Perang Perancis-Prusia: Perbezaan antara semakan
k r2.7.2) (bot mengubah: fr:Guerre franco-allemande de 1870; perubahan kosmetik |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 1: | Baris 1: | ||
'''Perang Perancis- |
'''Perang Perancis-Prussia''' atau '''Perang Perancis-Jerman''', kadangkala dirujuk di [[Perancis]] sebagai '''Perang tahun 1870'''<ref>{{cite book |author=Bertrand Taithe |year=2001 |title=Citizenship and Wars: France in Turmoil 1056-1871 (Kerakyatan dan Peperangan: Perancis dalam huru-hara 1056-1871 |publisher=Routledge |language=Inggeris}}</ref> ([[19 Julai]] [[1870]] – [[10 Mei]] [[1871]]) ialah satu konflik di antara [[Empayar Perancis Kedua|Perancis]] dan [[Kerajaan Prussia|Prussia]], yang disokong oleh [[Gabungan Jerman Utara]], kerana Prussia adalah salah satu anggotanya, dan negeri-negeri Jerman di selatan seperti [[Duci Besar Baden|Baden]], [[Sejarah Württemberg|Kerajaan Württemberg]] dan [[Kerajaan Bavaria|Bavaria]]. Kejayaan mutlak askar gabungan ini mengakhiri proses [[Penyatuan Jerman|penyatuan]] negeri-negeri [[Empayar Jerman|Jerman]] di bawah pemerintahan Raja [[William 1, Maharaja Jerman|William I dari Prussia]]. Ia juga menandakan kejatuhan [[Napoleon III dari Perancis|Napoleon III]] dan menamatkan riwayat [[Empayar Perancis Kedua]], yang kemudiannya digantikan dengan [[Republik Perancis Ketiga]]. Melalui [[Perjanjian Frankfurt (1871)|penyelesaian perang]], yang dipersetujui kedua-dua pihak, hampir kesemua wilayah [[Alsace-Lorraine]] diambil alih oleh Prussia menjadi sebahagian daripada Jerman, yang akan dipegangnya sehinggalah tamat [[Perang Dunia Pertama]]. |
||
Konflik ini terhasil setelah ketegangan di antara kedua-dua pihak berlangsung selama bertahun-tahun lamanya, yang memuncak akibat perbalahan mengenai calon dari [[Keluarga Hohenzollern]] sebagai pengganti kepada mahkota [[Sepanyol]], yang dikosongkan selepas [[Revolusi Gemilang (Sepanyol)|penggulingan]] [[Isabella II dari Sepanyol|Isabella II]] pada tahun 1868. Penyiaran kandungan [[Utusan Ems]] kepada orang awam, yang memainkan isu dakwaan penghinaan di antara duta Perancis dan Raja |
Konflik ini terhasil setelah ketegangan di antara kedua-dua pihak berlangsung selama bertahun-tahun lamanya, yang memuncak akibat perbalahan mengenai calon dari [[Keluarga Hohenzollern]] sebagai pengganti kepada mahkota [[Sepanyol]], yang dikosongkan selepas [[Revolusi Gemilang (Sepanyol)|penggulingan]] [[Isabella II dari Sepanyol|Isabella II]] pada tahun 1868. Penyiaran kandungan [[Utusan Ems]] kepada orang awam, yang memainkan isu dakwaan penghinaan di antara duta Perancis dan Raja Prussia, menaikkan kemarahan pandangan awam di kedua-dua pihak. Perancis bersiap sedia dan pada [[19 Julai]] mengisytiharkan perang ke atas Prussia sahaja, tetapi negeri-negeri Jerman yang lain dengan pantas menyebelahi dan menyertai Prussia. |
||
[[Fail:PrussianGuns1870.png|thumb|200px|right|Meriam Prusia yang diperbuat daripada besi oleh [[Krupp]]. menjadi faktor penting yang menyumbang kepada kemenangan pihak Jerman.]] |
[[Fail:PrussianGuns1870.png|thumb|200px|right|Meriam Prusia yang diperbuat daripada besi oleh [[Krupp]]. menjadi faktor penting yang menyumbang kepada kemenangan pihak Jerman.]] |
||
