Ubat: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot mengubah: mn:Эм (ерөндөг)
MastiBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: ml:ഔഷധം
Baris 157: Baris 157:
[[hu:Gyógyszer]]
[[hu:Gyógyszer]]
[[mg:Fanafody]]
[[mg:Fanafody]]
[[ml:ഔഷധം]]
[[mn:Эм (ерөндөг)]]
[[mn:Эм (ерөндөг)]]
[[nl:Geneesmiddel]]
[[nl:Geneesmiddel]]

Semakan pada 00:07, 12 November 2011

Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit. Secara umum, ubat dibahagi kepada dua kumpulan; (1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan (2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walaubagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan.

Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten, dipanggil ubat generik.

Langkah-langkah sebelum mengambil ubat

Pemberian Maklumat

Ahli Farmasi perlu mendapatkan maklumat lengkap supaya nasihat yang betul dapat diberi. Oleh itu, sebelum mengambil ubat, anda perlu memberitahu doktor/ahli farmasi maklumat berikut:

  • Apakah simptom penyakit yang anda hidapi dan berapa lama sudah dialami.
  • Sekiranya anda telah berjumpa dengan pengamal perubatan.
  • Semua jenis ubat dan pemakanan tambahan yang diambil termasuk ubat dengan atau tanpa preskripsi.
  • Sekiranya terdapat sebarang alahan terhadap ubat, makan atau bahan-bahan lain.
  • Sekiranya merokok, minum arak atau tabiat bersenam.
  • Sebarang pemakanan khusus yang diamalkan: kurang gula, kurang garam atau pemakanan untuk mengurangkan atau meningkatkan berat badan.
  • Sekiranya hamil, merancang untuk hamil atau menyusukan bayi.
  • Sejarah penyakit keluarga.

Baca Label Ubat

Maklumat yang terdapat pada bekas ubat mengandungi maklumat penting. Label ubat mungkin berbeza namun maklumat yang didapati adalah seperti di bawah:

  • Nama anda
  • Nama dan kekuatan ubat

Manakala arahan cara memakan ubat adalah seperti:

  • Menjaga kuantiti dan kekerapan penggunaan ubat yang perlu diambil sebelum, selepas atau bersama makanan.
  • Langkah berjaga-jaga seperti jangan mengambil ubat bersama alkohol dan minuman bergas / berkarbonat dan makanan pedas, berasid dan beralkali kuat dan tinggi.
  • Secara amnya, ambil ubat selepas makan. Ini adalah untuk membantu supaya anda tidak lupa untuk mengambil ubat dan mengelakkan kesan ubat pada perut secara terus.
  • Sesetengah ubat, contohnya Penicillin perlu diambil semasa perut kosong kerana makanan boleh mengganggu keefisyiensi penyerapan ubat.
  • Sila bertanya dengan ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang keraguan.


Arahan dilabel ubat perlu dipatuhi dengan teliti. Contohnya adalah seperti berikut:

AMBIL SEBELUM MAKAN

Ambil ubat satu jam sebelum makan dan TIDAK dua minit sebelum makan, atau dua jam selepas makan. Sesetengah ubat perlu diserap dengan cepat supaya dapat bertindak dengan lebih berkesan. Sekiranya terdapat makanan di dalam perut, maka kesan penyerapan ubat akan berkurangan atau hilang. Namun jika anda terlupa mengambil ubat sebelum makan anda perlu ambil dua jam selepas makan ketika perut kosong.

AMBIL SELEPAS MAKAN

Ambil ubat lima hingga sepuluh minit selepas makan untuk mengelakkan kesan gastrik.

AMBIL BERSAMA AIR

Ambil ubat bersama segelas air kosong supaya memudahkan ubat sampai ke perut. Jangan mengambil bersama air manis seperti kopi, teh, dan lain-lain minuman kecuali dengan arahan doktor/ ahli farmasi.

JANGAN KUNYAH, TELAN UBAT SEPENUHNYA

Sesetengah ubat makan terdapat satu lapisan di atasnya, di mana lapisan ini akan hancur dan ubat dapat diserap sebaik sahaja sampai ke perut. Lapisan ini bertindak sebagai pelindung untuk mengelakkan kesan gastrik dan fungsi lain juga sebagai kawalan terhadap kadar serapan ubat di perut. Oleh itu jika dikunyah lapisan ini akan hancur dan penyerapan ubat yang berkesan tidak dapat dicapai.

AMBIL SELEPAS ATAU BERSAMA MAKANAN

Sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan gastrik oleh itu ambil selepas atau bersama makanan.

AMBIL UBAT PADA MASA DITETAPKAN DAN SAMPAI

Sekiranya anda ambil antibiotik untuk jangkitan, pastikan anda habis makan ubat tersebut walaupun anda sudah berasa sihat. Ini kerana bakteria masih terdapat di tempat jangkitan dan sekiranya ubat gagal dihabiskan, bakteria tidak akan sepenuhnya mati dan jangkitan boleh berulang. Kesan lain sekiranya ubat tidak habis dimakan ialah ia boleh menyebabkan kesan rintangan. Ini bermaksud bakteria tersebut tidak dapat mati dengan antibiotik yang sama menyebakan antibiotik yang lain perlu digunakan.

BOLEH MENYEBABKAN MENGANTUK. (JIKA ADA KESANNYA, JANGAN MEMANDU KENDERAAN ATAU MENGENDALIKAN MESIN)

Sesetengah ubat boleh menyebabkan mengantuk. Minta nasihat ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang keraguan.

JANGAN AMBIL UBAT DALAM GELAP WALAUPUN ANDA PASTI DIMANA LETAKNYA

Perkara label seperti ini penting bagi mengelakkan pengguna ubat boleh tersilap dari menggunakan ubat yang sepatutnya digunakan selain mengelakkan berlaku penyalahan penggunaan dos ubat serta mengelakkan kemalangan ditempat gelap.

Ubat biasa

Jenis-jenis ubat psikiatrik ialah:

Jenis-jenis ubat antibiotik ialah:

Jenis-jenis ubat analgesik ialah

Lihat juga

Pautan luar