labor Statistics. Dicapai pada 2008-03-10.