Keunggulan angkatan tentera Prusia dan Jerman kemudiannya menjadi jelas, terutamanya kerana penggunaan cekap [[kereta api]]<ref name=vanCreveld> Dalam "''Supplying War: Logistics from Wallenstein to Patton'' (1977), Martin van Creveld menyatakan bahawa kepentingan penggunaan kereta api oleh Moltke telah diperbesar-besarkan: |
Keunggulan angkatan tentera Prusia dan Jerman kemudiannya menjadi jelas, terutamanya kerana penggunaan cekap [[kereta api]]<ref name=vanCreveld> Dalam "''Supplying War: Logistics from Wallenstein to Patton'' (1977), Martin van Creveld menyatakan bahawa kepentingan penggunaan kereta api oleh Moltke telah diperbesar-besarkan: |
||
<blockquote>Tiada sangkaan lagi bahawa pengepungan dan pembedilan ke atas Paris, yang melibatkan penumpuan ramai tenaga manusia dalam satu ruang yang agak kecil dan perbelanjaan besar bagi bekalan peluru meriam, dibuktikan telah berlaku, sepatutnya tidak boleh berlaku tanpa kereta api. Juga, pandangan bahawa penggunaan kereta api oleh pihak Jerman bagi mengerah tentera mereka sewaktu permulaan kempen sebagai karya agung dalam seni ketenteraan adalah cukup berasas, walaupun kita dapat lihat bahawa kejayaan ini hanya dicapai dengan mengganggu perkhidmatan kereta api sebelum perang ke atas Perancis tercetus. Di antara dua fasa perjuangan ini, walau bagaimanapun, kereta api nampaknya tidaklah memainkan peranan penting, mungkin kerana kesukaran dengan landasan itu sendiri dan juga kerana adalah mustahil untuk memastikan jarak yang munasabah di antara kepala kereta api dan tentera yang bergerak mara. Yang paling menakjubkan, walau bagaimanapun, ialah kenyataan bahawa semua ini tidak memberi kesan besar ke atas operasi, atau merisaukan Moltke...(ms. 96)<blockquote></ref> dan sebahagiannya kerana meriam besi buatan [[Krupp]] yang lebih hebat. Beberapa siri kemenangan pantas di pihak |
<blockquote>Tiada sangkaan lagi bahawa pengepungan dan pembedilan ke atas Paris, yang melibatkan penumpuan ramai tenaga manusia dalam satu ruang yang agak kecil dan perbelanjaan besar bagi bekalan peluru meriam, dibuktikan telah berlaku, sepatutnya tidak boleh berlaku tanpa kereta api. Juga, pandangan bahawa penggunaan kereta api oleh pihak Jerman bagi mengerah tentera mereka sewaktu permulaan kempen sebagai karya agung dalam seni ketenteraan adalah cukup berasas, walaupun kita dapat lihat bahawa kejayaan ini hanya dicapai dengan mengganggu perkhidmatan kereta api sebelum perang ke atas Perancis tercetus. Di antara dua fasa perjuangan ini, walau bagaimanapun, kereta api nampaknya tidaklah memainkan peranan penting, mungkin kerana kesukaran dengan landasan itu sendiri dan juga kerana adalah mustahil untuk memastikan jarak yang munasabah di antara kepala kereta api dan tentera yang bergerak mara. Yang paling menakjubkan, walau bagaimanapun, ialah kenyataan bahawa semua ini tidak memberi kesan besar ke atas operasi, atau merisaukan Moltke...(ms. 96)<blockquote></ref> dan sebahagiannya kerana meriam besi buatan [[Krupp]] yang lebih hebat. Beberapa siri kemenangan pantas di pihak Prussia dan sekutu-sekutu Jermannya di timur Perancis memuncak dengan [[Pertempuran Sedan]], yang menyaksikan Napoleon III dan seluruh angkatan tenteranya ditawan pada [[2 September]]. Namun, hal ini tidak menamatkan perang kerana Republik Ketiga diumumkan di [[Paris]] pada [[4 September]] [[1870]] dan penentangan orang-orang Perancis terus berlaku di bawah [[Pemerintahan Pertahanan Kebangsaan]] dan kemudiannya di bawah [[Adolphe Thiers]]. |
