Milenium ke-3 SM: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8: Baris 8:




'''Milenium ke-3 SM''' menjangkau [[Zaman Gangsa]] Awal hingga Zaman Gangsa Pertengahan dan mewakili tempoh [[imperialisme]] yang minat penaklukan bertumbuh dengan ketara, bukan sahaja di negara-negara kota [[Timur Tengah]], tetapi juga di seluruh [[Eurasia]], dengan peluasan [[Orang Indo-Eropah|Indo-Eropah]] ke [[Anatolia]], [[Eropah]] dan [[Asia Tengah]]. Peradaban Mesir Kuno mencapai kemuncaknya dengan [[Kemaharajaan Lama]]. [[Jumlah penduduk dunia]] dianggarkan bertambah sekali ganda pada milenium ini sehingga lebih kurang 30 juta orang.
'''Milenium ke-3 SM''' menjangkau [[Zaman Gangsa]] Awal hingga Zaman Gangsa Pertengahan dan mewakili zaman [[imperialisme]] yang minat penaklukan bertumbuh dengan ketara, bukan sahaja di negara-negara kota [[Timur Tengah]], tetapi juga di seluruh [[Eurasia]], dengan peluasan [[Orang Indo-Eropah|Indo-Eropah]] ke [[Anatolia]], [[Eropah]] dan [[Asia Tengah]]. Peradaban Mesir Kuno mencapai kemuncaknya dengan [[Kemaharajaan Lama]]. [[Jumlah penduduk dunia]] dianggarkan bertambah sekali ganda pada milenium ini sehingga lebih kurang 30 juta orang.




Baris 63: Baris 63:
*Budaya [[Sintashta-Petrovka-Arkaim]] muncul daripada [[budaya Catacomb]] sejak kira-kira [[2200 SM]], dan mungkin merupakan lokus [[Proto-Indo-Iran]].
*Budaya [[Sintashta-Petrovka-Arkaim]] muncul daripada [[budaya Catacomb]] sejak kira-kira [[2200 SM]], dan mungkin merupakan lokus [[Proto-Indo-Iran]].


==Rekaan, penemuan, dan pengenalan==
==Perekaan, penemuan, dan pengenalan==
* [[Abad ke-30 SM]]: Tembikar diperkembangkan di [[Amerika]].
* [[Abad ke-30 SM]]: Tembikar diperkembangkan di [[Amerika]].
* k.k. 3000 SM - [[Roda pembentuk tembikar]] muncul di [[China]].
* k.k. 3000 SM - [[Roda pembentuk tembikar]] muncul di [[China]].

Semakan pada 02:18, 30 Disember 2006

Milenium:
Abad:


Milenium ke-3 SM menjangkau Zaman Gangsa Awal hingga Zaman Gangsa Pertengahan dan mewakili zaman imperialisme yang minat penaklukan bertumbuh dengan ketara, bukan sahaja di negara-negara kota Timur Tengah, tetapi juga di seluruh Eurasia, dengan peluasan Indo-Eropah ke Anatolia, Eropah dan Asia Tengah. Peradaban Mesir Kuno mencapai kemuncaknya dengan Kemaharajaan Lama. Jumlah penduduk dunia dianggarkan bertambah sekali ganda pada milenium ini sehingga lebih kurang 30 juta orang.


Gambaran keseluruhan

Milenium yang lalu melihat kemunculan peradaban-peradaban bandaran yang maju, metalurgi gangsa baru yang memperbaik daya pengeluaran pertanian, serta kaedah-kaedah komunikasi yang maju dalam bentuk penulisan. Pada milenium ke-3 SM, pertumbuhan kemajuan ini dari segi intelek dan fizikal menjadi sumber perbalahan di arena politik ketika para pemerintah mencuba mengumpulkan lebih banyak kekayaan dan kuasa. Bersama-sama dengan ini termuncul seni bina mega, imperialisme, faham kemutlakan, serta pemberontakan dalaman.

Peradaban-peradaban Sumer dan Akkad di Mesopotamia menjadi sekumpulan negara kota yang sentiasa bergolak, dan peperangan adalah suatu kejadian yang biasa. Pertempuran-pertempuran yang berlarutan menyusutkan sumber, tenaga, dan jumlah penduduk. Dalam milenium ini, empayar-empayar yang lebih besar mewarisi empayar sebelumnya, dan kaliber penakluk-penakluk bertumbuh sehingga Sargon dari Akkad memperluas empayarnya ke seluruh Mesopotamia dan di sebalik sana. Saiz empayarnya tidak diatasi sehingga zaman Assyria pada 1500 tahun kemudian.

Dalam Kemaharajaan Lama Mesir, gagasan terhadap cita-cita ditakrifkan dengan lebih lanjut oleh penakluk-penakluknya. Ekspedisi-ekspedisi ketenteraan dihantar ke seluruh kemaharajaan untuk membawa balik abdi-abdi. Piramid-piramid Mesir dibina pada milenium ini dan merupakan binaan-binaan manusia yang tertinggi dan terbesar selama beberapa ribu tahun yang berikut. Juga di Mesir, firaun-firaun mula berlagak sebagai dewa hidup yang diperbuat daripada intipati yang berbeza daripada manusia yang lain. Di Eropah yang sebahagian besarnya masih berada dalam zaman neolitik ketika itu, pembina-pembina megalit membina monumen-monumen raksasa sendiri. Di Timur Dekat dan Barat, batas-batas diperluas oleh para arkitek dan pemerintah.

Menjelang akhir milenium ke-3 SM, Mesir menjadi pentas untuk sebuah revolusi umum yang pertama dalam sejarah. Selepas perang-perang yang berpanjangan, orang-orang Sumer mengakui manfaat penyatuan dan membentuk Dinasti ke-3 Ur, sebuah kerajaan negara yang stabil dan dengan itu, menjadi sebuah negara yang agak aman, teratur, dan berteknologi rumit. Dinasti ini kemudian terbabit dalam gelombang penyerang-penyerang nomad yang dikenali sebagai orang Amorite yang memainkan peranan utama di kawasan ini pada abad-abad yang berikut.

Peristiwa

Perubahan persekitaran

Tokoh-tokoh

Kebudayaan

Perekaan, penemuan, dan pengenalan

Peristiwa kebudayaan yang penting