Pulau Pinang: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
|||
Baris 346: | Baris 346: | ||
==Ekonomi== |
==Ekonomi== |
||
Pulau pinang merupakan negeri paling maju dan memiliki tahap urbanisasi yang tinggi di Malaysia selepas Negeri Selangor.Pada hari kini, negeri Pulau Pinang merupakan [[ekonomi]] yang kedua terbesar di antara negeri-negeri Malaysia, iaitu selepas [[Selangor]]. |
Pulau pinang merupakan negeri paling maju dan memiliki tahap urbanisasi yang tinggi di Malaysia selepas Negeri Selangor.Pada hari kini, negeri Pulau Pinang merupakan [[ekonomi]] yang kedua terbesar di antara negeri-negeri Malaysia, iaitu selepas [[Selangor]].Sektor pembuatan merupakan sektor terutama dalam ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 45.9% kepada keluaran negeri kasar pada tahun [[2000]]. Perkembangan industrialisasi di bahagian selatan pulau amat pesat, dengan banyak kilang elektronik teknologi berprofil tinggi (seperti [[Intel]], [[AMD]], [[Motorola]], [[Agilent]], Hitachi,Osram,Bosch dan Seagate) yang terletaknya di Zon Perindustrian Bebas Cukai Pulau Pinang dan Kawasan Perusahan Perai.Sektor-sektor utama yang lain dalam ekonomi Pulau Pinang termasuk sektor [[pelancongan]], [[kewangan]] dan perkhidmatan. |
||
{| class="wikitable" style="float:right; font-size:82%;" |
{| class="wikitable" style="float:right; font-size:82%;" |
Semakan pada 21:16, 6 Disember 2011
5°24′N 100°14′E / 5.400°N 100.233°E
نڬري دمليسيا |
|||||
Pulau Pinang Pulau Mutiara | |||||
| |||||
Cogan kata: Bersatu dan Setia | |||||
Lagu negeri: Untuk Negeri Kita | |||||
Ibu negeri | George Town | ||||
---|---|---|---|---|---|
Bahasa utama | {{{loghat bahasa}}} | ||||
Parti memerintah | Pakatan Rakyat | ||||
- Yang Di-Pertua Negeri | Tuan Yang Terutama Abdul Rahman bin Haji Abbas | ||||
- Ketua Menteri | Lim Guan Eng | ||||
- Timbalan Ketua Menteri I | Mansor Othman | ||||
- Timbalan Ketua Menteri II | P. Ramasamy | ||||
Sejarah | |||||
- Penyerahan dari Kedah kepada British | 11 Ogos 1786 | ||||
- Penjajahan Jepun | 1942 | ||||
- Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu | 1948 | ||||
Keluasan | |||||
- Jumlah | 1,046.3 km² | ||||
Populasi | |||||
- Anggaran 2010 | 1,561,383 | ||||
- Kepadatan | 2,031.74 1/km² | ||||
IPM (2000) | 0.828 (tinggi) | ||||
Kod panggilan kebangsaan | 04 | ||||
Poskod kebangsaan | 10000 - 19500 | ||||
Huruf pertama plat kenderaan | P | ||||
Laman sesawang: | http://www.penang.gov.my |
Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta). Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia.Negeri Pulau Pinang merupakan negeri paling maju di Malaysia selepas Negeri Selangor dan memiliki tahap urbanisasi yang besar di Malaysia selepas Selangor.Kepadatan penduduk Negeri Pulau Pinang adalah terbesar di Malaysia.
Nama pulau ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu).
Geografi
Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil di Malaysia selepas Perlis dan mempunyai bilangan penduduk seramai 1.5 juta orang. Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
- Pulau Pinang, sebuah pulau dengan keluasan 293 km persegi.
- Seberang Perai, sejalur tanah seluas 760 km persegi yang bersempadan dengan Kedah di utara serta di timur dan selatan Perak.
Ibu Negeri
George Town (Tamil: ஜார்ஜ் டவுன்) adalah ibu negeri Pulau Pinang, Malaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light, Georgetown adalah bandaraya yang ketiga terbesar di Malaysia dengan bilangan penduduk melebihi 700,000 orang. Bandar-bandar satelit Georgetown adalah seperti Air Itam, Gelugor, Jelutong, Sungai Dua, Sungai Nibong, Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah . Zon Metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang ; Butterworth ,Kepala Batas , Bukit Mertajam , dan Batu Kawan di Seberang Perai ; Sungai Petani dan Kulim di Kedah, serta bandar-bandar di utara negeri Perak dengan penduduk melebihi 2,500,000 orang menjadikan meroplitan kedua terbesr di Malaysia Selepas Lembah Klang.Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandaraya tertua di Malaysia selepas Ratu Elizabeth II memberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957.Pihak berkuasa tempatan bagi Bandaraya Georgetown adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang.Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah ditubuhkan pada 15 Disember, 1976, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976. Majlis adalah organisasi yang menyediakan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan untuk kawasan Bandaraya Georgetown.Aktiviti dan operasi Majlis mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.