||
Kempen ini terus berlarutan selama lima bulan, yang menyaksikan tentera Jerman menewaskan tentera Perancis yang baru direkrut dalam beberapa siri pertempuran yang dilangsungkan merentas utara Perancis. Akibat [[Pengepungan Paris|kepungan yang berlanjutan]], Paris menyerah kalah pada [[28 Januari]] [[1871]]. Pengepungan itu juga terkenal kerana penggunaan meriam anti kapal terbang buat pertama kalinya, yang menembak jatuh belon udara panas yang digunakan oleh pihak Perancis sebagai utusan. 10 hari sebelum penyerahan kalah ini, negeri-negeri Jerman mengisytiharkan penyatuan mereka dalam [[Empayar Jerman]] di bawah Raja |
Kempen ini terus berlarutan selama lima bulan, yang menyaksikan tentera Jerman menewaskan tentera Perancis yang baru direkrut dalam beberapa siri pertempuran yang dilangsungkan merentas utara Perancis. Akibat [[Pengepungan Paris|kepungan yang berlanjutan]], Paris menyerah kalah pada [[28 Januari]] [[1871]]. Pengepungan itu juga terkenal kerana penggunaan meriam anti kapal terbang buat pertama kalinya, yang menembak jatuh belon udara panas yang digunakan oleh pihak Perancis sebagai utusan. 10 hari sebelum penyerahan kalah ini, negeri-negeri Jerman mengisytiharkan penyatuan mereka dalam [[Empayar Jerman]] di bawah Raja Prussia, yang menggabungkan Jerman sebagai sebuah [[negara bangsa]]. [[Perjanjian Frankfurt (1871)|Perjanjian damai]] akhirnya ditandatangani di [[Frankfurt]] pada [[10 Mei]] [[1871]], sewaktu pemerintahan berdarah [[Komun Paris]]. |
||
== Nota == |
== Nota == |
Semakan pada 12:56, 7 November 2011
Perang Perancis-Prussia atau Perang Perancis-Jerman, kadangkala dirujuk di Perancis sebagai Perang tahun 1870[1] (19 Julai 1870 – 10 Mei 1871) ialah satu konflik di antara Perancis dan Prussia, yang disokong oleh Gabungan Jerman Utara, kerana Prussia adalah salah satu anggotanya, dan negeri-negeri Jerman di selatan seperti Baden, Kerajaan Württemberg dan Bavaria. Kejayaan mutlak askar gabungan ini mengakhiri proses penyatuan negeri-negeri Jerman di bawah pemerintahan Raja William I dari Prussia. Ia juga menandakan kejatuhan Napoleon III dan menamatkan riwayat Empayar Perancis Kedua, yang kemudiannya digantikan dengan Republik Perancis Ketiga. Melalui penyelesaian perang, yang dipersetujui kedua-dua pihak, hampir kesemua wilayah Alsace-Lorraine diambil alih oleh Prussia menjadi sebahagian daripada Jerman, yang akan dipegangnya sehinggalah tamat Perang Dunia Pertama.
Konflik ini terhasil setelah ketegangan di antara kedua-dua pihak berlangsung selama bertahun-tahun lamanya, yang memuncak akibat perbalahan mengenai calon dari Keluarga Hohenzollern sebagai pengganti kepada mahkota Sepanyol, yang dikosongkan selepas penggulingan Isabella II pada tahun 1868. Penyiaran kandungan Utusan Ems kepada orang awam, yang memainkan isu dakwaan penghinaan di antara duta Perancis dan Raja Prussia, menaikkan kemarahan pandangan awam di kedua-dua pihak. Perancis bersiap sedia dan pada 19 Julai mengisytiharkan perang ke atas Prussia sahaja, tetapi negeri-negeri Jerman yang lain dengan pantas menyebelahi dan menyertai Prussia.
