Fail perduaan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurniasan (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Fail perduaan''' ialah fail komputer yang mungkin mengandungi sebarang jenis data, dikodkan dalan bentuk perduaan untuk sim...'
 
Kurniasan (bincang | sumb.)
Baris 8: Baris 8:


== Lihat juga ==
== Lihat juga ==
{{Wiktionary|perduaan}}
* [[Boleh laksana]]
* [[Boleh laksana]]
* [[Penyahhimpum]]
* [[Penyahhimpum]]

Semakan pada 15:02, 5 November 2011

Fail perduaan ialah fail komputer yang mungkin mengandungi sebarang jenis data, dikodkan dalan bentuk perduaan untuk simpanan komputer dan tujuan pemprosesan; contohnya fail-fail dokumen komputer berisi teks berformat. Kebanyakan format fail perduaan mengandungi bahagian-bahagian yang boleh ditafsirkan sebagai teks; fail perduaan yang hanya berisi data teks—tanpa, contohnya, sebarang pemformatan maklumat—dipanggil fail teks biasa. Dalam banyak kes, fail-fail teks biasa dianggap tidak sama dengan fail-fail binari kerana fail binari mengandungi bukan sekadar teks biasa.

Semasa pemuatturunan, sesebuah atur cara yang berfungsi sepenuhnya tanpa sebarang pemasang juga sering dipanggil atur cara perduaan, atau cuma perduaan (berlawanan dengan kod sumber).

Keserasian perduaan

Dua fail yang serasi perduaan mempunyai corak sifar dan satu yang sama dalam bahagian data fail tebabit. Namun pengepala fail masing-masing mungkin berbeza. Istilah ini digunakan pada umumnya untuk menyatakan bahawa fail-fail data yang dihasilkan oleh satu aplikasi adalah serupa dengan fail-fail data yang dihasilkan oleh satu aplikasi yang lain. Sebagai contoh, sesetengah syarikat perisian menghasilkan aplikasi untuk Windows dan Macintosh yang serasi perduaan. Ini bermakna, fail yang dihasilkan dalam persekitaran Windows boleh juga digunakan di Macintosh dan sebaliknya. Dengan ini, masalah penukaran yang disebabkan oleh pengimportan dan pengeksportan data dapat dielakkan.

Lihat juga

Pautan luar