Daerah di Pulau Pinang dan Ibu Daerah
- Barat Daya Pulau Pinang iaitu Balik Pulau
- Seberang Perai Selatan iaitu Sungai Jawi
- Seberang Perai Tengah iaitu Bukit Mertajam
- Seberang Perai Utara iaitu Butterworth
- Timur Laut Pulau Pinang iaitu George Town
Pihak Berkuasa Tempatan
Negeri Pulau Pinang mempunyai dua Pihak Berkuasa Tempatan.Pihak Berkuasa Tempatan bagi kawasan Georgetown dan pulau adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan bagi kawasan Seberang Perai adalah Majlis Perbandaran Seberang Perai.Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Pulau Pinang terletak di Bandarraya Georgetown manakala ibu pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai Terletak di Bandar Perda,Bukit Mertajam.
Bandar-bandar utama lain
- Air Itam
- Balik Pulau
- Tanjung Tokong
- Bayan Lepas
- Gelugor
- Bayan Baru
- Kepala Batas
- Bukit Mertajam
- Jawi
- Nibong Tebal
- Sungai Ara
- Sungai Nibong
- Sungai Dua
- Juru
- Butterworth
- Tanjung Bungah
Sejarah
Pulau Pinang yang pada asalnya kepunyaan Kesultanan Kedah, dipajak kepada Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company) pada 1786 oleh Sultan Muhammad Jiwa, Sultan Kedah, sebagai gantian untuk mendapat perlindungan pihak British daripada serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light, yang dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan pulau sebagai Pulau Prince of Wales untuk menghormatkan Raja Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaigre yang terletaknya di hujung timur laut pulau dinamakannya "Georgetown", iaitu nama Raja George III dari Britain.
Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka telah membangkit minat Syarikat Hindia-Timur British untuk menggunakannya sebagai sebuah pelabuhan untuk kapal-kapal perdagangannya dan juga sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk menentang cita-cita orang Perancis di wilayah.
Tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa, Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British. Apabila syarikat gagal dalam membantu Kedah sewaktu ia diserang oleh Siam, Sultan Kedah cuba mengambil kembali pulau pada 1790. Malangnya, pencubaan itu gagal dan Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 dolar kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada negeri Kedah.Pada 1826, negeri Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura, menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. Pada 1946, Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union, sebelum menjadi sebuah negeri di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.
Ketua Menteri
Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan ketua badan eksekutif bagi kerajaan negeri Pulau Pinang. Ketua Menteri dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri, dipilih daripada Dewan Undangan Negeri. Sebagai tradisi, Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berbangsa Cina untuk membayangkan kaum majoriti di negeri ini.