Keunggulan angkatan tentera Prusia dan Jerman kemudiannya menjadi jelas, terutamanya kerana penggunaan cekap kereta api[2] dan sebahagiannya kerana meriam besi buatan Krupp yang lebih hebat. Beberapa siri kemenangan pantas di pihak Prussia dan sekutu-sekutu Jermannya di timur Perancis memuncak dengan Pertempuran Sedan, yang menyaksikan Napoleon III dan seluruh angkatan tenteranya ditawan pada 2 September. Namun, hal ini tidak menamatkan perang kerana Republik Ketiga diumumkan di Paris pada 4 September 1870 dan penentangan orang-orang Perancis terus berlaku di bawah Pemerintahan Pertahanan Kebangsaan dan kemudiannya di bawah Adolphe Thiers.
Kempen ini terus berlarutan selama lima bulan, yang menyaksikan tentera Jerman menewaskan tentera Perancis yang baru direkrut dalam beberapa siri pertempuran yang dilangsungkan merentas utara Perancis. Akibat kepungan yang berlanjutan, Paris menyerah kalah pada 28 Januari 1871. Pengepungan itu juga terkenal kerana penggunaan meriam anti kapal terbang buat pertama kalinya, yang menembak jatuh belon udara panas yang digunakan oleh pihak Perancis sebagai utusan. 10 hari sebelum penyerahan kalah ini, negeri-negeri Jerman mengisytiharkan penyatuan mereka dalam Empayar Jerman di bawah Raja Prussia, yang menggabungkan Jerman sebagai sebuah negara bangsa. Perjanjian damai akhirnya ditandatangani di Frankfurt pada 10 Mei 1871, sewaktu pemerintahan berdarah Komun Paris.
Nota
- ^ Bertrand Taithe (2001). Citizenship and Wars: France in Turmoil 1056-1871 (Kerakyatan dan Peperangan: Perancis dalam huru-hara 1056-1871 (dalam bahasa Inggeris). Routledge.
- ^ Dalam "Supplying War: Logistics from Wallenstein to Patton (1977), Martin van Creveld menyatakan bahawa kepentingan penggunaan kereta api oleh Moltke telah diperbesar-besarkan:
Tiada sangkaan lagi bahawa pengepungan dan pembedilan ke atas Paris, yang melibatkan penumpuan ramai tenaga manusia dalam satu ruang yang agak kecil dan perbelanjaan besar bagi bekalan peluru meriam, dibuktikan telah berlaku, sepatutnya tidak boleh berlaku tanpa kereta api. Juga, pandangan bahawa penggunaan kereta api oleh pihak Jerman bagi mengerah tentera mereka sewaktu permulaan kempen sebagai karya agung dalam seni ketenteraan adalah cukup berasas, walaupun kita dapat lihat bahawa kejayaan ini hanya dicapai dengan mengganggu perkhidmatan kereta api sebelum perang ke atas Perancis tercetus. Di antara dua fasa perjuangan ini, walau bagaimanapun, kereta api nampaknya tidaklah memainkan peranan penting, mungkin kerana kesukaran dengan landasan itu sendiri dan juga kerana adalah mustahil untuk memastikan jarak yang munasabah di antara kepala kereta api dan tentera yang bergerak mara. Yang paling menakjubkan, walau bagaimanapun, ialah kenyataan bahawa semua ini tidak memberi kesan besar ke atas operasi, atau merisaukan Moltke...(ms. 96)
Rujukan
- Martin van Creveld. Supplying War: Logistics from Wallenstein to Patton (Membekalkan perang: Logistik dari Wallenstein ke Patton) (dalam bahasa Inggeris) Cambridge: Cambridge University Press, 1977. ISBN 0-521-29793-1