Ujian Pencapaian Sekolah Rendah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
VolkovBot (bincang | sumb.)
k r2.5.1) (bot mengubah: en:Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
Baris 48: Baris 48:
[[Kategori:Peperiksaan di Malaysia]]
[[Kategori:Peperiksaan di Malaysia]]


[[en:Ujian Pencapaian Sekolah Rendah]]
[[en:Primary School Evaluation Test (Malaysia)]]

Semakan pada 06:48, 19 November 2011

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah) merupakan program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh pelajar-pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah.

Ia diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon.

Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka di dalam Sains dan Matematik dan juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Subjek Wajib

Subjek Bahasa Dalam Peperiksaan Kertas 1 Kertas 2
Bahasa Melayu Bahasa Melayu (Malaysia) Objektif Penulisan
Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris (English UK) Objektif Writing
Science Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Objektif Subjektif
Mathematics Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Objektif Subjektif

Mungkin dimansuh

Pada 20 Jun 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwakili oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya. PMR dan UPSR mungkin dijadikan sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.[1]

Lihat Pula

Ujian Nasional

Rujukan