- Senarai Ketua Menteri Pulau Pinang
Nama | Tempoh perkhidmatan | Parti |
---|---|---|
Tan Sri Wong Pow Nee | 1957 - 1969 | MCA |
Tun Dato' Seri Dr. Lim Chong Eu | 1969 - 1990 | Gerakan |
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon | 1990 - 2008 | Gerakan |
Lim Guan Eng | 2008 - sekarang | DAP |
Ahli Parlimen Negeri Pulau Pinang
No. | Kawasan Parlimen | Menjadi Wakil Rakyat (Ahli Parlimen) | Mewakili Parti |
---|---|---|---|
P41 | Kepala Batas | Abdullah Ahmad Badawi | BN |
P42 | Tasek Gelugor | Nor Mohamed Yakcop | BN |
P43 | Bagan | Lim Guan Eng | Pakatan Rakyat |
P44 | Permatang Pauh | Wan Azizah Wan Ismail[1] | Pakatan Rakyat |
P45 | Bukit Mertajam | Chong Eng | Pakatan Rakyat |
P46 | Batu Kawan | P. Ramasamy | Pakatan Rakyat |
P47 | Nibong Tebal | Tan Tee Beng | KITA[2] |
P48 | Bukit Bendera | Liew Chin Tong | Pakatan Rakyat |
P49 | Tanjong | Chow Kon Yeow | Pakatan Rakyat |
P50 | Jelutong | Ooi Chuan Aun | Pakatan Rakyat |
P51 | Bukit Gelugor | Karpal Singh | Pakatan Rakyat |
P52 | Bayan Baru | Zahrain Mohamed Hashim | Bebas |
P53 | Balik Pulau | Mohd Yusmadi Mohd Yusuff | Pakatan Rakyat |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Negeri Pulau Pinang mempunyai Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) sendiri, akan tetapi kuasanya terhad apabila dibandingkan dengan pihak berkuasa kerajaan pusat.Sebagaimana dengan negeri-negeri Malaysia yang lain, Majlis Mesyuarat Kerajaan mengandungi ahli-ahli yang dilantik daripada parti politik yang menjadi kerajaan. Ketua Majlis Mesyuarat Kerajaan ialah Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
No. | Kawasan Dun | Ahli Dun | Mewakili Parti | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
BN 11 | DAP 19 | PKR 9 | PAS 1 | |||||||
N1 | Penaga | Azhar Ibrahim | BN | ||||
N2 | Bertam | Zabariah Abdul Wahab | BN | ||||
N3 | Pinang Tunggal | Roslan Saidin | BN | ||||
N4 | Permatang Berangan | Shabudin Yahaya | BN | ||||
N5 | Sungai Dua | Jasmin Mohamed | BN | ||||
N6 | Telok Ayer Tawar | Jahara Hamid | BN | ||||
N7 | Sungai Puyu | Phee Boon Poh | Pakatan Rakyat | ||||
N8 | Bagan Jermal | Lim Hock Seng | Pakatan Rakyat | ||||
N9 | Bagan Dalam | Tanasekharan Autherapady | Pakatan Rakyat | ||||
N10 | Seberang Jaya | Datuk Arif Shah Omar Shah | BN | ||||
N11 | Permatang Pasir | Salleh Man | Pakatan Rakyat | ||||
N12 | Penanti | Mansor Othman(Timbalan Ketua Menteri) | Pakatan Rakyat | ||||
N13 | Berapit | Ong Kok Fooi | Pakatan Rakyat | ||||
N14 | Machang Bubok | Tan Hock Leong | Pakatan Rakyat | ||||
N15 | Padang Lalang | Tan Cheong Heng | Pakatan Rakyat | ||||
N16 | Perai | Prof. Dr. Ramasamy Palanisamy(Timbalan Ketua Menteri) | Pakatan Rakyat | ||||
N17 | Bukit Tengah | Ong Chin Wen | Pakatan Rakyat | ||||
N18 | Bukit Tambun | Law Choo Kiang | Pakatan Rakyat | ||||
N19 | Jawi | Tan Beng Huat | Pakatan Rakyat | ||||
N20 | Sungai Bakap | Maktar Shapee | Pakatan Rakyat | ||||
N21 | Sungai Acheh | Mahmud Zakaria | BN | ||||
N22 | Tanjung Bungah | Teh Yee Cheu | Pakatan Rakyat | ||||
N23 | Air Putih | Lim Guan Eng(Ketua Menteri) | Pakatan Rakyat | ||||
N24 | Kebun Bunga | Jason Ong Khan Lee | Pakatan Rakyat | ||||
N25 | Pulau Tikus | Koay Teng Hai | Pakatan Rakyat | ||||
N26 | Padang Kota | Chow Kon Yeow | Pakatan Rakyat | ||||
N27 | Pengkalan Kota | Lau Keng Ee | Pakatan Rakyat | ||||
N28 | Komtar | Ng Wei Aik | Pakatan Rakyat | ||||
N29 | Datuk Keramat | Jagdeep Singh Deo | Pakatan Rakyat | ||||
N30 | Sungai Pinang | Koid Teng Guan | Pakatan Rakyat | ||||
N31 | Batu Lancang | Law Heng Kiang | Pakatan Rakyat | ||||
N32 | Seri Delima | Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji | Pakatan Rakyat | ||||
N33 | Air Itam | Wong Hon Wai | Pakatan Rakyat | ||||
N34 | Paya Terubong | Yeoh Soon Hin | Pakatan Rakyat | ||||
N35 | Batu Uban | S Raveenthran | Pakatan Rakyat | ||||
N36 | Pantai Jerejak | Sim Tze Szin | Pakatan Rakyat | ||||
N37 | Batu Maung | Abdul Malik Kassim | Pakatan Rakyat | ||||
N38 | Bayan Lepas | Syed Amerruddin Syed Ahmad | BN | ||||
N39 | Pulau Betong | Muhammad Farid Saad | BN | ||||
N40 | Teluk Bahang | Hilmi Yahya | BN |
Pengangkutan
Udara
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ,16 km dari selatan bandaraya Georgetown memberi kemudahan penerbangan antarabangsa ke London, Hong Kong, Singapura, Medan, Taipei, Bangkok, Seoul, Riau, Xiamen, dan Guangzhou.Kemudahan-kemudahan yang di disediakan adalah :
- Kaunter Daftar Masuk (32)
- 14 Pintu Berlepas
- 8 Titi Udara
- 3 Kaunter Tuntutan Bagasi
- 808 lot letak kereta
- Travel Agensi
- Kaunter Penerangan
- Ruang Istirehat VIP
- Mesin ATM
- Pertukaran Wang Asing
- Penempahan Hotel
- Khidmat teksi
- Kuarantin haiwan
Syarikat penerbangan dan destinasi
Penerbangan | Destinasi |
---|---|
AirAsia | Hong Kong, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Macau, Singapura |
Cathay Pacific | Hong Kong1 |
China Airlines | Taipei-Taoyuan |
China Southern Airlines | Guangzhou, Xiamen |
Firefly | Banda Aceh, Langkawi, Medan, Phuket, Subang |
Indonesia AirAsia | Jakarta, Medan, Surabaya |
Jetstar Asia | Singapura |
Kartika Airlines | Medan, Banda Aceh |
Lion Air | Medan |
Malaysia Airlines | Kuala Lumpur, Langkawi, Singapura |
Silkair | Singapore |
Sriwijaya Air | Batam, Medan |
Thai AirAsia | Bangkok-Suvarnabhumi |
Thai Airways International | Bangkok-Suvarnabhumi |
Tiger Airways | Singapura |
Darat
- Bandaraya Georgetown dihubungkan dengan dengan tanah besar Semenanjung Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang yang disiapkan pada tahun 1985. Dengan panjangnya sebanyak 13.5 kilometer, jambatan ini merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di wilayah Asia.
- Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghubungkan bandar raya George Town dengan bandar-bandar lain di Pulau. Lebuh raya sepanjang 17.84 km (11.09 batu) ini terletak di sepanjang pantai timur Pulau Pinang, terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini dinamakan semula pada 7 Disember 2010 [1] sempena menghormati bekas Ketua Menteri kedua Pulau Pinang yang juga merupakan 'Arkitek Pulau Pinang Moden', Tun Dr Lim Chong Eu yang meninggal dunia pada 24 November 2010.
- Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara
- Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth
- Jambatan Kedua Pulau Pinang dalam pembinaan
- Lebuhraya Lingkaran Luar Pulau Pinang dalam perancnagan
Laut
Perkhidmatan feri masih disediakan di antara:
- Georgetown dan Butterworth
- Georgetown dan Pulau Langkawi, sebuah pulau peranginan di utara.
Perkhidmatan Pelabuhan Pulau Pinang
Pengangkutan Awam
- Terminal Bas Ekspres Utama George Town terletak di Sungai Nibong
- Terminal Bas Ekspress Utama Penang Sentral,terletak di Butterworth
- Kiosk Bas Ekspress di Menara Komtar,Georgetown
- Terminal Bas Weld Quay,Georgetown Rapid Penang CAT, 11,201,202,203,204,206,301,302,303,307,401,401E & 502
- Terminal Bas 2 Weld Quay,Georgetown Rapid Penang 10,101,103 & 104
- Terminal Bas Komtar,Georgetown Rapid Penang CAT, 10,11,101,102,103,104,201,202,203,204,206,301,302,303,304,307,401,401E & 502
- Terminal Bas Sungai Nibong Rapid Penang 102,303,304,305,308 & 401
- Terminal Bas Balik Pulau Rapid Penang 401,401E,403,404,501 & 502
- Terminal Bas Penang Sentral,Butterworth Rapid Penang 601,602,603,604,605,608,701,702,703,709 & 801
- Terminal Bas Megamal,Perai Rapid Penang 701,702,703 & 801
- Terminal Bas Bukit Mertajam Rapid Penang 606,701,702,709 & 802
- Stesen keretapi Butterworth menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar
- Stesen keretapi Bukit Mertajam menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar
- Perkhidmatan Beca disediakan di kawasan bandarraya Georgetown
- Penang Monorail dalam perancangan
Ekonomi
Pulau pinang merupakan negeri paling maju dan memiliki tahap urbanisasi yang tinggi di Malaysia selepas Negeri Selangor.Pada hari kini, negeri Pulau Pinang merupakan ekonomi yang kedua terbesar di antara negeri-negeri Malaysia, iaitu selepas Selangor.Sektor pembuatan merupakan sektor terutama dalam ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 45.9% kepada keluaran negeri kasar pada tahun 2000. Perkembangan industrialisasi di bahagian selatan pulau amat pesat, dengan banyak kilang elektronik teknologi berprofil tinggi (seperti Intel, AMD, Motorola, Agilent, Hitachi,Osram,Bosch dan Seagate) yang terletaknya di Zon Perindustrian Bebas Cukai Pulau Pinang dan Kawasan Perusahan Perai.Sektor-sektor utama yang lain dalam ekonomi Pulau Pinang termasuk sektor pelancongan, kewangan dan perkhidmatan.
Perhutanan dan Pertanian | 1.4 | 1.3 |
Perikanan | 1.0 | 1.0 |
Perlombongan Dan Kuari | 0.1 | 0.2 |
Pembuatan | 34.7 | 29.9 |
Tenaga,Air dan Gas | 0.6 | 0.4 |
pembinaan | 7.8 | 6.4 |
Penjualan Pukal | 14.0 | 17.6 |
Hotel Dan Restoran | 9.4 | 8.7 |
Pengangkutan Dan Perhubungan | 5.1 | 7.2 |
Kewangan | 2.2 | 3.0 |
Harta Tanah dan Sewa | 5.5 | 6.7 |
Perkhidmatan Awam | 4.2 | 3.8 |
pendidikan | 4.9 | 5.1 |
Kesihatan dan Sosial | 3.5 | 2.8 |
Other KOmuniti Dan Sosial | 2.9 | 2.6 |
Pendapatan Serumah | 2.8 | 3.4 |
Jumlah | 100.0 | 100.0 |
Penduduk
Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai.
Komposisi kaum mengikut bangsa pada 2010 ialah:
- Cina: 670,400
- Melayu: 636,146
- India: 153,472
- Lain-Lain: 5,365
- Bukan Warganegara : 89,860
Komposisi kaum mengikut kawasan pada 2010 ialah:
Pulau
- Cina : 383,357
- Melayu : 225,394
- India : 64,892
- Lain-Lain : 2,801
Seberang Prai
- Cina : 288,043
- Melayu : 206,000
- India : 88,610
Kaum Cina merupakan majoriti kaum di Negeri Pulau Pinang diikuti Kaum Melayu dan Kaum India.Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan etnik Melayu dan penganut Islam terendah di Semenanjung Malaysia.Jumlah penduduk kaum India di Negeri Pulau Pinang adlah keempat tertinggi di Malaysia selepas Selangor,Perak,Negeri Sembilan.Negeri Pulau Pinang mempunyai golongan ekspatriat yang besar, kebanyakkannya berasal dari United Kingdom, Australia, negara-negara Eropah, dan Jepun.
Pendikan
- Universiti Sains Malaysia Di Georgetown
- Kampus Kejuruteraan University Sains Malaysia Di Nibong Tebal
- Universiti Teknologi MARA Di Permatang Pauh
- University Terbuka Wawasan Di Georgetown
- Penang Medical College di Butterworth
- Allianze University College of Medical Sciences di Kepala Batas
- Kolej Kdu Di Georgetown
- Kolej Inti Di Bayan Lepas
- Kolej Stamford
- Kolej Tunku Tungku Abdul Rahman di Georgetown
- Kolej Han Chiang College
- Kolej Olympia
Kesihatan
Hospital Kerajaan
Georgetown dan Pulau
- Hospital Besar Pulau Pinang
- Hospital Balik Pulau
Seberang Perai
- Hospital Seberang Jaya
- Hospital Bukit Mertajam
- Hospital Sungai Bakap
- Hospital Kepala Batas
Hospital Pakar
Georgetown dan Pulau
- Island Hospital
- Hospital Pakar Gleneagles
- Hospital Pantai Mutiara
- Hospital Pakar Loh Guan Lye
- Hospital Pakar Lam Wah Eee
- Hospital Pakar Adventist
- Tanjung Medical Centre
- Hospital Mt Miriam
- Tropicana Medical Centre Penang
Seberang Perai
- Hospital Pakar Bukit Mertajam
- Hospital Pakar Bagan
Pusat membeli Belah
Georgetown dan Pulau
- 1st Avenue
- Komplex Bukit Jambul
- Plaza Gurney
- Plaza Island
- KOMTAR
- Plaza Midlands Park Centre
- Times Square Penang
- Prangin Mall
- Queensbay Mall
- Sunshine Farlim Hypermarket
- Sunshine Square
Seberang Perai
- Sunway Carnival Mall
- The Summit Bukit Mertajam Plaza
- Aeon Seberang Perai City
- Megamal Perai
Kebudayaan Dan Pelancongan
Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang yang membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh makanan Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan makanan laut.
Batu Ferringhi, yang terletaknya di pantai utara Pulau Pinang, mempunyai banyak hotel yang moden dan merupakan pantai peranginan yang amat popular. Ramai pelancong juga melawati bandarraya Georgetown, sebuah bandarraya yang bersejarah dan yang mengandungi rumah-rumah pelbagai kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu dan India, yang dibina pada abad kesembilan belas. Bangunan-bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-kuil Cina dan kuil-kuil Tamil , dan masjid orang Melayu Islam. Kuil Kek Lok Si di Air Itam, Rumah Besar Cheong Fatt Tze di bandar, dan Kuil Ular di Bayan Lepas merupakan destinasi pelancong yang masyhur. Salah satu daripada mercu tanda yang utama ialah bangunan KOMTAR, bangunan yang tertinggi di negeri Pulau Pinang dan Utara Semananjung Malaysia.
Iklim
Suhu (siang) | 27°C-30°C |
Suhu (malam) | 22°C-24°C |
Curahan hujan | 2670 mm |
Kelembapan | 70%-90% |
Data iklim untuk Pulau Pinang | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 31.6 (88.9) |
32.2 (90.0) |
32.2 (90.0) |
31.9 (89.4) |
31.6 (88.9) |
31.4 (88.5) |
31.0 (87.8) |
30.9 (87.6) |
30.4 (86.7) |
30.4 (86.7) |
30.4 (86.7) |
30.7 (87.3) |
31.2 (88.2) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 23.2 (73.8) |
23.5 (74.3) |
23.7 (74.7) |
24.1 (75.4) |
24.2 (75.6) |
23.8 (74.8) |
23.4 (74.1) |
23.4 (74.1) |
23.2 (73.8) |
23.3 (73.9) |
23.3 (73.9) |
23.4 (74.1) |
23.5 (74.3) |
Purata curahan hujan, mm (inci) | 68.7 (2.70) |
71.7 (2.82) |
146.4 (5.76) |
220.5 (8.68) |
203.4 (8.01) |
178.0 (7.01) |
192.1 (7.56) |
242.4 (9.54) |
356.1 (14.02) |
383.0 (15.08) |
231.8 (9.13) |
113.5 (4.47) |
2,407.6 (94.78) |
Purata bilangan hari hujan (≥ 1.0 mm) | 5 | 6 | 9 | 14 | 14 | 11 | 12 | 14 | 18 | 19 | 15 | 9 | 146 |
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari | 248.0 | 234.5 | 235.6 | 225.0 | 204.6 | 201.0 | 204.6 | 189.1 | 162.0 | 170.5 | 183.0 | 207.7 | 2,465.6 |
Sumber 1: National Environment Agency | |||||||||||||
Sumber 2: Hong Kong Observatory[4] |
Galeri
-
Lebuh Pantai
-
Fort Cornwallis
-
Kuil Budha Kek Lok Si
-
Menara Jam
-
Muzium Islam
-
Kuil Budha Khoo Kongsi
-
Hotel Eastern & Oriental
-
Gereja St. George
-
Jalan Penang
-
Bangunan Kolonial di Pusat Bandrraya
-
Dewan Sri Pinang
Lihat juga
- Pelancongan di Pulau Pinang
- Masjid di Pulau Pinang
- Senarai orang dari Pulau Pinang
- Identiti Pulau Pinang
Rujukan
- ^ Meletak jawatan pada 31 Julai 2008, Anwar Ibrahim (PKR) terpilih menggantikan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008.
- ^ Bertanding atas tiket PKR, kemudian keluar menjadi calon bebas pada 1 Mac 2010, menyertai Parti KITA pada 24 Februari 2011.
- ^ Laporan Statistik Malaysia (2010)
- ^ "Climatological Information for Penang, Malaysia". Hong Kong Observatory. Dicapai pada 2010-10-30.
- The Penang Tourism Action Council. "The 'Light' Years and Beyond" (2005).